Saturday, 13 November 2010

Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tapi sayanglah apa yang kita dah dapat

Aku sering dengar ayat, sekiranya kita nak orang yang kita cintai bahagia,kita perlu lepaskan dia kepada orang lain yang lebih berhak yang boleh membahagiakan dia. Sebenarnya,aku tak setuju sangat dengan ayat tu,yer lah, nampak sangat kau tak yakin dengan diri sendiri kan..

Tapi lain orang lain pandangan masing masing. Adakala bila kita dah mencintai orang tu sangat sangat, tetapi dia buat tak endah, takkan kita nak terhegeh hegeh pula. Rasa macam dah tak ada pilihan lain pula. Well, bila dah jadi macam tu, kita kena faham lah juga kan, mungkin kita bukan pilihan yang dia inginkan, kita bukan yang dia idamkan, kita bukan yang dia harapkan, kita juga bukan yang keluarga dia nakkan... Kena fikir guna otak, jangan guna kepala lutut, sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Jangan hanya kerana seseorang itu, kau tutup pintu hati kau pada yang lain. Kau buat tak nampak pada orang yang menjadikan kau raja/ratu di hatinya. Walaupun mungkin pada mulanya kau tak dapat menerima kehadiran orang lain, tetapi bila kau percaya pada takdir dan yakin pada ketentuan yang tersurat, hati kau akan terbuka untuk bercinta kembali.

Terus terang itu adalah perkara terbaik untuk menolak atau menerima seseorang. Sekiranya kau tak suka, berterus teranglah,jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Jangan bagi alasan yang mengelirukan. Takut takut orang masih berharap pada kau. Dan bila kau dah luahkan segala yang ada dihatimu, jangan lah sakit hati atau terasa sekiranya dia dah pergi kepada orang lain. Sekiranya kau masih berperasaan begitu, itu bererti kau masih sayangkan dia dalam keadaan yang separa sedar atau pun selama ni perasaan ego kau yang menutupi perasaan sayang kau terhadap dia, siapa tau...

Kita dijadikan ada pasangannya masing masing. Kalau jodoh kau dengan si dia tak kekal, itu maknanya jodoh yang lain dah ditentukan. Kadang kadang kita akan ditemukan dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul. Semoga setiap orang akan menemui cinta sebenar dan jangan mengharapkan kesempurnaan terhadap pasangan kita kerana tiada orang di dunia ini yang betul betul sempurna. Cermin dulu diri sendiri sebelum mengharapkan kesempurnaan, so..sayanglah apa yang kita ada seikhlas mungkin....

Tuesday, 2 November 2010

Basic Rules In A Relationship

Okay list di bawah ditulis based on pengalaman sendiri, pengalaman rakan rakan dan juga based on my observation. List ini adalah pandangan peribadi aku sahaja, tak suruh semua orang setuju pun.

So here it is. What you should and should not do to maintain a good relationship with your boyfriend/fiance.
  1. Privacy - Jangan sesekali, or to be more emphasizing, DO NOT EVER asked him to share his email's password or check his handphone. Kau jangan nak guna ayat, "Kalau yu percayakan ai, bagitaulah password email yu,". Hey, if trust is the issue, why do you have to check his email? Begitu juga dengan handphone. You want him to respect your privacy, so please respect his.
  2. Space - Sepertimana kau, dia juga perlukan ruang untuk diri sendiri dan rakan rakan. Kalau dah seharian dia teman kau shopping, kenapa waktu malam kau masih nak sentap bila dia tak reply sms kau sebab tengok bola?
  3. Do not involve your other half in your problem with the girls - Joe couple dengan Wanie. Linda berkawan dengan Joe. So, kat facebook dorang selalu bertukar tukar komen. Wanie tetiba  suruh Joe delete nama Linda gara gara cemburu. Patutkah Joe ikut cakap Wanie? Wanie,t ak payahlah  buat macam tu, dorang kan cuma kawan je. But, Joe pun kenalah jaga ayat,j angan sampai kecilkan hati Wanie, yer lah, kalo dalam komen kau panggil Dear, Sayang kat pompuan lain, mana awek kau tak hot... Derr, sia-sia je Tuhan anugerahkan 9 akal untuk kau.
  4. Drama Queen - Drama sometimes can spice up your relationship. Tapi kalau setiap benda kau nak jadikan drama, jangan salahkan sesiapa kalau dia mula muak dengan kau.
  5. Be yourself - Hubungan itu akan jadi susah kalau kita tak sincere dan asyik berusaha menjadi orang lain. You don't have to always look perfect for him, it's OK being silly sometimes. Kalau dengan orang yang kau sayang pun kau tak boleh nak nampak bodoh, kelam kabut dan sebagainya, dengan siapa lagi?
  6. Don't ask for something you know you don't want it to happen - Setiap kali bergaduh mesti nak minta putus, sedangkan kau tahu kau sangat memerlukan dia. Kalau dah terbiasa sangat sikit sikit nak putuskan hubungan, nanti bila dah kahwin jadi terbiasa pula bercerai berai. Nauzubillah.
  7. Stop being a cry baby - Air mata sememangnya senjata wanita untuk melembutkan hati lelaki. Namun, seperti senjata senjata lain, jika terlalu kerap digunakan ianya akan tumpul dan tidak berkesan lagi. So please save your tears for something really worth it.
  8. Stop assuming - Kalau ada apa apa tak kena di hati, all you need to do is just ASK. Jangan nak fikir bukan bukan, then kaitkan benda 2-3 tahun lepas, then tiba tiba nak rasa sebak, sedih, then nak nangis tak pasal pasal. Padahal kau belum tanya dia pun lagi. Lempang nak??...
  9. Don't push too much - Bila kau nampak dia macam tak seceria selalu, tak salah untuk bertanya. But if he said everything's fine, don't push him otherwise. Kalau dia memang nak share dengan kau, eventually dia sendiri akan datang dan cerita tanpa perlu diminta pun.
  10. Possessive? Please don't - If your guy cakap nak keluar ramai ramai termasuk kawan perempuan, let him be. As long as bukan keluar berdua. You're just his girlfriend/fiance, not his mother. At least he still let you know, that's a lot better than dia keluar senyap senyap tak bagitahu pun semata mata nak jaga hati kau yang cemburu tak ingat tu.
  11. Accepting each other wholeheartedly - As much as you hate to be judged, don't judge your partner. Love is about seeing an imperfect person perfectly.
  12. Trust - This is the bottom line of every single thing above. There's no use having a relationship without trust.
Tak perlu tengok orang lainlah, aku sendiri pernah buat beberapa perkara di atas yang biasanya tak ke mana pun tu. Bila fikir balik baru terasa bodoh dengan tindakan sendiri. So anggaplah ini sebagai pengajaran kepada adik adik (kenapa ayat macam dialog cerita Haiwan Teladan ke apa?).

Aku tak tuju pada sesiapapun, semuanya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Dan, rules di atas juga sesuai untuk lelaki. Yer lah, takkan perempuan jer yang kena jaga hubungan kan? Masing masing perlu tahu peranan untuk menjaga hubungan sehingga boleh sampai ke fasa yang seterusnya.