Hari ini hari Ahad. Hari rehat, hari tidur, hari makan hahaha kalau setiap hari pun hari ahad, alamatnya terpaksa la cari baju2 dan seluar2 baru nampaknya ni..yalah,asik makan je kan huhu
Hari ini aku nak cerita pasal seorang kawan aku yang tinggal dua blok dari rumah aku ni. Dia ni clumsy orangnya. Tapi aku suka berkawan dengan dia coz dia kalau ada tak puas hati, dia akan cakap direct, tak suka simpang empat or korner2. Pagi tadi, dia datang ke rumah aku. Dengan muka tak malunya, terus masuk ke bilik aku. Memang tak ada tatasusila betul pompuan tu. Oh ya, lupa pula, nama pompuan tak malu ni Zulaikha atau lebih dikenali Tayer (rempit tak nama dia hahaha)
"weyh, bangun...kau kena temankan aku hari ni, aku bakal dicolek ni"
Aku yang memang malas bangun awal pagi Ahad, dengan raut wajah yang suci murni, memandang ke arahnya sambil berkata, "Sapa pulak yang nak colek kau ni, kesian la kat orang tu, buta ke ape weyh"..
Dan hasilnya aku mendapat tamparan padu kat peha, gila betul tangan minah tu..mesti kaki dera ni (-_-")
Rupanya tengahari ni ada rombongan nak merisik minah 3 suku ni..Huh, terfikir pulak dalam hati, kalau 3 suku pun laku, aku yang 9 suku ni apatah lagi kan hahaha
Tepat pukul 12 tengahari, aku ke rumah dia. Mak dan abah dah awal2 ke sana. Sampai sahaja, aku memberi salam. Wah, ramai juga yang datang. Belum kenduri kahwin lagi tu. Aku terus naik ke bilik dia. Aku tengok gabra juga minah ni. Aku gelak sorang2. "Apa gelak2 weyh, muka aku tak cantik ke?"...Aku menjawab dengan selamba, "sejak bila pula kau cantik, tak perasan pula aku"... Lepas tu, kesian pula aku tengok muka dia, macam orang kematian kucing. Dalam hati ni berniat, tak mahu kutuk dia selama 2 tahun laa.
Pukul 12.30 tengahari, rombongan datang. Dalam 3 kereta macam tu. Aku jenguk dari tingkap. Aku tengok muka Tayer berseri2. Aku tumpang gembira tengok kawan2 aku bahagia. Boring sembang2 kat bilik, aku minta izin turun ke dapur. Kawan2 lain temankan dia kat bilik. Semasa melintasi ruang tamu, semua mata memandang aku. Adeii...ingat aku ni bibik ke. Terasa nak menyapu pulak bila dorang pandang aku macam tu..
Sampai kat dapur, ada beberapa orang makcik2 sedang menyediakan makanan. Dengan muka 10 hari tak makan, aku membuat isyarat dengan mengusap2 perut minta kasihan. Taktik aku berjaya nampaknya. Mereka berebut2 nak sediakan aku makanan. Aku makan apa sahaja yang boleh ditelan. Sedap kalau makanan free ni hehehe :p
Majlis berlangsung dengan lancar. Selepas mereka balik, aku dengan kawan2 lain sembang2. Sorang kawan aku bertanya, "Jue, aku dengar kau nak belajar?"...Aku menjawab, "Ya, aku ni masih kurang ajar beb, tu yang kena belajar lagi ni"... Kawan2 menyokong padu niat aku untuk belajar ni. Erm, semoga harapan untuk aku menjadi pensyarah atau paling koman jadi cikgu sekolah rendah pun, tercapai hendaknya...
Setelah puas bersembang, aku balik ke rumah. Ingat nak main game sampai rumah tapi rancangan terbantut la pulak setelah melihat tilam yang lembut di bilik aku tu. Dan akhirnya, dengan pantas aku mencapai bantal dan zzzzzzzzzz.....
No comments:
Post a Comment