amboi panjangnya tajuk, ermm, kalau tengok tajuk entri ni gerun sendiri juga, tapi inilah yang perlu aku tekadkan dalam hati dan rekod dalam kepala otak ni bermula hari ini..
Dulu, aku sentiasa lihat kehidupan ni umpama burung yang terbang bebas. Suka hati nak bertenggek kat wayar ke, kat dahan ke atau kat bumbung rumah. Tak ada siapa yang boleh menghalang kemahuan dan keinginan hati.
Namun, sekarang dah tak boleh buat sesuatu perkara tu mengikut perasaan, kena jaga hati orang orang yang menyayangiku..ceh,ada orang sayang ke hehehe
Dah tak boleh pandang remeh dah dengan sesuatu perkara atau percakapan. Kena serius dalam apa jua perkara.
Dan sekarang aku perlu belajar menjadi
**seorang anak yang mendengar kata (mak suruh masak, pura pura nak p cuci kereta..hampehh),
**seorang kakak yang sentiasa bergaul mesra dengan adik adik (jangan asyik menghadap novel kalau dorang tengah bergosip,erkk..kena bergosip sama ke huhu),
**seorang kawan yang sentiasa mendengar masalah dan cuba menyelesaikan sebaik mungkin (bukannya bila mendengar keluhan kawan kat telefon,hadap komputer sambil bermain GTA...buang kat laut bagi makan jerung je kawan macam ni),
**seorang kekasih yang menjaga adab sopan semasa bersembang, buat lawak atau beramah mesra (selama ni ai tak ada adab ke dear??uwaaaa...sob sob)
DAN YANG PALING PENTING
**seorang umat yang sentiasa menjaga waktu solatnya (kerap tinggalkan subuh T_T)
Semoga setiap niat yang baik akan dapat imbalan yang baik baik juga...amiiinnn
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan
2 comments:
insyallah......
erm,thanks..
Post a Comment