Saturday, 17 April 2010

:::OST- - -Cinta Kau, Aku dan Dia:::

Kali ni aku nak cerita pasal tv. Erm, aku ni jarang sebenarnya tengok tv kalau rancangan tu tak menepati citarasa aku. Tambah tambah lagi cerita melayu. Bukan sombong tapi ya lah, sapa lah yang nak tengok cerita yang sikit sikit nangis, sikit sikit curang, sikit sikit kelabu asap, ok kalau aku taip sikit sikit lagi korang lempang aku.

Mungkin bukan salah ibu mengandung erkk tak kena langsung. Erm, mungkin bukan jalan cerita tu yang salah, tetapi pemikiran aku kot yang tak merelakan cerita cerita macam tu. Aku lebih suka cerita yang cenderung kepada action, mystery, comedy and sometimes horror. So lebih menjurus kepada cerita cerita omputeh la maksudnya. AXN, HBO, Cinemax dan Star Movies jadi pilihan. Tetapi kadang kadang tertekan lak ke channel Cartoon Network. Apa lagi kalau bukan Tom & Jerry... weeee~~ Apa gelak?Ingat budak kecik je ke tengok kartun -_-"

Kalau kat rumah selalu berebut remote control Astro dengan mak. Mak suka tengok cerita cerita melayu. Dia selalu membebel bila aku cakap nak tengok cerita omputeh. Dia kata, tak faham dorang cakap, buat apa nak tengok. Daripada bertekak, aku hulur je lah remote tu kat mak,kang dari cerita tv melarat pula sampai ke cerita tunang kahwin cucu cicit...huuu T_T

Ok, walaupun first entry aku tadi kata aku tak suka cerita melayu ni sangat, tetapi berbeza dengan satu cerita ni. Bagi yang mempunyai "TV" (saja highlights nak bagi seseorang tu rasa dikotak katikkan...wkakaka...), tentu tahu cerita kat tv3 yang bermula setiap hari Isnin - Khamis, pukul 6.30 - 7.30 petang. Tajuk dia ADAMAYA. Pelakon favourite aku, Lisa Surihani, berlakon dalam cerita tu. Best sesangat coz jalan cerita dia tak lah berat just cerita family tetapi skrip dan lakon layar hebat dan superb. Dan lagu temanya pun sangat sangatlah menjadi siulan. Erk, pe benda pula aku buang tebiat nak bersiul bagai...huuu tak lah, maksud aku, lagu tu memang best ^_^



Lisa tu ada macam rupa aku tak? ekeke..pasan lebih ni :p

Jom layan pula lagu tema kat dalam cerita ni. Kena sangat lah dengar melodi macam ni di saat saat hujan mencurah curah kat luar hehehe....sweet and syahdu....so, enjoy it. If you dont like it, just ignore it. What to do kan? Masing masing punya citarasa yang berbeza ^,~


2 comments:

miko marcello said...

daa hbs daa cite nii.. so sweet laa drama nii.. ;p

ENY said...

huhuhu...miko,tau dok,dari mula smpai habis tgk cte tu tp ending yer tak dapat tgk la pulok hohooho ujan lebat kilat petir melanda,xdapek nk buko tv uwaaaaaaa T_T