Friday, 7 January 2011

Kalau aku...

Kita selalu cakap, "Kalau aku.."


Sebelum kahwin, kalau dengar kisah rumahtangga yang bermasalah kita mudahnya berkata:
"Kalau aku, dah lama aku tinggalkan lelaki/perempuan jenis macam tu.."

Bila dia membuat keputusan yang dia sendiri pun berat nak buat, kita kata:
"Kalau aku, tak payah lah fikir berat-berat sangat pun..."

Masa makan di restoran, datang orang tua bersama kanak-kanak menjual tisu, kita kata:
"Kalau aku takkan bawa anak kecil ikut sama jual tisu.."

Bila seorang kawan menolak untuk kerja yang bergaji besar namun harus berjauhan dengan keluarga, kita cakap:
"Kalau aku jadi dia, aku terima je tawaran tu. Ala, duit tu pun untuk keluarga juga."

Bila dengar kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak-anak, kita cakap:
"Kenapa tak berterus terang je? Kalau aku, direct je cakap kat mak mertua aku tu.."

Bila kawan bercerita tentang kerja yang membebankan, kita kata:
"Kalau aku dah lama cari kerja lain.."

Bila kawan lelaki mengadu sudah bertahun-tahun berkahwin masih tidak dikurniakan zuriat, kita selamba kata:
"Kalau aku, aku dah kahwin lain kot.."

Bila dengar seseorang bersedih mengadu pasal kandungannya yang bermasalah, kita cakap,
"Kalau aku, tentu dah pergi specialist dah, tak payah tunggu lama..."

.
.
.
.


Semuanya "Kalau aku.."

Kerana bukan kita yang mengalaminya, maka mudahlah kita dengan lantangnya mencadangkan itu ini.

Adakah kita mampu melakukan seperti yang dikata, apabila tiba masanya kita pula berdepan dengan situasi yang sama?

2 comments:

boyarque said...

Kalau aku...dah lama berenti baca blog ni. HAHAHAHAHA!

*lari

ENY said...

kalau aku, dah lama unfriend mamat atas ni... :p