World Cup 2010 dah bermula. Lepas ni,ramai lah pekerja pekerja contoh yang pergi ke pejabat dengan mata yang lebam dan tak kurang juga yang mengambil cuti. Mana yang tak pernah nak cuti tu tetiba apply cuti sakit lah, cuti kucing beranak lah, motor rosak lah dan alasan alasan yang menjurus kepada alasan buang tabiat. Lepas ni juga, busy lah semua suami, boifren, bapa, abah, ayah, kaki judi dan terselit lah juga gadis gadis yang nak tunjuk cool tetiba suka bola padahal selama ni tak pernah tengok bola dan mungkin tak tahu juga bentuk bola itu sebenarnya bulat.
Saya tak ikut sangat games ni, memandangkan dah tak aktif futsal macam dulu. Malas dah nak terlibat secara langsung selepas apa yang berlaku beberapa tahun dulu. Tapi, sesekali bila datang gian,ikut kawan kawan gak tapi hanya sebagai pemerhati je hehe
Sekarang,aku hanya akan tengok bola kalau ada pemain pemain kegemaran seperti Christiano Ronaldo, Febiano, Kaka, Gerard, Lampard, Ballack dan Raul beraksi. Walaupun Raul dah senior tapi i'm so admire him sebab setiap kali dia menjaringkan gol, dia akan cium cincin perkahwinan dia. So sweet kan?
Negara pilihan aku untuk World Cup ni?Erm, semuanya pun best best. Tetapi sejak dulu aku memang meminati Brazil team. Walaupun Ronaldinho dah tak ada, namun Kaka,Pato,Maicen,Fabiano dan Robinho adalah pemain pemain yang boleh tahan lasaknya. Tak lupa juga the sweet goalkeeper, Julio Cesar...
Ramai kawan aku kata tahun ini kemungkinan besar England(Lampard) will be the champion but i'm not so sure. Hanya sebab promosi besar besaran untuk England, tak semestinya akan jadi juara kan. Walaupun aku minat juga dengan team ni, (huh,berapa banyak minat team daaa) tapi aku rasa Brazil akan muncul juara (dan mungkin juga Germany(Podolski) atau Portugal(Christiano Ronaldo),sapa tau kan hehe... takdok pendirian langsung hahaha)....Tak sabar nak tunggu perlawanan antara Brazil dengan Portugal 25 Jun ni weee~~
Walau siapapun yang menang, yang penting, semoga skill padang mereka akan menjadi ikutan dan inspirasi untuk pasukan Malaysia kita.
Blog hari ini patriotik nampak?haha...apa apapun, piala dunia ni menyatukan rakyat Malaysia sebenarnya. Semalam semasa perjalanan untuk balik ke rumah, aku lalu di sebuah kedai mamak. Skrin tv besar sungguh. Pelanggan penuh satu kedai. Gerenti malam malam mamak tu senyum lebar dalam tidur. Iyalah, bayangkan untung selama sebulan. Fuhh, best woo.. Terasa nak buka kedai lak haha...Semoga semua happy dengan kemenangan pilihan masing masing.
Happy Waka Waka!!
No comments:
Post a Comment