Wednesday, 8 June 2011

Apa Ada Pada Kecantikan?

Isu ni agak sensitif. Kau dipuji cantik dan sesuai dengan pakaian kau pakai hari ni kau rasa dah kembang semangkuk padahal yang dipuji pakaian kau jer pun. Dan sebaliknya apabila kau ditegur bila ada jerawat or ketumbit di wajah kau akan rasa seperti tak nak keluar rumah 44 hari. Sampai dunia pun menggunakan modal kecantikan ni untuk buat bisnes. Cuba tengok iklan-iklan kat tv sekarang. Model-modelnya semua yang mempunyai rupa paras yang menarik, kan? So, apa sebenarnya yang penting sangat pasal kecantikan ni?


Kalau lepak dengan kawan kawan lelaki, pantang nampak perempuan dahi licin sikit, masing masing menganga mulut. Yang perempuan pulak pantang nampak lelaki hidung mancung atau muka sweet ala chinese gitu, mesti berebut punyalah.


Memang tak dinafikan, semua orang nak kan suami/isteri atau kekasih yang cantik dari segi rupa luaran. Tapi orang keliling aku selalu ingatkan untuk pandang pada kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman ni lebih baik dari kecantikan luaran. Kecantikan luaran ni tak kekal. Kecantikan luaran ni kadang kadang hanya topeng sahaja. Kecantikan luaran ni hanya sebuah mainan ilusi optik.



Tapi, kecantikan dalaman ni kekal ke? Kita boleh jamin ke ia tak berubah ke keburukan dalaman?



“Err..err...aaaa...coo...coo...comel...comel lah buah pinggang yu hari ni!”




WAKAKAKAKKAKA!!!

2 comments:

boyarque said...

Pankreas abg sangat kacak, tu sebab aweks suka giler kat abang......

ENY said...

owh,ingatkan medula oblangata abg yg menjadi tarikan hahaha