Saturday, 17 April 2010

:::OST- - -Cinta Kau, Aku dan Dia:::

Kali ni aku nak cerita pasal tv. Erm, aku ni jarang sebenarnya tengok tv kalau rancangan tu tak menepati citarasa aku. Tambah tambah lagi cerita melayu. Bukan sombong tapi ya lah, sapa lah yang nak tengok cerita yang sikit sikit nangis, sikit sikit curang, sikit sikit kelabu asap, ok kalau aku taip sikit sikit lagi korang lempang aku.

Mungkin bukan salah ibu mengandung erkk tak kena langsung. Erm, mungkin bukan jalan cerita tu yang salah, tetapi pemikiran aku kot yang tak merelakan cerita cerita macam tu. Aku lebih suka cerita yang cenderung kepada action, mystery, comedy and sometimes horror. So lebih menjurus kepada cerita cerita omputeh la maksudnya. AXN, HBO, Cinemax dan Star Movies jadi pilihan. Tetapi kadang kadang tertekan lak ke channel Cartoon Network. Apa lagi kalau bukan Tom & Jerry... weeee~~ Apa gelak?Ingat budak kecik je ke tengok kartun -_-"

Kalau kat rumah selalu berebut remote control Astro dengan mak. Mak suka tengok cerita cerita melayu. Dia selalu membebel bila aku cakap nak tengok cerita omputeh. Dia kata, tak faham dorang cakap, buat apa nak tengok. Daripada bertekak, aku hulur je lah remote tu kat mak,kang dari cerita tv melarat pula sampai ke cerita tunang kahwin cucu cicit...huuu T_T

Ok, walaupun first entry aku tadi kata aku tak suka cerita melayu ni sangat, tetapi berbeza dengan satu cerita ni. Bagi yang mempunyai "TV" (saja highlights nak bagi seseorang tu rasa dikotak katikkan...wkakaka...), tentu tahu cerita kat tv3 yang bermula setiap hari Isnin - Khamis, pukul 6.30 - 7.30 petang. Tajuk dia ADAMAYA. Pelakon favourite aku, Lisa Surihani, berlakon dalam cerita tu. Best sesangat coz jalan cerita dia tak lah berat just cerita family tetapi skrip dan lakon layar hebat dan superb. Dan lagu temanya pun sangat sangatlah menjadi siulan. Erk, pe benda pula aku buang tebiat nak bersiul bagai...huuu tak lah, maksud aku, lagu tu memang best ^_^



Lisa tu ada macam rupa aku tak? ekeke..pasan lebih ni :p

Jom layan pula lagu tema kat dalam cerita ni. Kena sangat lah dengar melodi macam ni di saat saat hujan mencurah curah kat luar hehehe....sweet and syahdu....so, enjoy it. If you dont like it, just ignore it. What to do kan? Masing masing punya citarasa yang berbeza ^,~


Friday, 16 April 2010

New Place New Experience

terkejut..

tak tentu arah..

gelisah..

gembira..

excited...

Begitulah perasaanku bercampur baur semalam. Setelah diputuskan dalam mesyuarat aku akhirnya dihantar ke dunia yang penuh kesucian...penuh kecantikan semulajadi..yang...ishh apa jadah aku merepek ni.. kan baik taip je di hantar ke pedalaman yang penuh orang asli ekekeke

Sebenarnya aku akan ke satu tempat dan mungkin akan berada lama kat situ memandangkan atas urusan kerja. Aku cuma dapat beramah mesra seminggu je lagi bersama keluarga, kawan kawan dan jiran. Rasa sedih tu tetap ada tetapi bak kata mak, kerja itu ibadah. So semoga aku dikurniakan pahala olehNya dan diberi elaun yang berlipat ganda oleh bos hahaha

Punya lah susah aku memujuk emak tadi, dah merajuk orang tua tu, kalau budak boleh lah kita pujuk dengan gula gula huuu... mak mulanya tak benarkan sebab tempat tu jauh lagipun tak ada siapa nak jaga aku nanti...adeii, mak..jue dah 26 tahun la bukannya 6 tahun..tapi dengan susah payah merentas onak belukar, mendaki gunung daik bercabang tiga, dah melalut balik da huuu....namun akhirnya mak bersetuju juga. Kuhembuskan nafas lega walaupun bunyi nafas da macam dragon Merlin akibat flu dan cough yang melanda.

"Dengan syarat, setiap pagi, tengahari, petang dan malam kena telefon mak atau abah bagitau keadaan jue kat sana"...

Nasib baik syarat sesenang makan kacang je hehe...Kawan aku (engineer perempuan) dan engineer engineer yang sekarang berada kat sana tak sabar sabar menanti kedatangan aku. Memang selesa bekerjasama dengan team yang sekepala dengan kita kan...semua perkara atau masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Semoga apabila berurusan dengan mereka kelak, company akan dapat mencapai target dan progress yang diharap harapkan.

Hope everything goes well.....



Saturday, 10 April 2010

HAVE A GOOD DAY





There is a place in the HEART where THOUGHTS become WISHES



And WISHES become DREAMS



It's a place where anything is possible



Only if we BELIEVE



There are 6 things to believe in for a happy, successful life:



Believe in your FAITH...GOALS...LOVE...FAMILY...YOURSELF...


And most importantly,



Believe in GOD!!







Thursday, 8 April 2010

akan kugenggam bara api hingga menjadi arang


uihhh...lama tak update blog.penat pulak bersihkan sawang kat blog ni hahaha macam le spider nak sangat buat rumah kat blog aku -_-" banyak sebenarnya idea sebelum ni cuma malas nak menaip je. banyak habiskan masa kat kebun 'muka buku' tu.

malam ni sejuk je. minggu ni hujan da sudi datang ke bumi sabah. kalau sebelum ni panas je memanjang. bagus juga lah coz selama musim kemarau tu sana sini dengar hutan terbakar. kesian pula dengan mamat2 bomba. tak pasal2 banyak overtime tapi its ok what, berbakti untuk negara kan. haa bagus, angguk2.agree dengan statement aku ye haha macam je aku nampak korang kan hehe..

sekarang ni, hobi photoshoot aku da melampau2. rasa macam digaru2 je hati ni bila nampak sesuatu yang boleh dibuat bahan. huhu...kalau kamera aku masih boleh digunapakai, memang tak boleh diam le nampaknya. last week bila balik kampung, ingatkan tak dapat lepaskan gian. nasib baiklah cousin ku yang baik hati memahami hati ini. best sangat dapat ambil photo dengan orang yang tahu pasal photo shooting ni. cuma tak dapat mendalami ilmu beliau banyak2 time tu. takpa,nanti bila balik lagi, aku nak menuntut ilmu 44 hari. dalam gua tak makan minum pun takpa. ok,tu da melampau namanya (",)

ada beberapa keping je yang dapat aku snap. kalau korang nak tengok ada dalam flickr aku. cuma member je dapat tengok lah coz aku private kan. so sesiapa yang nak tengok buka lah account flickr. amboi, ni leh minta komisen ni promote bagai hahaha

ermm, apalagi ya..takda idea la pula.its ok la, nanti2 saya update lagi my blog. untuk kesimpulan, cehhh macam buat karangan pulak ada kesimpulan bagai ye hehe...saya akhiri dengan pic yang telah dihantar oleh cousin saya melalui emel. gambar ni dia yang snap ye not me... im so speechless bila tengok pic ni dan terus menyimpan hasrat akan belajar bersungguh2 mendalami ilmu photo shooting ni..gila punya pic wooo...silakan lah nengok nye ~,^




mesti lalat ni dah belajar jadi model kan..ye laa,nampak camera tak pulak dia terbang, duk merenung lagi...educated fly ni