Bukan senang kita nak menjaga hati semua orang. Dan tak semua apa yang kita buat akan memuaskan hati sesiapa. Walau kita dah cukup menjaganya, menggilapnya dan menatangnya bagai minyak yang penuh (minyak dah naik lah, lepas ni barang pula akan naik,tengoklah nanti..ishh,balik ke mood awal,bertukar...) namun ia akan tetap ada salahnya. Perlukah aku terus menjadi lilin membakar diri sendiri demi kebahagiaan dan kepuasan orang lain? Perlukah aku terus membiarkan hati ini sendiri dan hanya ditemani malam malam yang sunyi dan gelap gelita (awat,hang tak bayar bil api kah?ishh,suara suara hati tetap bercampur dengan keadaan semasa..)
Tembok kemachoaan aku akhirnya runtuh..yess..collapsed...huh...
Buat masa ini, aku nak menyendiri, membuat kerja kerja yang akan membuatkan aku lupa seketika dengan masalah masalah yang membelenggu diri ini. Aku tak akan kalah dengan perasaan yang tak tentu hala ini.
Tapi aku perlu faham, setiap orang tentu nakkan kesempurnaan. Aku perlu akur tentang kenyataan itu. Silap aku tidak memandang semua ini dari dulu lagi.
Semoga semua orang akan mengecapi kebahagiaan masing masing. Aku hanya akan mendoakan dari jauh. Carilah kesempurnaan yang diidam idamkan itu.
Mood yang down akan menaip sesuatu yang tunggang langgang haha...
Till then...
*miss you like crazy..dem*
No comments:
Post a Comment