Sunday, 21 February 2010

Padan muka...

Rimas dan sebak rasa hati mendengar usikan berbau sindiran yang dilontarkan oleh kawan2 emak yang datang membantu di rumah kenduri jiran mak long tadi. Tidak larat telinga mendengar gurauan mereka, tepi kain orang semua hendak dijaga huh...

"Anak dara tak elok kahwin lewat"..

"Jangan memilih sangat..kalau ada orang merisik dan meminang, terima aje"..

"Kalau susah2 sangat, biar makcik tolong carikan..nak?"

"Kata Siti, anaknya yang duduk kat Singapore tu baru balik, bujang lagi budak tu..kalau Jue setuju, makcik boleh tolong jalankan"..

Ini satu lagi penyakit kawan2 mak. Agaknya sudah tidak ada kerja lain. Mahu sahaja ketika itu aku mencadangkan agar mereka membuka agensi mencari jodoh. Sekilas aku memandang mak long yang dari tadi dok diam membisu dan tersenyum kambing. Erm, tak nak tolong selamatkan keadaan ke mak long?huhu...

Tiba2 dengan gelisah rasa, terlintas di fikiranku sesuatu.

"Anak Auntie Siti tu handsome tak? Ada macam muka Brad Pitt?"

Seorang dua berkerut2 dahi, ada yang terkelip2 mata dan ada yang menjungkitkan bahu.

Dengan rasa seronok, aku menyambung lagi, "Kalau boleh Jue nak yang handsome..nanti kalau dapat anak tentu comel! Jue tak nak yang merokok dan..hm..kalau boleh tak nak yang pakai gigi palsu. Hidung terletak, bertubuh sasa, kulit cerah..ada misai dan berjanggut"... Aku menjadi makin seronok hendak 'mengajar' makcik2 yang kepoh dan bermulut laser ni..

"Oh ya, kalau boleh dia kena ada 5c...kalau tak ada, tak payah nak berangan dengan Jue"..

Seorang makcik bertanya, "Apa 5c tu Jue?"

"Credit Card, Cash, Career, Cars dan Condominium.." Aku tergelak2 sambil memandang kawan2 mak yang masih terlopong...

Dan terus berlalu keluar....

2 comments:

darthmental said...

haha. aku dah tahap imune ngan suma tu. kalu ada cara keluarga sure kena punya. kawan2 mak aku pun memang ramai yang jadi agen agensi cari jodoh ni. ada ja yang nak rekomen. wakakaka! :P

ENY said...

hehe tu la psl..jgn mbujang lama bro..:)