Wednesday, 28 July 2010

Aku masih seperti dulu

Lately aku selalu teringat zaman sekolah aku. Terasa rindu lah pula pakai baju seragam biru putih dan sandang beg kat belakang. Well, my school time was the greatest time for me ^_^


Ketika sekolah dulu geng geng tudung labuh ni kira macam golongan berada jugalah, kalau tak berada pun terpaksa tunjuk berada supaya tak terpinggir dari geng. Masa tu trend beg Converse ke Tropicana Life entah aku pun dah lupa. Aku tak mampu, so pakai je Body Glove tiruan beli di kedai cina tepi jalan Batu 5. Ada ku kesah?

Bila dah habis belajar, dah besar, dah grade, dah kerja, aku bersyukur sangat dalam pada rakan rakan ramai yang telah mula tersasar, aku masih seperti aku. Kadang kadang bila fikir semula, macam tak sangka melihat geng yang dulunya bertudung labuh kini hampir kesemuanya tidak lagi bertudung, geng yang dulu asyik menyombong dengan aku kini ramai yang terkandas di universiti, geng yang macam cemerlang semasa sekolah ramai yang berakhir dengan keadaan yang bukan selayaknya. But to be fair enough, ada juga yang berjaya, ada juga yang masih kekal manis bertudung, ada juga yang masih manis tutur katanya dan baik hati seperti dulu..


Bukanlah nak berbangga atas apa yang terjadi, aku sendiri jauh daripada kesempurnaan. Cuma pengajaran dari apa yang berlaku:

Sehebat mana pun seseorang di mata kita sekarang, kita tak tahu apa akan berlaku di masa depan. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Kuasa Allah kan?

Jangan mudah menilai seseorang. Dia mungkin berbeza dengan kita, tapi bukan bermakna kita lebih baik dari dia.

Yang ni khas untuk adik adik especially students. Jangan memandang rendah seseorang yang anda kurang kenali, hanya kerana geng geng popular (macam cerita Mean Girls) memandang rendah terhadapnya. Mana mana sekolah pun ada geng macam ni, especially perempuan. Geng yang tunjuk hebat, geng yang pakai barang paling branded, geng yang konon paling up-to-date, geng yang menjadikan budak gemuk/nerd sebagai bahan ketawa.. Pernah sekali aku perhatikan geng ni, bila ada budak perempuan gemuk pass by mereka ramai ramai tutup hidung sambil ketawa (to show how smelly that fat girl is, wadefak?).. Geng yang jalan ramai ramai seiringan sambil ketawa kuat kuat untuk tarik perhatian, geng yang bila tak suka someone mereka akan boikot orang tersebut dan juga provoke orang lain untuk turut memboikot si mangsa. Yang biasa terjadi, orang lain yang tak kena mengena pun mengikut je supaya tidak dicop tak 'cool' kalau tak ikut aliran geng popular ini. Alahai...


Kepada adik adik di luar sana, berpegang teguhlah kepada pendirian sendiri. Jangan mudah mengalah dengan kutukan, jangan rasa rendah diri dengan beg sekolah jenama X beli di pasar malam di kala rakan sekelas semua pakai Roxy original, jangan terpengaruh dengan hasutan geng geng popular untuk memboikot sesiapa, jika anda rasa anda betul jangan berdiam diri hanya kerana si geng popular kata sebaliknya, jangan takut untuk berkawan dengan si skema mangsa buli disebabkan dia tak stylo pakai sandal Nikki bukan Nike. Tolonglah jangan memandang hina sesiapa pun. Layakkah kita?


Ini cuma sekadar ingatan tulus ikhlas untuk diri sendiri dan juga pembaca. Ingatlah, tiada siapa yang boleh menjangka apa akan terjadi di masa depan. Dunia ini bulat. Or sfera. Whatever.

Monday, 26 July 2010

Pilihan....

Dalam hidup ni kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Nak pilih sekolah selepas UPSR, kemudian PMR, kemudian memilih aliran sains atau sastera, selepas SPM kena pilih jurusan pula, kemudian nak kena pilih universiti, kemudian kelas, memilih kerja, memilih teman lelaki (wah wah konon hot stuff sampai kena pilih bagai), ada yang pilih teman lelaki dulu baru pilih kerja.. Nak pergi kerja pun kena pilih baju, nak berucap perlu pilih perkataan yang sesuai.. Everything is about choosing..

Memilih itu tidak mudah, kerana setiap pilihan yang telah dibuat itu pasti sedikit sebanyak memberikan kesan dalam hidup kita. Pernah tak satu masa kita menoleh belakang dan berkata,


"Kalaulah.."


"Kalaulah dulu aku tak ikut cakap si Senah.."


"Kalaulah aku ambil jurusan itu dulu, kan lebih mudah tak perlu nak pening kepala.."


"Kalaulah aku terima tawaran di syarikat itu, mesti gaji aku dah lima angka sekarang.."


"Kalaulah masa boleh diputarkan semula, tak mungkin aku jatuh cinta dengan lelaki keparat itu!" (ayat biasa selepas putus cinta)


Tapi yakinkah jika kita tidak memilih jalan hidup sekarang, kita akan lebih baik? Atau hidup kita lebih bermakna berbanding sekarang?


Setiap yang telah terjadi pada kita telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Qada' dan Qadar namanya. Jangan sesekali menyesali takdir. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Setiap jalan yang telah dipilih, pasti ada baik buruknya, pasti ada onak duri ranjau berliku. Tapi itulah yang telah dipilih. Ingatlah, setiap yang hadir dalam hidup kita sesungguhnya mempengaruhi jatuh bangunnya kita.


Kita mungkin menyesal dipertemukan dengan seseorang. Tapi sedarkah kita, jika kita tidak ditemukan dengan manusia seperti dia, tak mungkin kita sekuat sekarang, tak mungkin kita setabah sekarang, tak mungkin kita sebahagia sekarang. Pengalaman adalah satu pelajaran yang sangat berharga dan tak boleh dijual beli. Apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang adalah kesinambungan dari apa yang telah kita lakukan di masa lalu. So face it. Deal with it. Make the best of it. Allah itu kan Maha Adil?


--------------------------------


Cetusan hati~~Saya tak pernah menyesal memilih untuk bersama awak. Saya tak pernah terfikir wujudnya lelaki lain yang boleh menyayangi dan menghargai saya seperti awak. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mungkin berlaku di masa depan, saya akan tetap berpegang teguh pada jalan yang telah saya pilih. Worst come to worst, saya masih ada awak.

Monday, 19 July 2010

Akhirnya tembok itu runtuh jua

Bukan senang kita nak menjaga hati semua orang. Dan tak semua apa yang kita buat akan memuaskan hati sesiapa. Walau kita dah cukup menjaganya, menggilapnya dan menatangnya bagai minyak yang penuh (minyak dah naik lah, lepas ni barang pula akan naik,tengoklah nanti..ishh,balik ke mood awal,bertukar...) namun ia akan tetap ada salahnya. Perlukah aku terus menjadi lilin membakar diri sendiri demi kebahagiaan dan kepuasan orang lain? Perlukah aku terus membiarkan hati ini sendiri dan hanya ditemani malam malam yang sunyi dan gelap gelita (awat,hang tak bayar bil api kah?ishh,suara suara hati tetap bercampur dengan keadaan semasa..)

Tembok kemachoaan aku akhirnya runtuh..yess..collapsed...huh...

Buat masa ini, aku nak menyendiri, membuat kerja kerja yang akan membuatkan aku lupa seketika dengan masalah masalah yang membelenggu diri ini. Aku tak akan kalah dengan perasaan yang tak tentu hala ini.

Tapi aku perlu faham, setiap orang tentu nakkan kesempurnaan. Aku perlu akur tentang kenyataan itu. Silap aku tidak memandang semua ini dari dulu lagi.

Semoga semua orang akan mengecapi kebahagiaan masing masing. Aku hanya akan mendoakan dari jauh. Carilah kesempurnaan yang diidam idamkan itu.

Mood yang down akan menaip sesuatu yang tunggang langgang haha...

Till then...

*miss you like crazy..dem*

Friday, 2 July 2010

Tak tahu nak letak tajuk apa sebab memang tak ada tajuk pun sebab aku tak sarapan lagi so otak masih static, tajuk panjang sangat esok lah sambung :D

salam y'all..ari ni sumer cihat kew??sy cakit pewot la y'all...kena ceri beri...hope y'all sumer cihat cihat yew.. (Ada rasa nak lempang tak??)

Hahahaha...

Trend bahasa sekarang dah banyak berubah kan..Tu ada iras iras bahasa mat dan minah rempit, bahasa bebudak tak cukup umur pun ada tu hahaha

Aku kadang kadang pakai juga ayat ayat ni kalau dah sengal menguasai diri hehe...

Saja jer singgah kat blog aku. Sebenarnya tak ada topik pun. Nanti ada apa apa aku update blog aku yer..Macam lah ada orang nak baca blog aku kan haha

Anyway, to y'all...happy holiday and happy waka waka...Dont miss Brazil lawan Uruguay malam ni yer hehe

Love Kaka....wink wink

p/s: to my other half, pergi mana mana tu,hati hati di jalan raya ^,~