Wednesday, 20 October 2010

Sopan santun amalan mulia

Courtesy. Macam mana kasar pun aku, courtesy adalah sesuatu yang aku sangat titik beratkan di dalam menilai seseorang. Courtesy adalah sesuatu yang aku lihat agak lack di negara ini. Cakap 'negara ini' macamkan pernah merantau negara lain. But seriously, ini memang perkara yang pernah aku nampak kat mana mana kawasan negara kita ini.

Bila kau buka pintu untuk masuk ke pejabat/shopping complex/kedai dan sebagainya, adakah kau terus masuk membiarkan pintu itu tertutup tanpa menghiraukan orang belakang atau kau tahan pintu itu terbuka untuk memberi laluan kepada orang belakang kau turut sama masuk, walaupun kau tak kenal pun dia?

Kau sedang berjalan dalam keadaan tergesa-gesa ke suatu tempat, kau nampak seseorang yang sedang carry banyak benda terjatuh bersama-sama barang bawaannya. Adakah kau yang sedang mengejar masa tu akan berhenti untuk membantu dalam pada semua orang buat bodoh je membiarkan si jatuh tadi terkial-kial mengutip barang-barang?

Dalam bas, tren, LRT dan sebagainya, kau yang letih bekerja dan penat berdiri menunggu bas akhirnya dapat naik. Kebetulan ada satu seat kosong. Nampak pakcik tua terketar-ketar naik tangga ataupun ibu mengandung yang jalan perlahan-lahan ataupun kanak-kanak. Kau memang penat gila. Adakah kau akan give away your seat tanpa memikirkan penat letih kau sendiri dengan beranggapan golongan kurang upaya itu lebih wajar diberi tempat duduk?

Kau, seorang cashier yang baru sahaja lepas bergaduh dengan boyfriend, then kena marah pula dengan boss, gaji pula tak dapat lagi. Datang seorang customer beli barang berharga RM2.25, tapi bagi duit besar RM50 lepas tu tanya macam-macam mana kenapa gula dah habis dan sebagainya, adakah kau boleh membalas segala pertanyaan dengan senyuman, dan memulangkan wang baki juga dengan senyuman?

Adakah kau jenis mudah mengucapkan Terima Kasih, Excuse Me, Please/Tolong dan Maaf?

Kalau jawapan kau YA/YES untuk semua pertanyaan di atas, bermakna kau memang memiliki courtesy yang tinggi dan aku salute betul sama kau tahap aku nak jadikan kau menantu. Kalau tidak, forget it. You're just a bunch of rude people jenis nampak orang jatuh depan kau bukan nak tolong malah siap langkah lagi badan dia wadefak..ishh kuang aja gila kalau nampak depan mata aku rasa nak terajang oh.

P/S: Well tak dinafikan, dunia yang makin jahat membuatkan orang ramai semakin takut untuk menunjukkan courtesy. Nak tolong pemandu yang berhenti kereta rosak kat tepi jalan pun dah takut, takut itu cuma taktik penyamun. Haih.

2 comments:

darthmental said...

lagi 1 tabiat orang malaysia ialah bila nak masuk lif. tak reti nak bagi orang keluar dulu. main serbu ja & langgar abis. pastu ada plak yang jenis dalam lif la nak buat call. terjerit2.. "apa? i tak dengar la. u katne ni?". dah tau dalam lif coverage tak elok pun nak gayut lagi. dem. typical malaysian.

ENY said...

yes,betul tu.hangen tul bila tgk org2 mcm ni.rasa nk bagi pelempang pon ade.