Sunday, 28 February 2010

Ahad yang sempoi...

Hari ini hari Ahad. Hari rehat, hari tidur, hari makan hahaha kalau setiap hari pun hari ahad, alamatnya terpaksa la cari baju2 dan seluar2 baru nampaknya ni..yalah,asik makan je kan huhu

Hari ini aku nak cerita pasal seorang kawan aku yang tinggal dua blok dari rumah aku ni. Dia ni clumsy orangnya. Tapi aku suka berkawan dengan dia coz dia kalau ada tak puas hati, dia akan cakap direct, tak suka simpang empat or korner2. Pagi tadi, dia datang ke rumah aku. Dengan muka tak malunya, terus masuk ke bilik aku. Memang tak ada tatasusila betul pompuan tu. Oh ya, lupa pula, nama pompuan tak malu ni Zulaikha atau lebih dikenali Tayer (rempit tak nama dia hahaha)

"weyh, bangun...kau kena temankan aku hari ni, aku bakal dicolek ni"

Aku yang memang malas bangun awal pagi Ahad, dengan raut wajah yang suci murni, memandang ke arahnya sambil berkata, "Sapa pulak yang nak colek kau ni, kesian la kat orang tu, buta ke ape weyh"..

Dan hasilnya aku mendapat tamparan padu kat peha, gila betul tangan minah tu..mesti kaki dera ni (-_-")

Rupanya tengahari ni ada rombongan nak merisik minah 3 suku ni..Huh, terfikir pulak dalam hati, kalau 3 suku pun laku, aku yang 9 suku ni apatah lagi kan hahaha

Tepat pukul 12 tengahari, aku ke rumah dia. Mak dan abah dah awal2 ke sana. Sampai sahaja, aku memberi salam. Wah, ramai juga yang datang. Belum kenduri kahwin lagi tu. Aku terus naik ke bilik dia. Aku tengok gabra juga minah ni. Aku gelak sorang2. "Apa gelak2 weyh, muka aku tak cantik ke?"...Aku menjawab dengan selamba, "sejak bila pula kau cantik, tak perasan pula aku"... Lepas tu, kesian pula aku tengok muka dia, macam orang kematian kucing. Dalam hati ni berniat, tak mahu kutuk dia selama 2 tahun laa.

Pukul 12.30 tengahari, rombongan datang. Dalam 3 kereta macam tu. Aku jenguk dari tingkap. Aku tengok muka Tayer berseri2. Aku tumpang gembira tengok kawan2 aku bahagia. Boring sembang2 kat bilik, aku minta izin turun ke dapur. Kawan2 lain temankan dia kat bilik. Semasa melintasi ruang tamu, semua mata memandang aku. Adeii...ingat aku ni bibik ke. Terasa nak menyapu pulak bila dorang pandang aku macam tu..

Sampai kat dapur, ada beberapa orang makcik2 sedang menyediakan makanan. Dengan muka 10 hari tak makan, aku membuat isyarat dengan mengusap2 perut minta kasihan. Taktik aku berjaya nampaknya. Mereka berebut2 nak sediakan aku makanan. Aku makan apa sahaja yang boleh ditelan. Sedap kalau makanan free ni hehehe :p

Majlis berlangsung dengan lancar. Selepas mereka balik, aku dengan kawan2 lain sembang2. Sorang kawan aku bertanya, "Jue, aku dengar kau nak belajar?"...Aku menjawab, "Ya, aku ni masih kurang ajar beb, tu yang kena belajar lagi ni"... Kawan2 menyokong padu niat aku untuk belajar ni. Erm, semoga harapan untuk aku menjadi pensyarah atau paling koman jadi cikgu sekolah rendah pun, tercapai hendaknya...

Setelah puas bersembang, aku balik ke rumah. Ingat nak main game sampai rumah tapi rancangan terbantut la pulak setelah melihat tilam yang lembut di bilik aku tu. Dan akhirnya, dengan pantas aku mencapai bantal dan zzzzzzzzzz.....


Sunday, 21 February 2010

Padan muka...

Rimas dan sebak rasa hati mendengar usikan berbau sindiran yang dilontarkan oleh kawan2 emak yang datang membantu di rumah kenduri jiran mak long tadi. Tidak larat telinga mendengar gurauan mereka, tepi kain orang semua hendak dijaga huh...

"Anak dara tak elok kahwin lewat"..

"Jangan memilih sangat..kalau ada orang merisik dan meminang, terima aje"..

"Kalau susah2 sangat, biar makcik tolong carikan..nak?"

"Kata Siti, anaknya yang duduk kat Singapore tu baru balik, bujang lagi budak tu..kalau Jue setuju, makcik boleh tolong jalankan"..

Ini satu lagi penyakit kawan2 mak. Agaknya sudah tidak ada kerja lain. Mahu sahaja ketika itu aku mencadangkan agar mereka membuka agensi mencari jodoh. Sekilas aku memandang mak long yang dari tadi dok diam membisu dan tersenyum kambing. Erm, tak nak tolong selamatkan keadaan ke mak long?huhu...

Tiba2 dengan gelisah rasa, terlintas di fikiranku sesuatu.

"Anak Auntie Siti tu handsome tak? Ada macam muka Brad Pitt?"

Seorang dua berkerut2 dahi, ada yang terkelip2 mata dan ada yang menjungkitkan bahu.

Dengan rasa seronok, aku menyambung lagi, "Kalau boleh Jue nak yang handsome..nanti kalau dapat anak tentu comel! Jue tak nak yang merokok dan..hm..kalau boleh tak nak yang pakai gigi palsu. Hidung terletak, bertubuh sasa, kulit cerah..ada misai dan berjanggut"... Aku menjadi makin seronok hendak 'mengajar' makcik2 yang kepoh dan bermulut laser ni..

"Oh ya, kalau boleh dia kena ada 5c...kalau tak ada, tak payah nak berangan dengan Jue"..

Seorang makcik bertanya, "Apa 5c tu Jue?"

"Credit Card, Cash, Career, Cars dan Condominium.." Aku tergelak2 sambil memandang kawan2 mak yang masih terlopong...

Dan terus berlalu keluar....

Thursday, 18 February 2010

gatal tangan

Malam yang sunyi sepi..

Sendiri jer kat rumah malam ni. Mak abah tak balik lagi dari kampung. Sabtu atau Ahad baru depa gerak balik Kota Kinabalu. Apa nak buat di malam yang syahdu macam ni? Idea pun tak ada nak tulis panjang2. My other half nak sangat tau cerita kat kampung hari tu tapi tangan ni malas pula nak taip berderet2. Nanti ai free ai taip bagi yu baca ya :)

Terpikat la pula dengan beberapa photos yang terdapat dalam hasil gatal tangan klik2 laman web tadi :)



terpesona sekejap dengan keindahan fauna ni~kerdil je rasanya kan






biru tu nampak cantik di kelilingi tema hijau






great shot..terpegun seketika





tak terkata...sob sob





cahaya samar


nota kaki: to my other half~for yu inspiration bila nak ambil gambar kat mana2 nanti ye...these pictures guna SLR like yours.. :)


Sunday, 7 February 2010

Future Plan

i'm all this while contented with my life until i have this conversation with mama in my room this morning..

mama:
jue, smpai bila u wish to stay this way? (after i told her bout my future plan)
me:laa.. mama x happy ke mcm ni? the longer i stay this way, the longer jue leh teman mama.. leh jalan2 shopping2 berdua, tiap2 mlm leh baring2 cite2 b4 tido.. kan best mcm tu? :D
mama:nanti ur friends semua kahwin, u'll be lonely..
me:i wont, cuz i've u.
mama:what about him? (mentioning 1 of my close fren's name) he'd been sooo nice to u and u seemed happy wif him. he got a good job plus he's good-looking :) what else u want?
me:ma, he's just my FRIEND, n this conversation is over..
mama:selalu nak mengelak, jgn lepaskan lelaki yg baik jue menyesal nanti.. for how much longer u wish to be this cold-hearted? i just want u to be happy jue..
me:i am happy ma..
mama:ke u waiting for someone else?tell me now..who is he?
me:takda ma.
mama:jue....
me:ma...
mama:erm,tak nak bagitau takpa...
me:hehe majuk le tu..
mama:tak majuk pun, da sedia nanti bagitau ye. (sambil senyum2 keluar dari bilik)

huhu....

future plan; erm.. i know age macam saya ni sepatutnya da mempunyai keluarga sendiri. Pagi2 macam ni da sediakan sarapan untuk suami, kemas rumah dan prepare untuk masak tengahari nanti. Tapi hati ini tak sedia lagi. Masih tak puas lagi bermanja dengan mak abah. Lagipun i have my own goal before nak kahwin nanti. Sekurang2nya da ada rumah sebuah dan kereta sebiji. Walaupun tak besar mana, but boleh la dibuat harta. Eh, you perempuan, wife, buat apa nak ada semua tu, biar suami you je yang carikan semua, alih2 you juga yang akan ikut dia nanti. Yes, betul, but saya memang nak beli semua tu dari titik peluh saya sendiri. Salah ke saya??

Mama...Abah...Sabarlah dulu ye

(T_T)

Thursday, 4 February 2010

Hari ini

Today, nothing much kerja yang nak disiapkan.Hanya beberapa dokumen yang perlu di fakskan ke Sandakan site office. Project Manager dah bising2 pasal claim untuk sub-con yang tak lepas2 lagi...ermm,I wonder why KL office selalu nak melambat2kan claim ini..kata projek harus siap dengan lancar but claim always mcm ciput..huhu..ni la kot orang kata 'cakap tak serupa bikin'

After 1pm da turun nak start kereta, nak pergi Standard Chartered bank nak clear salary engineer2 ni... pasang radio dengar lak lagu 'please..please...please..kamu jangan nakal'..ermm teringat lak kat my other half, sempat lagi hati ni berdetik,"jangan nakal2 kat sana ye sayang, biar I je yang nakal" :D

Sampai je kat bank, masukkan terus all the cheques ke mesin..sempat lagi tengok kat purse, aisehh..duit da tinggal rm50 da...tak boleh jadi...kena cucuk kad juga ni...so, beraturlah kat mesin tunai tu. Ada seorang auntie berdiri kat depan and kat depan dia lagi ada seorang lelaki pakai baju seragam. Tak pasti pula baju seragam apa, malas nak perah otak ingat semua jenis pakaian seragam kat Malaysia ni. Buat penat otak je. Tiba-tiba Auntie ni berkata,"aiyaa,itu olang sula lama oo berdiri, tatak tau apa dia buat ooo"

"Dia nak keluarkan 10 juta kot, Auntie?"

"Aiyaa...betulkah?"

Ishhh percaya lak dia huhu...apa nak jawab balik ni. Erm, malas nak jawab jadi cuma mampu tersenyum sumbing kat dia. Auntie ni terus tengok saya dari atas ke bawah. Tentu dalam benak dia tu saya ni baru terlepas dari rumah sakit jiwa. Hahaha, lantak la Auntie.

Lepas ambil duit, perut terasa lapar la pulak. Nak makan apa ya? Masuk kat shopping mall nak tengok2 apa yang boleh menarik selera ini. Dah pusing2 masih tak jumpa lagi. Perut da mula berkeroncong. Dah baik2 lagu nasyid tadi da bertukar jadi heavy rock pula perut ni. At last, KFC.
Hentam saja la labu. Janji kenyang.

Kak, nak snack plate spicy ye...Minuman nak milo ais...

Saya ambil port hujung sekali nak melantak. Sedang baik2 makan, terasa macam diri diperhatikan. Nampak la sorang mamat ni memerhati diriku yang sedang kusyuk menyiat2 ayam goreng persis orang asli karnibal hahaha...Ermm, apahal lak mamat ni?nak kena lekuk kot? Eh, hello, mamat psiko, girlfriend awak duduk kat sebelah awak tu. Boleh lagi awak ni nak senyum kat perempuan lain pula? Huh, meluat betul. Daripada diperhatikan terus, baik tukar posisi. So, saya membelakangi kapel tu. Tak kuasa lak nak bertarik2 rambut dengan awek dia kang, konsentrate dengan hidangan lazat di depan mata lagi baik...

Dalam hati sempat berkata..."Huh, lelaki...Pantang betul..."

Lepas makan, terasa malas pula nak balik ke ofis.

"Hello bos, saya tak balik ofis ni. Dah jam 3 lebih, nak pergi sana pun dalam setengah jam, jammed tak masuk lagi bos"

"Erm, ye la..balik la rumah..awak da penat tu, kesian awak"

"Sorry ya bos" terasa indah sungguh dunia hari ini hahahahaha

Sampai rumah, teringat kat my other half, ermm...nak jealouskan dia sat...

sms...
saya: Kat umah da hehe malas balik ofis. Nak tdo2 jap. Jeles tak hehe
dia : Haha, tdo2..Hehe, tak pun, wahaha
saya: Wek2..Nak mandi pastu tdo. Nite sayang hehe (tak nak kalah)
dia : Nite, sweet dream.

Grrrrrr....

Huhu, tak nak say goodnite malam ni da...

So, saya pun tidur la dengan hati yang geram kerana tak dapat jealous kan dia (*_*')





Wednesday, 3 February 2010

Bangun awal

Pagi ni saya bangun awal. Pukul 3 setengah pagi macam tu saya dah terjaga. Entah kenapa saya boleh buat perangai bangun awal macam tu hari ni. Cuba nak pejam kan mata balik, tak boleh. Macam macam cara saya cuba. Ini termasuk pejam mata dan tutup muka pakai bantal, pejam mata dan tutup mata pakai tangan, dan pejam mata dan tutup mata pakai selimut. Semua tak jalan. Ada juga saya cuba pasang lampu dan buat buat tutup balik konon konon nak ikut cara yang biasa saya buat sebelum tidur. Tak jalan jugak. Kepala otak saya berat nak pergi tetak orang waktu tu. Tapi saya batalkan.

Dah tak boleh tidur, saya pergi dapur cadang nak buat air teh tarik kaw2. Saya melepak di luar rumah sambil menikmati kedinginan pagi. Saya duduk santai di kerusi luar beranda dan terus hirup air teh 2-3 das. Nyaman sungguh. Terasa macam kat Hawaii.Hulala hula hupp...

Dah habis minum air, saya masuk ke rumah. Niat saya waktu tu nak terus mandi dan bersiap pergi kerja. Sesekali datang pejabat awal, apa salah nya kan? Jam baru pukul 4.10 pagi. Azan Subuh pun masih tak berkumandang lagi. Jadi saya berbaring sebentar sementara menunggu masuk waktu.Erm, terfikir apa nak buat kat ofis nanti;

1)Nak buat draft surat untuk sub-con
2)Nak scan dokumen dan email kepada Project Manager yang sekarang ni tengah kursus bersama engineer2 yang lain kat Tawau (rileks sikit bila dia tak ada ni, boleh buat konsert tak berbayar kat ofis hahahaha~gelak evil)
3)Nak update blog (sebelum update kena sarapan kaw2 dulu baru keluar idea macam air kat kepala otak ni)
4)Tidur (erkk, boleh masuk dalam senarai ke ni??wkakakaka)

Laa, da pukul 7.50 pagi..Aisehhh, tertidur la pulak. Lambat lagi la pergi ofis nampaknya ni...Ermm, mak saya pandai buat buat menyapu di sebelah saya dan tutup kipas sewaktu saya tidur. Sarkastik juga mak saya ni. Nak buat kering sambung tidur, nampak macam derhaka. Nak je packing barang pergi carik rumah sewa waktu tu huhu...saya batalkan niat dan terus pergi mandi bersiap siap nak ke pejabat. Sebelum pergi mandi, saya cuba menyiasat apa yang ada di bawah tudung saji. Wahhhh, karipap. Lama juga saya tak makan karipap buatan tangan mak saya. Ada dalam 5 ketul karipap, semua saya makan sekaligus. Basuh muka dan gosok gigi belakang kira hahahaha...

Bersambung..

Monday, 1 February 2010

Raja vs Raja Segala Raja

Semalam lepas kenduri dan parti harijadi jiran, Yati (cousin belah abah) ajak jalan2 kat Karamunsing. Saja katanya da lama tak keluar sama2. Eleh..rindu dengan kasih sayangku la tu hehehe. Satu kereta dengan beliau, yeay!! Saya sangat malas nak drive bila ada orang yang ada lesen turut bersama2 ni :)...Memang menambah vocabulary kata2 carutan je bila stranded in massive congestion kat pusat bandar tu..so kitaorang lepak2 la dekat KFC Karamunsing (kepci kata my half..hehe)..

After lepaking (huh,sejak bila transform nama lak ni), saya singgah Signature beli buku. Macam tak relevan pula kalau pergi sana untuk kemas rak buku atau mencatit kedatangan pengunjung, mesti la untuk beli buku. Buku yang saya beli 2 bulan lalu dah habis baca, boring pula saya baring terkebil2 pandang siling sebelum tidur tak ada bahan bacaan. Padahal boleh je saya mengaji atau pun berzikir, kan lebih afdal. Betul tak??Dan,yess, saya da berjaya mengopak duit sebanyak rm51.00 setelah membeli novel Bagaikan Puteri dan Mikhail from author kesayangan saya, Ramlee Awang Murshid dan sebijik majalah Ujang untuk menggelakkan diri sendiri nanti...hehehe...memang da lama mengumpul majalah Ujang ni,sejak zaman sekolah lagi..sebab tu la kot perangai pun da sewel macam Din Beramboi tu huhuhu...

Ermm..tapi apa kena-mengena pula tajuk dengan isi ni??ok, majalah Ujang ni walaupun penuh dengan ayat2 kelakar dan ntahpape je isi kandungannya, namun ada juga diselitkan dengan sudut renungan untuk santapan rohani kita. So, saya ingin mengambil beberapa keratan untuk saya kongsikan bersama sesiapa yang sudi menyinggahkan diri di blog saya ni...

~~Kita beradab dengan raja, bila dijemput ke istana, happy tak terkata...tapi dengan Raja Segala Raja, jemput ke masjid kita buat derk aje.

~~Kita beradab depan raja, pakai habis smart, tempah spesel lagi gitu...tapi depan Raja Segala Raja, solat pakai pelikat aje, kekadang tak berbaju.

~~Kita beradab dengan raja, nak ke istana esok, malam ni da bersiap...tapi dengan Raja Segala Raja, nak ke masjid liat, malam nak tahajud jangan harap.

~~Kita beradab dengan raja, dia suruh apa kita buat tanpa banyak cakap...tapi dengan Raja Segala Raja, dia suruh solat pun tak buat, buat pun sambil sangap.

~~Kita beradab dengan raja, apa dia tak suka kita tak buat, takut dikata derhaka...tapi dengan Raja Segala Raja, kita buat apa kita suka, tak takut masuk neraka.

~~Kita beradab dengan raja, bila dia ada kita rasa hina, rasa rendah diri...tapi dengan Raja Segala Raja, mana pernah Dia takde, masih jugak tak sedar diri.

~~Kita beradab dengan raja, dipanggil menghadap pun dah rasa bertuah...tapi dengan Raja Segala Raja, dengar azan pun kita menyampah.


So, tersentap sampai ke sukma jantung tak??bukan sukma (Sukan Malaysia) tau..tak berkaitan langsung hehehe...anyway, saling mengingati antara kita adalah digalakkan...if ada apa2 lagi pengetahuan berguna, tak kisahlah untuk santapan rohani or jasmani, saya akan paparkan...

Till then...