Kalau dulu aku tak pernah dan tak ingin ambil tahu rancangan tv tetapi sekarang hambek kau setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam aku akan terpacak depan tv selama sejam. Sebab apa? Ha, sebab....
NORA ELENA merupakan sebuah kisah perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).
Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.
Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.
Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?
Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia. Pheww, gila betul bahasa aku. Boleh jadi cikgu bahasa sastera ni. Sila muntah darah.
Cerita ini berdasarkan novel pada tahun 2008 yang bertajuk Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Aku tak baca lagi novel ni tetapi kata kawan aku yang dah membacanya, ada banyak juga perbezaan ceritanya. Tapi takpelah. Dekat drama tu pun dia dah tulis 'Adaptasi Longgar'.
Ada ke lelaki macam Seth Tan tu? Ramai gak lelaki yang kata;
Cerita Nora Elena ni tipu, mana ada lelaki macam ni kat dunia.
Seth Tan buat semua perempuan nak lelaki macam dia padahal tak wujud pun.
Seth buat lelaki-lelaki macam kita nampak teruk.
Takpe,itu pendapat masing-masing. As for me, sepatutnya kita ambil mana yang baik dalam cerita tu. You as a husband or wife kenalah sama-sama perbaiki diri dengan tengok cerita tu. Tengok macamana Seth layan Nora. Bukanlah nak sampai macam tu kan but at least tengoklah tahap kesabaran Seth tu macamana nak dapatkan wife dia.
Betul tak?
Jadi, apa yang mustahilnya? Yang bezanya Seth dah kahwin baru bercinta. Tetapi situasi sekarang ni, sebelum kahwin dah bercinta macam nak putus nyawa tapi bila dah kahwin semua entah kemana.
Itu bezanya.
Mungkin korang rasa tak wujud sebab korang tak pernah rasa macamtu atau boyfriend/husband korang suam-suam kuku je. Ramai juga lelaki yang emosi kata Seth tu melampau lah layan wife dia macam tu, dayus lah. Tak salah pun kalau ikut macam tu kan cuma biarlah berpada-pada. Lagipun yang korang buat tu untuk wife korang juga kan. Tak rugi mana pun hehe...Eh, aku pernah jumpa orang yang lebih sweet dari Seth ni tau.. ~,^
Apa-apa pun dalam kehidupan kita ni, sentiasalah berfikiran positif dan ambil yang mana patut kita contohi sebab kita tak rugi walau sikit pun. Sentiasa perbaiki diri demi pasangan masing-masing. Kita bukan nak hidup setahun dua, kalau boleh biarlah mati yang pisahkan kita. Insya-Allah.
Ok, dah cukup lah bebelan aku hari ni. Jom dengar OST drama ni pula. Peace.
I'M WRITING BASED ON WHAT I FEEL. AND WHAT I SEE. AND MIGHT ALSO BASED ON WHAT I'VE EXPERIENCED. YOU DON'T LIKE THE CONTENTS? TAK PAYAH CERITA BANYAK..... J.U.S.T L.E.A.V.E!!!
Friday, 10 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
Apa Ada Pada Kecantikan?
Isu ni agak sensitif. Kau dipuji cantik dan sesuai dengan pakaian kau pakai hari ni kau rasa dah kembang semangkuk padahal yang dipuji pakaian kau jer pun. Dan sebaliknya apabila kau ditegur bila ada jerawat or ketumbit di wajah kau akan rasa seperti tak nak keluar rumah 44 hari. Sampai dunia pun menggunakan modal kecantikan ni untuk buat bisnes. Cuba tengok iklan-iklan kat tv sekarang. Model-modelnya semua yang mempunyai rupa paras yang menarik, kan? So, apa sebenarnya yang penting sangat pasal kecantikan ni?
Kalau lepak dengan kawan kawan lelaki, pantang nampak perempuan dahi licin sikit, masing masing menganga mulut. Yang perempuan pulak pantang nampak lelaki hidung mancung atau muka sweet ala chinese gitu, mesti berebut punyalah.
Memang tak dinafikan, semua orang nak kan suami/isteri atau kekasih yang cantik dari segi rupa luaran. Tapi orang keliling aku selalu ingatkan untuk pandang pada kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman ni lebih baik dari kecantikan luaran. Kecantikan luaran ni tak kekal. Kecantikan luaran ni kadang kadang hanya topeng sahaja. Kecantikan luaran ni hanya sebuah mainan ilusi optik.
Tapi, kecantikan dalaman ni kekal ke? Kita boleh jamin ke ia tak berubah ke keburukan dalaman?
“Err..err...aaaa...coo...coo...comel...comel lah buah pinggang yu hari ni!”
WAKAKAKAKKAKA!!!
Kalau lepak dengan kawan kawan lelaki, pantang nampak perempuan dahi licin sikit, masing masing menganga mulut. Yang perempuan pulak pantang nampak lelaki hidung mancung atau muka sweet ala chinese gitu, mesti berebut punyalah.
Memang tak dinafikan, semua orang nak kan suami/isteri atau kekasih yang cantik dari segi rupa luaran. Tapi orang keliling aku selalu ingatkan untuk pandang pada kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman ni lebih baik dari kecantikan luaran. Kecantikan luaran ni tak kekal. Kecantikan luaran ni kadang kadang hanya topeng sahaja. Kecantikan luaran ni hanya sebuah mainan ilusi optik.
Tapi, kecantikan dalaman ni kekal ke? Kita boleh jamin ke ia tak berubah ke keburukan dalaman?
“Err..err...aaaa...coo...coo...comel...comel lah buah pinggang yu hari ni!”
WAKAKAKAKKAKA!!!
Friday, 3 June 2011
Untuk Semua Soalan...
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)
RASA FRUST?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman (Surah Al-Imran ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (Surah Al-Imran ayat 200)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka (Surah At-Taubah ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal (Surah At-Taubah ayat 129)
(^,^)
Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dgn kehidupan manusia, riang ketawa tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Jika kau rasa kecewa maka pandanglah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta-juta batu menghalang..Jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...
Subscribe to:
Posts (Atom)