Monday, 17 May 2010

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan..

amboi panjangnya tajuk, ermm, kalau tengok tajuk entri ni gerun sendiri juga, tapi inilah yang perlu aku tekadkan dalam hati dan rekod dalam kepala otak ni bermula hari ini..
Dulu, aku sentiasa lihat kehidupan ni umpama burung yang terbang bebas. Suka hati nak bertenggek kat wayar ke, kat dahan ke atau kat bumbung rumah. Tak ada siapa yang boleh menghalang kemahuan dan keinginan hati.
Namun, sekarang dah tak boleh buat sesuatu perkara tu mengikut perasaan, kena jaga hati orang orang yang menyayangiku..ceh,ada orang sayang ke hehehe
Dah tak boleh pandang remeh dah dengan sesuatu perkara atau percakapan. Kena serius dalam apa jua perkara.

Dan sekarang aku perlu belajar menjadi
**seorang anak yang mendengar kata (mak suruh masak, pura pura nak p cuci kereta..hampehh),
**seorang kakak yang sentiasa bergaul mesra dengan adik adik (jangan asyik menghadap novel kalau dorang tengah bergosip,erkk..kena bergosip sama ke huhu),
**seorang kawan yang sentiasa mendengar masalah dan cuba menyelesaikan sebaik mungkin (bukannya bila mendengar keluhan kawan kat telefon,hadap komputer sambil bermain GTA...buang kat laut bagi makan jerung je kawan macam ni),
**seorang kekasih yang menjaga adab sopan semasa bersembang, buat lawak atau beramah mesra (selama ni ai tak ada adab ke dear??uwaaaa...sob sob)

DAN YANG PALING PENTING

**seorang umat yang sentiasa menjaga waktu solatnya (kerap tinggalkan subuh T_T)

Semoga setiap niat yang baik akan dapat imbalan yang baik baik juga...amiiinnn



Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan

Friday, 7 May 2010

Hari Terindah


Saat yang terindah pada hidup seseorang itu adalah apabila mendapat apa yang diinginkan sekian lama tercapai..Hidup akan menjadi indah. Aku rasa semua pun akan setuju dengan kenyataan ini kan kan...Dan lebih lebih lagi apabila pemberian itu daripada orang yang begitu dekat di hati kita...Walaupun bukan secara percuma (hehehe) tapi sekurang kurangnya niat yang telah kita pendam sekian lama telah terlaksana..Ianya menjadi satu kepuasan dan satu nikmat bagi yang benar benar mendambakannya...cehhh, sekali ayat, karangan STPM boleh lulus kot ni hahahaha....


Oh yaa...dan hari ini juga amat bermakna kerana walaupun baru mencecah setahun namun rasanya dah bertahun tahun chemistry tu..Banyak suka duka yang terjadi sepanjang masa berlalu itu. Banyak juga pengajaran yang dapat dikutip dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan aku hairan kenapa ayat aku hari ini betul betul macam karangan sekolah -_-"

Hehehe...

Selepas ini, semoga yang baik baik saja yang akan terjadi..... ^,^


dear me...

as we grow up,
we learn that even the one person that wasn't supposed to let us down probably will..
you'll have your heart broken, probably more than once,
and its HARDER everytime..you'll break hearts too, so remember how it feels when someone broke yours..
you'll fight with your bestfriend, and maybe even fall in love with them..
you'll blame a new love for things an old one did..
you'll cry because time is passing too fast and you'll eventually lose someone close to you..


so,take too many pictures,
laugh too much,
and love like you've never been hurt..
because,every 60 seconds you spend angry or upset,
is a minute of HAPPINESS you'll never get back..