Wednesday, 28 July 2010

Aku masih seperti dulu

Lately aku selalu teringat zaman sekolah aku. Terasa rindu lah pula pakai baju seragam biru putih dan sandang beg kat belakang. Well, my school time was the greatest time for me ^_^


Ketika sekolah dulu geng geng tudung labuh ni kira macam golongan berada jugalah, kalau tak berada pun terpaksa tunjuk berada supaya tak terpinggir dari geng. Masa tu trend beg Converse ke Tropicana Life entah aku pun dah lupa. Aku tak mampu, so pakai je Body Glove tiruan beli di kedai cina tepi jalan Batu 5. Ada ku kesah?

Bila dah habis belajar, dah besar, dah grade, dah kerja, aku bersyukur sangat dalam pada rakan rakan ramai yang telah mula tersasar, aku masih seperti aku. Kadang kadang bila fikir semula, macam tak sangka melihat geng yang dulunya bertudung labuh kini hampir kesemuanya tidak lagi bertudung, geng yang dulu asyik menyombong dengan aku kini ramai yang terkandas di universiti, geng yang macam cemerlang semasa sekolah ramai yang berakhir dengan keadaan yang bukan selayaknya. But to be fair enough, ada juga yang berjaya, ada juga yang masih kekal manis bertudung, ada juga yang masih manis tutur katanya dan baik hati seperti dulu..


Bukanlah nak berbangga atas apa yang terjadi, aku sendiri jauh daripada kesempurnaan. Cuma pengajaran dari apa yang berlaku:

Sehebat mana pun seseorang di mata kita sekarang, kita tak tahu apa akan berlaku di masa depan. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Kuasa Allah kan?

Jangan mudah menilai seseorang. Dia mungkin berbeza dengan kita, tapi bukan bermakna kita lebih baik dari dia.

Yang ni khas untuk adik adik especially students. Jangan memandang rendah seseorang yang anda kurang kenali, hanya kerana geng geng popular (macam cerita Mean Girls) memandang rendah terhadapnya. Mana mana sekolah pun ada geng macam ni, especially perempuan. Geng yang tunjuk hebat, geng yang pakai barang paling branded, geng yang konon paling up-to-date, geng yang menjadikan budak gemuk/nerd sebagai bahan ketawa.. Pernah sekali aku perhatikan geng ni, bila ada budak perempuan gemuk pass by mereka ramai ramai tutup hidung sambil ketawa (to show how smelly that fat girl is, wadefak?).. Geng yang jalan ramai ramai seiringan sambil ketawa kuat kuat untuk tarik perhatian, geng yang bila tak suka someone mereka akan boikot orang tersebut dan juga provoke orang lain untuk turut memboikot si mangsa. Yang biasa terjadi, orang lain yang tak kena mengena pun mengikut je supaya tidak dicop tak 'cool' kalau tak ikut aliran geng popular ini. Alahai...


Kepada adik adik di luar sana, berpegang teguhlah kepada pendirian sendiri. Jangan mudah mengalah dengan kutukan, jangan rasa rendah diri dengan beg sekolah jenama X beli di pasar malam di kala rakan sekelas semua pakai Roxy original, jangan terpengaruh dengan hasutan geng geng popular untuk memboikot sesiapa, jika anda rasa anda betul jangan berdiam diri hanya kerana si geng popular kata sebaliknya, jangan takut untuk berkawan dengan si skema mangsa buli disebabkan dia tak stylo pakai sandal Nikki bukan Nike. Tolonglah jangan memandang hina sesiapa pun. Layakkah kita?


Ini cuma sekadar ingatan tulus ikhlas untuk diri sendiri dan juga pembaca. Ingatlah, tiada siapa yang boleh menjangka apa akan terjadi di masa depan. Dunia ini bulat. Or sfera. Whatever.

3 comments:

darkwing54 said...

huhuu,mcm seorg motivator...

boyarque said...

Saya pun pakai kasut gombak....

ENY said...

dw~mana yang baik dikongsikan bersama2,ye tak hehe :)

boyak~ye ke?hehe..bguslah tu,nk show up lebih2 pun kalo otak tin kosong,xguna gak kan :)