Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Sudah beberapa zaman berlalu. Ketentuan dan takdir sudah berubah. Kisah fitnah terhadap Nabi Yusuf sudah mula dilupakan orang. Malahan, nabi yang kacak itu sudah diangkat menjadi raja negeri.
Di satu daerah terpencil, seorang insan melalui sisa hidupnya dengan rasa kecewa dan jiwa lara. Telah punah hatinya oleh cinta yang tak kesampaian, telah hancur kalbunya oleh rindu dan penasaran. Kini, dia telah kehilangan segalanya. Dia sudah miskin sementara kecantikannya pudar diganti kenyataan usia tua. Meski segalanya telah berubah, hanya satu yang tidak pernah lekang dari hatinya. Cinta dan kerinduan itu hanya buat Yusuf…Jadi,siapakah dia? Yang mendamba sebahagian dari usia untuk memuja Nabi yang tidak pernah endah padanya? Dialah Zulaikha, isteri Aziz yang sudah bergelar janda.
Menjelang sisa-sisa usia yang ada, ALLAH menitipkan hidayah buat wanita ini. Dia berpaling daripada berhala kerana iman. Dia tenggelam di dalam manisnya ibadah ketika bersendirian menghadap Tuhan. Tetapi di dalam pengaduannya itu, nama Yusuf tetap basah di bibir. Cinta apakah ini wahai Tuhan?
“ Ya Rabbi, tiada apa lagi yang tinggal buatku. Segala hartaku sudah habis luput, aku sudah tua, terhina dan miskin. Tetapi Engkau masih mengujiku dengan rasa cinta kepada Yusuf, nabi utusan-Mu. Jika Engkau mengasihi hambamu ini, pertemukan aku dengannya, jika tidak, hilangkanlah rasa cintaku pada Yusuf agar aku mendapat ketenangan,” rayu Zulaikha di dalam doanya. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi yang berkedut dimamah usia.
Munajat Siti Zulaikha itu meruntuh hati para malaikat yang mendengarnya. Ya! itulah wanita pemfitnah Nabi Yusuf satu masa dulu! Tetapi kini, dia sudah bertaubat. Dan dalam taubat itu, tiada siapa yang tahu ALLAH sudah mengatur rencananya sendiri.
Suatu hari yang diperkenankan Tuhan, Nabi Yusuf berjalan-jalan di sekitar negeri bersama para tenteranya. Ingin dia meninjau-ninjau rakyat bawahan dan masalah yang mungkin mereka hadapi. Seketika dia lalu di hadapan sebuah pondok buruk. Kebetulan, Zulaikha ada di muka pintu dan bermulalah pertemuan yang tidak disangka-sangka.
“ Maha Suci ALLAH yang menjadikan engkau seorang raja daripada hamba rakyat biasa,” ujar Siti Zulaikha. Gementar hatinya melihat Yusuf yang kini berdiri di hadapan mata.
“Siapakah engkau wahai perempuan tua?” Nabi Yusuf pula bertanya.
“Mungkin engkau sudah lupa. Akulah wanita yang membelimu dengan emas permata. Akulah wanita yang tidak pernah kenyang semenjak jatuh cinta padamu. Akulah wanita yang tidak dapat menutup mata sejak memandangmu. ..Adakah engkau masih ingat padaku?” soal Zulaikha.
Nabi Yusuf mengamati wajah wanita itu sedalamnya. Tidak mungkin..
“Adakah kau ini Siti Zulaikha? Jika benar, ke manakah perginya segala kebesaran, kecantikan dan kemewahanmu dulu?” tanya Nabi Yusuf hairan.
“Segalanya sudah hilang akibat cintaku padamu. Segalanya telah berubah, kecuali cintaku padamu yang semakin hari semakin kuat,” akui Siti Zulaikha. Dia menundukkan dirinya. Alangkah malunya dia..terpaksa berdepan dengan Nabi Yusuf yang masih muda belia..sedangkan dia hanya seorang perempuan tua.
“Jika boleh kutunaikan, apa permintaanmu Zulaikha?” tanya Nabi Yusuf yang merasa kasihan melihat Zulaikha.
“Aku menginginkan tiga perkara, kecantikanku dulu, harta dan perkahwinan.”
Nabi Yusuf terus berpaling ingin meninggalkan Zulaikha. Tidak mungkin dia dapat menunaikan hasrat Zulaikha yang tidak masuk diakal.
Perbuatan Nabi Yusuf itu mendapat teguran daripada ALLAH.
Dan melalui Jibril, ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha. Tapi bagaimana? Adakah Yusuf akan bahagia bersama Zulaikha yang sudah tua?
Tatkala itu, ALLAH menunjukkan kekuasaannya. Zulaikha dikurniakan paras yang muda dan lebih cantik dari dahulu. Kembalilah Siti Zulaikha menjadi wanita yang ayu dan memikat cinta.
Dan kepada Yusuf pula, ALLAH membalikkan hatinya kepada cinta dan kasih sayang buat Zulaikha. Kali ini giliran buat Yusuf pula tercari-cari dan merayu cinta pada Zulaikha. Sehingga usai perkahwinan mereka, Nabi Yusuf dapat melihat perubahan diri Zulaikha yang sudah menjadi isterinya.
Zulaikha sentiasa tekun mengerjakan solat sehingga kadangkala terlupa keperluan Nabi Yusuf, suami yang dicintai sepenuh hati. Sehingga pernah Nabi Yusuf mengeluh kerana Zulaikha tidak melayan dirinya.
“Wahai Zulaikha, bukanlah dulu engkau yang mengoyakkan bajuku kerana inginkan diriku?” tanya Nabi Yusuf.
“ Wahai suamiku, aku kini bukanlah aku yang dahulu. Aku mencari cinta yang lebih utama dari cinta padamu. Aku mencari cinta Ilahi,” jawab Zulaikha sambil bangun untuk meneruskan solat.
Ketika itu juga, Nabi Yusuf menarik Zulaikha sehingga bajunya terkoyak sedikit.
Turunlah Jibril dan berkata, “ Wahai Yusuf, sudah tertulis, baju dibalas baju. Dengan ini, tidak ada lagi cercaan yang terjadi antara kau dan Zulaikha dahulu.”
**Jangan mengejar orang yang kau cintai tapi pandanglah orang yang mencintaimu**
I'M WRITING BASED ON WHAT I FEEL. AND WHAT I SEE. AND MIGHT ALSO BASED ON WHAT I'VE EXPERIENCED. YOU DON'T LIKE THE CONTENTS? TAK PAYAH CERITA BANYAK..... J.U.S.T L.E.A.V.E!!!
Sunday, 29 August 2010
AGREE OR DISAGREE? :D
Okay biasa dengar kan orang cakap mencintai seadanya? Adakah bermakna menerima segala kebaikan dan keburukan? Memang itulah maknanya, nak fikir makna apa lagi. Tapi adakah bermakna kita tidak perlu berubah dengan beranggapan, "Kalau dia sayang aku dia kenalah terima aku macam ni" ??
Oh adik adik tolonglah jangan lurus sangat dalam hal ini.
For me, ayat mencintai seadanya tu sangat subjektif maknanya. Kalau kau jenis malas mandi dan bau kau sangat hapak, tiba tiba kau ditakdirkan jatuh cinta, adakah kau tetap nak berpegang pada pendirian 'AKU TETAP TAKNAK MANDI SEBAB KALAU DIA SAYANG AKU DIA KENA TERIMA AKU SEADANYA TERMASUKLAH BAU BADANKU YANG HAPAK DAN DIHURUNGI LALAT'?
World doesn't revolve around just you, man. Patutkah Mila terasa hati bila kekasihnya Mahmud menegur sifat panas barannya dengan beranggapan jika Mahmud ikhlas mencintai maka Mahmud perlu menerimanya seadanya termasuklah membiarkan sahaja kelakuan buruknya? Patutkah Rozita yang kaki clubbing mengabaikan teguran Ramli yang suruh dia stop clubbing dengan alasan sebelum bercinta lagi Ramli dah tahu tabiat buruk dia tu so takyah la tiba tiba nak suruh berubah. Patut tak? Patut taaakk?? Taak.. Taakk.. Taaa....k.. (Wah siap ada echo.. Konon menjerit dalam gua..)
So kawan kawan. Dan juga diri sendiri. Kalau kita ditegur kerana sikap kita yang keterlaluan dan teguran itu ke arah kebaikan dan tidak memudaratkan, tak salah untuk kita menerimanya dengan hati terbuka dan cuba berubah. Kita ditegur supaya kita menjadi lebih baik, maknanya kita ditegur kerana dia sayangkan kita. Macam ibu bapa yang tegur kita la. Kau berani nak cakap dengan Mak kau, "Mak mana boleh tegur, Mak kenalah terima Along seadanya"?
Tapi kalau boyfriend kau tegur, "Yu ni asyik pakai baju kurung je, cubalah pakai skirt pendek sikit. Barulah bangga ai jalan dengan yu. Yu taknak ke buat ai bangga? Demi cinta kita?".. Kau jangan teragak agak menghadiahkan sekeping pelempang buat beliau. Baru boyfriend, boleh je lempang jangan takut tak cium bau syurga ke apa. Kalau suami kau yang suruh macam tu, erm.. Tak tahu lah nak cakap apa.. Bawak bawak la mengucap sikit cik abang ye..
Ragam manusia ni macam macam.Ada yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Janji itu janji ini tapi dalam masa yang sama membuat janji kepada orang lain juga. Orang orang macam ni digelar munafik, am I right? Tapi dengan kuasa Tuhan, sekiranya kita betul betul ikhlas, Dia akan menunjukkan sesuatu yang membolehkan kita dari terus terjerumus dengan orang orang munafik seperti ini.
Bulan Ramadhan adalah bulan ujian buat kita semua. Hanya dengan iman dan taqwa sahajalah yang akan menyelamatkan diri kita dari melakukan sesuatu yang tidak waras. Aku betul betul bersyukur kerana bulan ini telah membuka mata dan mindaku terhadap perkara yang selama ini aku anggap perkara itu tidak akan berlaku pada aku namun aku silap, kita semua akan diuji dan dari ujian itulah yang akan menentukan tahap keimanan kita terhadapNya. Ni pehal aku berleter macam ustazah bagai hahaha
Anyway, semoga dibukakan pintu hati orang orang yang telah tergolong dalam kumpulan jin dan iblis pada bulan yang mulia ini..Semoga tiada lagi pembuangan anak, seks bebas, peminum peminum arak, perogol perogol bersiri, perompak perompak tegar, peragut peragut rempit dan juga kasanova/playboy yang hanya bermulut manis.
Till then..

Wednesday, 4 August 2010
Mengata ke mengumpat?Whatever...
Pernah tak ada orang ceritakan satu gosip pada kau tentang seseorang, and cakap, "Betul dia buat macam tu. Takkan la aku nak tipu. Bukan aku dapat apa pun kalau reka reka cerita"
Korang tak rasa ke memang wujud jenis orang yang tabiatnya adalah mereka-reka cerita dan berbohong segala dengan riak muka yang sangat meyakinkan, walaupun hakikatnya dia memang tak dapat apa apa pun daripada perbuatan tu (okay, dia dapat dosa). Macam macam manusia ni. Honestly i'm the type who easily get annoyed. Memang easily annoyed:
***Tengok cerita Melayu yang tak habis habis pasal rempit and bohsia. Takde modal lain ke? - Annoyed.
***Bila berdepan dengan cashier yang tarik muka and scan barang hentak hentak. Serius aku sound. "Boleh senyum sikit tak? And barang i tu fragile, please jangan hentak hentak. Mana manager you?" Menggelabah kau minta maaf. -Annoyed.
***Dengar kisah percintaan orang lain yang banyak gila drama. Dah break-off tu move on je la. Sebab bila kau dah totally move on percayalah kau akan malu dengan semua drama drama yang kau create tu. So? -Annoying gila.
***Bila orang nak mengumpat tapi cakap, "Bukan nak mengumpat, tapi nak cerita benda yang betul je. Untuk pengajaran." Kalau nak cerita untuk pengajaran takyah la sebut nama orang yang jadi bahan umpatan tu. Tah pape betul la. -Annoyed.
***Baca blog yang guna bhse sgktan, are-yart rempit aq x sukew gilew dowh tapi kadang kadang pelat pula - caye tak bley tito cakit pewot tadi mamam nacik baci jangan la itot caye, cebok je awak ni (siapa nak ikut kau pergi cebok?), tuLiSaN seKejaP beSAr sekeJaP kEciL cApS lOcK KAu rOSAk kE? ditambah pula dengan layout yang banyak widget berkelip kelip dan juga lagu yang tiba tiba menjelma kuat gila bila aku klik blog kau menyebabkan aku menggelupur cari butang mute di tepi desktop oh belum cakap lagi warna tulisan yang menyakitkan mata aku yang dah tua ni OMG rasa nak mencarut. -Annoying gila kentang tolonggggg!!!
Okay back to the subject. So boleh faham tak macam mana mudahnya i rasa annoyed dengan orang yang jenis suka memburuk burukkan orang and cakap dengan yakinnya, "Betulll, takkan la aku nak tipu. Bukan aku dapat apa pun". Tambah tambah lagi bila orang tu memang terkenal dengan mulut kepoh cari pasal. Muka annoying aku memang dah tak boleh nak berlakon lagi dah kot. Depan depan juga aku tunjukkan.
So,diharap kepada yang rasa rasa dirinya macam tu, cepat cepatlah bertaubat. Tak baik memburukkan orang. Cermin diri tu dulu sebelum mengata orang. Perkara ni pernah jadi kat aku dulu dan sekarang orang itu telah menerima balasannya. Hilang kawan kawan dan kekasih sekaligus. Nak buat macamana kan, dah hati busuk.
Walau apapun, hidup ini adalah pengajaran buat kita setiap hari. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga hidup kita akan diberkati. PEACE NO WAR V^,^V

Subscribe to:
Posts (Atom)