terkejut..
tak tentu arah..
gelisah..
gembira..
excited...
Begitulah perasaanku bercampur baur semalam. Setelah diputuskan dalam mesyuarat aku akhirnya dihantar ke dunia yang penuh kesucian...penuh kecantikan semulajadi..yang...ishh apa jadah aku merepek ni.. kan baik taip je di hantar ke pedalaman yang penuh orang asli ekekeke
Sebenarnya aku akan ke satu tempat dan mungkin akan berada lama kat situ memandangkan atas urusan kerja. Aku cuma dapat beramah mesra seminggu je lagi bersama keluarga, kawan kawan dan jiran. Rasa sedih tu tetap ada tetapi bak kata mak, kerja itu ibadah. So semoga aku dikurniakan pahala olehNya dan diberi elaun yang berlipat ganda oleh bos hahaha
Punya lah susah aku memujuk emak tadi, dah merajuk orang tua tu, kalau budak boleh lah kita pujuk dengan gula gula huuu... mak mulanya tak benarkan sebab tempat tu jauh lagipun tak ada siapa nak jaga aku nanti...adeii, mak..jue dah 26 tahun la bukannya 6 tahun..tapi dengan susah payah merentas onak belukar, mendaki gunung daik bercabang tiga, dah melalut balik da huuu....namun akhirnya mak bersetuju juga. Kuhembuskan nafas lega walaupun bunyi nafas da macam dragon Merlin akibat flu dan cough yang melanda.
"Dengan syarat, setiap pagi, tengahari, petang dan malam kena telefon mak atau abah bagitau keadaan jue kat sana"...
Nasib baik syarat sesenang makan kacang je hehe...Kawan aku (engineer perempuan) dan engineer engineer yang sekarang berada kat sana tak sabar sabar menanti kedatangan aku. Memang selesa bekerjasama dengan team yang sekepala dengan kita kan...semua perkara atau masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Semoga apabila berurusan dengan mereka kelak, company akan dapat mencapai target dan progress yang diharap harapkan.
Hope everything goes well.....
2 comments:
hupdate FB n blog selalu yea,hahahaa...
ooo,huu,hepy working at new place,take good care n simpan duit beli camera nnt (leh update flikr slalu)
oo,huuu....(mengeluh plok,apsal ntah,hehe)
kalo palerhotak ni byk idea, update le slalu kot. Ha, camera, tu semestinya hehe
psst..mengeluh tak baik utk kesihatan ekekeke
Post a Comment