Sunday, 31 January 2010

Membuang Masa Yang Terluang...haha

Saya bosan, saya rindu bestfren saya kat Brunei yang sombong tak reply message. Hari ni habis-habisan dia bergembira tanpa saya. (-_-"). Takpe la, untuk mengisi masa saya jawab la quiz/soalan/papejela ni yang ditag oleh someone.

1. Bekas kekasih saya adalah :
bekas air ke bekas nasik? ke bekas pensil.. kekasih, awak ada bawak bekas ke pergi kerja? tak pasan la..

2. Saya sedang mendengar :
menatap matamu - aril (cmt hp sejak dlu~minat sgt dengan lagu ni)

3. Mungkin saya patut :
pergi tgk tv ke memasak ke daripada menghadap benda alah ni.

4. Saya suka :
nyanyi kuat2 penuh perasaan dlm kereta (siap buat gaya lagi).

5. Sahabat-sahabat baik saya :
selalu kutuk saya depan2 (-_-"). nama pun sahabat, takkan nak cakap belakang2 lak kan?

6. Saya tak paham :
bahasa Uganda.

7. Saya kehilangan :
masa untuk bergembira dengan kawan-kawan sebab terlalu kuat bekerja. huhu.. tapi siyesly aku rindu korang tau. huhu :(

8. Ramai yang berkata :
saya clumsy. padahal saya cool B-) hahaha.. tipu tipu! :P

9. Makna nama saya :
erm...tak cari lagi

10. Cinta itu adalah :
apabila si lelaki sanggup duduk sebelah si wanita yang selalu memandu secara berbahaya sedangkan tak ada sesiapa pun berani naik dengan wanita cantik tersebut. (saya bukan cakap pasal saya tau. haha :P)

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
sibuk layan games kat dalam bilik tanpa menghiraukan saya yang kesepian. sobsob~~

12. Saya akan cuba :
menahan rindu ini sehinggalah berjumpa dengannya pada suatu masa yang diizinkanNya.

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
kekal abadi.

14. Telefon bimbit saya :
telah banyak membantu saya berkomunikasi dengan orang2 yang saya kenal dan saya sayang.

15. Bila saya terjaga dari tidur :
saya akan teraba2 cari henfon saya untuk mematikan alarm, pastu tido balik.

16. Saya paling meluat apabila :
berdepan dengan orang yang hanya pandai bercakap but prove nothing. annoying~

17. Pesta/Parti adalah :
membuang masa, kecuali kalau ianya adalah parti harijadi bestfren dan anak2 jiran saya. seronok! :

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Puss in the Boot dalam cerita Shrek.


19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
sewaktu berumur 5 tahun di waktu arwah nenek masih hidup dan tinggal bersamanya

20. Hari ini :
sangat sibuk selepas pukul 2 petang kot menghadiri parti harijadi dan kenduri jiran2 tetangga

21. Malam ini saya akan :
tidur awal and bangun lambat sikit sebab esok tak perlu masuk ofis awal2 since nak pergi bank dan celcom ofis

22. Esok pula saya akan :
lunch sorang2 lagi huhu

23. Saya betul-betul inginkan :
hidup bahagia yang penuh gelak tawa dan majlis perkahwinan yang kecil tapi sangat bermakna hanya untuk saya dan orang-orang yang saya sayangi :)

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
sembabnye muka..


25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
dua-dua pun berpotensi besar untuk mengurangkan not2 di dalam purse saya hahaha


26. Makanan Barat atau Jepun :
saya orang Melayu sejati yang perlu makan nasik.

27. Bilik yang terang atau gelap :
kalau nak tidur kena la gelap. sebab saya ada masalah silau yang tinggi. adeyy.

28. Makanan segera adalah :
tak elok untuk kesihatan tapi tiba-tiba jadi elok bila semalam abah tanya nak makan pizza tak :))


29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
"ye la mak, nanti jue turun"..(mak risau anak kesayangan dia tak turun2 lepas sarapan tadi hehe..sayang mak)


30. Siapa yang anda nak Tag?
malas nak tag sape2.



Publish Post

3 comments:

darkwing54 said...

saya suka no 15,yeaa.....

ENY said...

bkn yg 11 ke? sob sob...

darkwing54 said...

huhu....tngu time nak men sama jer,insyallah...:D