Friday, 10 June 2011

Seth Tan?

Kalau dulu aku tak pernah dan tak ingin ambil tahu rancangan tv tetapi sekarang hambek kau setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam aku akan terpacak depan tv selama sejam. Sebab apa? Ha, sebab....






NORA ELENA merupakan sebuah kisah perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).



Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.



Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.



Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?



Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia. Pheww, gila betul bahasa aku. Boleh jadi cikgu bahasa sastera ni. Sila muntah darah.



Cerita ini berdasarkan novel pada tahun 2008 yang bertajuk Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Aku tak baca lagi novel ni tetapi kata kawan aku yang dah membacanya, ada banyak juga perbezaan ceritanya. Tapi takpelah. Dekat drama tu pun dia dah tulis 'Adaptasi Longgar'.






Ada ke lelaki macam Seth Tan tu? Ramai gak lelaki yang kata;

Cerita Nora Elena ni tipu, mana ada lelaki macam ni kat dunia.


Seth Tan buat semua perempuan nak lelaki macam dia padahal tak wujud pun.


Seth buat lelaki-lelaki macam kita nampak teruk.

Takpe,itu pendapat masing-masing. As for me, sepatutnya kita ambil mana yang baik dalam cerita tu. You as a husband or wife kenalah sama-sama perbaiki diri dengan tengok cerita tu. Tengok macamana Seth layan Nora. Bukanlah nak sampai macam tu  kan but at least tengoklah tahap kesabaran Seth tu macamana nak dapatkan wife dia.



Betul tak?



Jadi, apa yang mustahilnya? Yang bezanya Seth dah kahwin baru bercinta. Tetapi situasi sekarang ni, sebelum kahwin dah bercinta macam nak putus nyawa tapi bila dah kahwin semua entah kemana. 


Itu bezanya.



Mungkin korang rasa tak wujud sebab korang tak pernah rasa macamtu atau boyfriend/husband korang suam-suam kuku je. Ramai juga lelaki yang emosi kata Seth tu melampau lah layan wife dia macam tu, dayus lah. Tak salah pun kalau ikut macam tu kan cuma biarlah berpada-pada. Lagipun yang korang buat tu untuk wife korang juga kan. Tak rugi mana pun hehe...Eh, aku pernah jumpa orang yang lebih sweet dari Seth ni tau.. ~,^



Apa-apa pun dalam kehidupan kita ni, sentiasalah berfikiran positif dan ambil yang mana patut kita contohi sebab kita tak rugi walau sikit pun. Sentiasa perbaiki diri demi pasangan masing-masing. Kita bukan nak hidup setahun dua, kalau boleh biarlah mati yang pisahkan kita. Insya-Allah.



Ok, dah cukup lah bebelan aku hari ni. Jom dengar OST drama ni pula. Peace.

No comments: