Okay biasa dengar kan orang cakap mencintai seadanya? Adakah bermakna menerima segala kebaikan dan keburukan? Memang itulah maknanya, nak fikir makna apa lagi. Tapi adakah bermakna kita tidak perlu berubah dengan beranggapan, "Kalau dia sayang aku dia kenalah terima aku macam ni" ??
Oh adik adik tolonglah jangan lurus sangat dalam hal ini.
For me, ayat mencintai seadanya tu sangat subjektif maknanya. Kalau kau jenis malas mandi dan bau kau sangat hapak, tiba tiba kau ditakdirkan jatuh cinta, adakah kau tetap nak berpegang pada pendirian 'AKU TETAP TAKNAK MANDI SEBAB KALAU DIA SAYANG AKU DIA KENA TERIMA AKU SEADANYA TERMASUKLAH BAU BADANKU YANG HAPAK DAN DIHURUNGI LALAT'?
World doesn't revolve around just you, man. Patutkah Mila terasa hati bila kekasihnya Mahmud menegur sifat panas barannya dengan beranggapan jika Mahmud ikhlas mencintai maka Mahmud perlu menerimanya seadanya termasuklah membiarkan sahaja kelakuan buruknya? Patutkah Rozita yang kaki clubbing mengabaikan teguran Ramli yang suruh dia stop clubbing dengan alasan sebelum bercinta lagi Ramli dah tahu tabiat buruk dia tu so takyah la tiba tiba nak suruh berubah. Patut tak? Patut taaakk?? Taak.. Taakk.. Taaa....k.. (Wah siap ada echo.. Konon menjerit dalam gua..)
So kawan kawan. Dan juga diri sendiri. Kalau kita ditegur kerana sikap kita yang keterlaluan dan teguran itu ke arah kebaikan dan tidak memudaratkan, tak salah untuk kita menerimanya dengan hati terbuka dan cuba berubah. Kita ditegur supaya kita menjadi lebih baik, maknanya kita ditegur kerana dia sayangkan kita. Macam ibu bapa yang tegur kita la. Kau berani nak cakap dengan Mak kau, "Mak mana boleh tegur, Mak kenalah terima Along seadanya"?
Tapi kalau boyfriend kau tegur, "Yu ni asyik pakai baju kurung je, cubalah pakai skirt pendek sikit. Barulah bangga ai jalan dengan yu. Yu taknak ke buat ai bangga? Demi cinta kita?".. Kau jangan teragak agak menghadiahkan sekeping pelempang buat beliau. Baru boyfriend, boleh je lempang jangan takut tak cium bau syurga ke apa. Kalau suami kau yang suruh macam tu, erm.. Tak tahu lah nak cakap apa.. Bawak bawak la mengucap sikit cik abang ye..
Ragam manusia ni macam macam.Ada yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Janji itu janji ini tapi dalam masa yang sama membuat janji kepada orang lain juga. Orang orang macam ni digelar munafik, am I right? Tapi dengan kuasa Tuhan, sekiranya kita betul betul ikhlas, Dia akan menunjukkan sesuatu yang membolehkan kita dari terus terjerumus dengan orang orang munafik seperti ini.
Bulan Ramadhan adalah bulan ujian buat kita semua. Hanya dengan iman dan taqwa sahajalah yang akan menyelamatkan diri kita dari melakukan sesuatu yang tidak waras. Aku betul betul bersyukur kerana bulan ini telah membuka mata dan mindaku terhadap perkara yang selama ini aku anggap perkara itu tidak akan berlaku pada aku namun aku silap, kita semua akan diuji dan dari ujian itulah yang akan menentukan tahap keimanan kita terhadapNya. Ni pehal aku berleter macam ustazah bagai hahaha
Anyway, semoga dibukakan pintu hati orang orang yang telah tergolong dalam kumpulan jin dan iblis pada bulan yang mulia ini..Semoga tiada lagi pembuangan anak, seks bebas, peminum peminum arak, perogol perogol bersiri, perompak perompak tegar, peragut peragut rempit dan juga kasanova/playboy yang hanya bermulut manis.
Till then..
3 comments:
cetusan hati....hehe,well keep stronger n keep goin yea....
selalu kuat..i kan supergirl haha :p
mcm pernah dengar citer ni..hhaahaha!
Post a Comment