After 1pm da turun nak start kereta, nak pergi Standard Chartered bank nak clear salary engineer2 ni... pasang radio dengar lak lagu 'please..please...please..kamu jangan nakal'..ermm teringat lak kat my other half, sempat lagi hati ni berdetik,"jangan nakal2 kat sana ye sayang, biar I je yang nakal" :D
Sampai je kat bank, masukkan terus all the cheques ke mesin..sempat lagi tengok kat purse, aisehh..duit da tinggal rm50 da...tak boleh jadi...kena cucuk kad juga ni...so, beraturlah kat mesin tunai tu. Ada seorang auntie berdiri kat depan and kat depan dia lagi ada seorang lelaki pakai baju seragam. Tak pasti pula baju seragam apa, malas nak perah otak ingat semua jenis pakaian seragam kat Malaysia ni. Buat penat otak je. Tiba-tiba Auntie ni berkata,"aiyaa,itu olang sula lama oo berdiri, tatak tau apa dia buat ooo"
"Dia nak keluarkan 10 juta kot, Auntie?"
"Aiyaa...betulkah?"
Ishhh percaya lak dia huhu...apa nak jawab balik ni. Erm, malas nak jawab jadi cuma mampu tersenyum sumbing kat dia. Auntie ni terus tengok saya dari atas ke bawah. Tentu dalam benak dia tu saya ni baru terlepas dari rumah sakit jiwa. Hahaha, lantak la Auntie.
Lepas ambil duit, perut terasa lapar la pulak. Nak makan apa ya? Masuk kat shopping mall nak tengok2 apa yang boleh menarik selera ini. Dah pusing2 masih tak jumpa lagi. Perut da mula berkeroncong. Dah baik2 lagu nasyid tadi da bertukar jadi heavy rock pula perut ni. At last, KFC.
Hentam saja la labu. Janji kenyang.
Kak, nak snack plate spicy ye...Minuman nak milo ais...
Saya ambil port hujung sekali nak melantak. Sedang baik2 makan, terasa macam diri diperhatikan. Nampak la sorang mamat ni memerhati diriku yang sedang kusyuk menyiat2 ayam goreng persis orang asli karnibal hahaha...Ermm, apahal lak mamat ni?nak kena lekuk kot? Eh, hello, mamat psiko, girlfriend awak duduk kat sebelah awak tu. Boleh lagi awak ni nak senyum kat perempuan lain pula? Huh, meluat betul. Daripada diperhatikan terus, baik tukar posisi. So, saya membelakangi kapel tu. Tak kuasa lak nak bertarik2 rambut dengan awek dia kang, konsentrate dengan hidangan lazat di depan mata lagi baik...
Dalam hati sempat berkata..."Huh, lelaki...Pantang betul..."
Lepas makan, terasa malas pula nak balik ke ofis.
"Hello bos, saya tak balik ofis ni. Dah jam 3 lebih, nak pergi sana pun dalam setengah jam, jammed tak masuk lagi bos"
"Erm, ye la..balik la rumah..awak da penat tu, kesian awak"
"Sorry ya bos" terasa indah sungguh dunia hari ini hahahahaha
Sampai rumah, teringat kat my other half, ermm...nak jealouskan dia sat...
sms...
saya: Kat umah da hehe malas balik ofis. Nak tdo2 jap. Jeles tak hehe
dia : Haha, tdo2..Hehe, tak pun, wahaha
saya: Wek2..Nak mandi pastu tdo. Nite sayang hehe (tak nak kalah)
dia : Nite, sweet dream.
Grrrrrr....
Huhu, tak nak say goodnite malam ni da...
So, saya pun tidur la dengan hati yang geram kerana tak dapat jealous kan dia (*_*')
No comments:
Post a Comment