Aku ke sana semata mata untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baik aku dan juga untuk menemani adik aku yang mana dia akan dijangka bersalin dalam bulan itu juga. Namun,tak kusangka,dalam minggu itu juga lah dia bersalin. Anak buah tak sabar nak tgk mak long kot tu yang awal dari tarikh yang dijangkakan yippppeee~~
Terlalu banyak kenangan yang betul betul indah kurasakan sepanjang bercuti itu. Ramai kawan kawan 'muka buku' ku telah kutemui. Well,ada segelintir yang tak jumpa lagi dan ada yang malu nak jumpa juga. Depa ingat aku tak makan nasi kot haha but anyway, enjoy kenal korang semua. Hanya persahabatan yang tulus ikhlas jer yang aku betul betul hargai dan ingat sampai bila bila.
Tak ada benda nak aku taip sangat hari ni kerana tak ada kata kata yang boleh meluahkan perasaan terharu dan gembira teramat sangat sepanjang percutian itu. Segala masalah yang melanda diriku telah hilang dengan wajah wajah dan gelak tawa korang semua. Terima kasih kawan kawan semua. Well, a friend is one who knows you and loves you just the same.....
1 comment:
:)...
Post a Comment