Thursday, 24 June 2010

Cinta itu buta ke??Ok,entri sangat panjang..sila sediakan kopi kapal api dan biskut tiger sebelum membaca

Kadang kadang hidup ni susah nak diramalkan kan?Walaupun kita dah berusaha mengelak dari masalah sekeliling namun ia tetap mengejar kita..
Entri awal dah emo..haha..tak biasalah pula emo emo ni..rasa macam minum eno la pulak ekekeke
Bukan apa sebenarnya,ni nak kongsi sedikit pengalaman dan mungkin juga boleh dijadikan sebagai pedoman di hari kelak.
Benda ni terjadi bila aku mula berkenalan dengan seorang hamba Allah ni. Mula mula kenal kat satu laman dalam internet. Lepas tu berpanjangan kat luar pula. Pergi minum minum dan lepak sembang sembang biasa. Esok esoknya dia bawa pergi joging dan bersantai bersama. Apabila dia dah kembali bertugas, hanya telefon dan ym sahaja lah jadi penghubung.Dia tak tinggal kat Sabah.Hanya bila bercuti je dia akan ke Sabah. Orangnya tinggi,peramah,baik hati dan tak kedekut(sebab kena belanja makan selalu kot ngeee).Dia dah ceritakan semua perkara berkaitan dirinya dan aku juga tak segan silu ceritakan semua tentang diriku.Dia pun faham situasi antara kami.
Aku memang tak pernah anggap dia lebih dari kawan. Selalu jugalah bertukar tukar khabar. Tapi selepas beberapa lama, kami dah jarang berhubung. Aku pun tak nak lah ganggu dia.Kot kot dia sibuk ke.Lagipun aku pun memang tengah hangat time tu.Hangat apa?Ha,hangat hangat teh tarik haha
Selepas beberapa bulan, tiba tiba dia mesej kat handphone. Tanya tanya khabar. Dan berlarutan sampai beberapa hari. Tapi aku ada sedikit kemusykilan sebab kali ni mesej mesej dia berubah romantik dan setiap kali kat hujung ayat mesti ada perkataan sayang. Pelik sangat. Dan akhirnya, pada suatu hari,dapatlah mesej dia yang menyatakan dia dah lama ada hati kat aku dan ingin aku menjadi teman istimewa. Terkedu pun ada. Iyalah,dah baik baik berkawan tiba tiba nak propose la pula. Tapi aku tak layan sangat. Beberapa hari aku tak layan mesej mesej dia.
Nak tau tak apa terjadi seterusnya?Jeng..jeng..jeng...Kita tak boleh menidakkan kuasa Tuhan. Sesungguhnya setiap perkara itu adalah ketentuannYa. Sekiranya kita ikhlas, Dia akan menunjukkan kita sesuatu yang benar.
Baru baru ini aku ada ter'add' somebody dalam muka buku aku.Perempuan.Mula mula aku tak perasan apa apa sangat.Tapi satu hari tu aku tak ada kerja,aku pun tengok tengok lah wall dia. Lepas tu aku perasan satu gambar. Then,bila aku klik, maka terkejut beruk makyeh aku tengok gambar tu. Korang tentu rasa rasa dah tau gambar siapa kan...pandai korang ni haha...yess, gambar hamba Allah tu. Dan perempuan yang jadi friend list aku itu adalah girlfriendnya. Ironik kan...
Lepas tu aku pun pakai lah kepakaran aku untuk menyiasat ala ala CSI..Dan ada lagi satu perkara mengejutkan yang aku baru dapat tahu.Rupanya dia sudah beristeri tetapi bercinta bagai nak rak juga dengan kawan dalam list aku itu. Dan kawan aku itu pula rela berkongsi kasih.Huuu...Habis kata kata dia dalam mesej mesej selama ni??? Macam nak bagi pelempang pun ada sekarang ni..
Tapi pasal aku ni aku tak bimbang sangat juga sebab aku pun tak ada ikatan apa apa dengan dia. Cuma yang menjadi kerunsingan aku ni pasal kawan perempuan aku tu. Adakah aku perlu ceritakan kepadanya siapa aku atau perlu kah aku beritahu lelaki itu yang aku dah tau cerita sebenarnya...Aduii pening kepala macam ni..
Dan setelah aku fikir beberapa lama,aku tak akan masuk campur dalam hal ni. Biarlah lelaki itu dengan dramanya. Semoga kawan aku ni akan sedar siapa lelaki ni satu hari nanti.Dan aku pun dah tak layan lagi panggilan panggilan atau mesej dari lelaki itu dah.Tak boleh blah dengan orang macam tu. Kalau tak ada masalah dengan isteri tu tak payahlah nak buat perangai pula.Issshhh...dunia dunia. Aku doakan dia akan sedar semua ni sebelum terlambat. Jangan sampai yang di kejar tak dapat yang dikendong berciciran...
Walau apapun,aku sentiasa doakan yang terbaik untuk my other half. Semoga dia cepat sembuh dan sentiasa gembira..semalam, aku dah jadi macam entri sebelum ni..huuu...love yu alwayss..thanks for ur love and understanding...Erk,sekali ending keluar tajuk la pulak hahaha

Anyway,thanks for drop by to my blog dear friends...~,^

Till then...

No comments: