Aku sering dengar ayat, sekiranya kita nak orang yang kita cintai bahagia,kita perlu lepaskan dia kepada orang lain yang lebih berhak yang boleh membahagiakan dia. Sebenarnya,aku tak setuju sangat dengan ayat tu,yer lah, nampak sangat kau tak yakin dengan diri sendiri kan..
Tapi lain orang lain pandangan masing masing. Adakala bila kita dah mencintai orang tu sangat sangat, tetapi dia buat tak endah, takkan kita nak terhegeh hegeh pula. Rasa macam dah tak ada pilihan lain pula. Well, bila dah jadi macam tu, kita kena faham lah juga kan, mungkin kita bukan pilihan yang dia inginkan, kita bukan yang dia idamkan, kita bukan yang dia harapkan, kita juga bukan yang keluarga dia nakkan... Kena fikir guna otak, jangan guna kepala lutut, sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.
Jangan hanya kerana seseorang itu, kau tutup pintu hati kau pada yang lain. Kau buat tak nampak pada orang yang menjadikan kau raja/ratu di hatinya. Walaupun mungkin pada mulanya kau tak dapat menerima kehadiran orang lain, tetapi bila kau percaya pada takdir dan yakin pada ketentuan yang tersurat, hati kau akan terbuka untuk bercinta kembali.
Terus terang itu adalah perkara terbaik untuk menolak atau menerima seseorang. Sekiranya kau tak suka, berterus teranglah,jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Jangan bagi alasan yang mengelirukan. Takut takut orang masih berharap pada kau. Dan bila kau dah luahkan segala yang ada dihatimu, jangan lah sakit hati atau terasa sekiranya dia dah pergi kepada orang lain. Sekiranya kau masih berperasaan begitu, itu bererti kau masih sayangkan dia dalam keadaan yang separa sedar atau pun selama ni perasaan ego kau yang menutupi perasaan sayang kau terhadap dia, siapa tau...
Kita dijadikan ada pasangannya masing masing. Kalau jodoh kau dengan si dia tak kekal, itu maknanya jodoh yang lain dah ditentukan. Kadang kadang kita akan ditemukan dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul. Semoga setiap orang akan menemui cinta sebenar dan jangan mengharapkan kesempurnaan terhadap pasangan kita kerana tiada orang di dunia ini yang betul betul sempurna. Cermin dulu diri sendiri sebelum mengharapkan kesempurnaan, so..sayanglah apa yang kita ada seikhlas mungkin....
2 comments:
benar, yg dicari adalah keserasian, bukan kesempurnaan....
betul3..
Post a Comment