Bila anda putus cinta, anda akan rasa sangat down betul tak? Apalah soalan ni, mestilah sangat down. Yeah, rasa macam banyaknya anda dah berkorban untuk dia, rasa macam tertanya tanya kenapa dia tidak menghargai anda dan sebagainya. Kadang kadang anda akan rasa macam sangat tak berguna dan mulalah menyalahkan diri sendiri.
Sebenarnya perasaan itu normal sahaja. Tidak hanya dalam percintaan je, dalam kerjaya pun kalau something goes wrong kita akan jadi begitu juga. Itu adalah kerana anda dah meletak harapan tinggi pada perkara itu, dan terlupa dengan hakikat bahawa manusia hanya merancang dan tidak berkuasa menentukan apa apa. Please please please janganlah menyalahkan diri sendiri. Sebaaab, dengan demikian anda akan rasa lebih teruk lagi. Macam mana sempurna pun anda, kalau memang dia
Then biasanya anda akan menangis beria-ia, macamkan dia pulang ke alam barzakh yang nak ditangiskan bagai (sound diri sendiri). Tapi tak apa, menangislah semahu mahunya, asalkan anda sudah menetapkan satu tempoh untuk berkabung dan berhenti. Cakaplah pada diri sendiri, "Aku akan menangis selama seminggu. Hujung minggu ini aku harus berhenti menangis sebab aku perlu bangun semula untuk mencari
Selalu sangat aku jumpa orang, especially girls yang ditinggalkan kekasih cakap macam ni, "Susah sangat nak lupakan dia, dialah lelaki terbaik yang pernah aku kenal, dialah yang paling memahami aku, dialah yang paling bla bla bla bla.." Sedarlah cik adik sayang, kalau dia baik hati dan memahami anda, dia tidak akan tergamak melukakan hati anda. Ayat "You deserve someone better" yang dikeluarkan oleh teman lelaki ketika memutuskan hubungan itu adalah sangat lame okay. Just admit that you already have someone else, and get lost! Huh emo pula. Please.. He was just no more into you so he did not want to be seen as guilty. Remember, THERE'S SOMEONE WHO WILL MAKES YOU HAPPIER THAN THE ONE YOU BROKE UP WITH, EVEN IF YOU THINK IT IS IMPOSSIBLE.
Bila anda baru putus cinta, percayalah akan ada dua tiga lelaki yang tiba tiba datang menagih cinta. Yang aku perasan ada tiga jenis:
1. Lelaki yang dah lama setia menunggu kamu.
2. Lelaki yang tak pernah tunggu kamu pun tapi sekadar mencuba nasib menangguk di air keruh.
3. Lelaki yang betul betul kamu baru jumpa or kawan baru.
Berhati hatilah dengan lelaki jenis kedua. Dia akan berusaha mendekati anda. Mulalah cerita girlfriend dia tak baguslah, tak memahamilah. Mungkin benar, tapi why on earth kau nak burukkan girlfriend kau depan aku? Nanti entah entah kalau aku jadi dengan kau in case terjadi apa apa between us, kau buruk burukkan aku pula depan wanita lain. Haih. So please janganlah mudah terpedaya. Perempuan ni bila baru putus cinta, kecenderungan untuk menerima lamaran lelaki lain secara tangkap muat sangat tinggi.
Satu lagi, bila kita single, especially for ladies, kadangkala or most of the time kita akan dipandang semacam kalau kita berbaik baik dengan lelaki. Macam aku dulu, ada lah dalam 2 3 orang
Motif entri ini, sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan juga pengalaman rakan rakan rapat. Satu yang orang susah sangat nak buat: Rukun Iman keenam, PERCAYA PADA QADA' DAN QADAR. Apalah yang hendak ditangiskan, kalau dah dia memang ditakdirkan dengan kau, dia tetap untuk kau. Dan apalah yang hendak digembirakan sangat, kalau dah tertulis bahawa dia bukan untuk kau, macam mana konon bahagia pun kamu berdua, dia tetap bukan untuk kau kan.
So babe, just go with the flow, jangan sedih sedih. Life is too short, janganlah disia siakan dengan air mata. Sayang je.. Hidup memang macam tu, dulu kita terjelupuk jatuh menangis hiba, hari ini pula kita berdiri megah ketawa riang. Esok? Nobody knows. Inilah kehidupan okay!
2 comments:
Well, masalahnya, gadis2 skang memilih BF semua yg jambu2 jer...poket hampagas....mana hubungan tu nak bertahan lama...
tu la pasal, lepas ditinggalkan meraung bagai nak kuar anak tekak, kalo takat ditinggalkan je takpe, tapi kalo dah kena isap madu sekali, mmg malang tul la.. yg jantan2 kaberet pun mangkuk tingkat betul, buat pompuan mcm baju, tukar ikut suka..hishh,rasa nak pelekuk je laa
Post a Comment