Wednesday, 29 December 2010

DO NOT LET YOUR EMOTION CLOUDS YOUR JUDGEMENT!

Di sini aku nak share tips, eceh, macam bagus bagus je nak bagi tips. Tapi sesuatu terjadi pada rakan rapatku yang mendorong kepada penulisan ini, sebagai panduan kepada pembaca yang lain juga. Pembaca?entah siapa yang nak tengok blog kau.Haha.

Bila anda putus cinta, anda akan rasa sangat down betul tak? Apalah soalan ni, mestilah sangat down. Yeah, rasa macam banyaknya anda dah berkorban untuk dia, rasa macam tertanya tanya kenapa dia tidak menghargai anda dan sebagainya. Kadang kadang anda akan rasa macam sangat tak berguna dan mulalah menyalahkan diri sendiri.

Sebenarnya perasaan itu normal sahaja. Tidak hanya dalam percintaan je, dalam kerjaya pun kalau something goes wrong kita akan jadi begitu juga. Itu adalah kerana anda dah meletak harapan tinggi pada perkara itu, dan terlupa dengan hakikat bahawa manusia hanya merancang dan tidak berkuasa menentukan apa apa. Please please please janganlah menyalahkan diri sendiri. Sebaaab, dengan demikian anda akan rasa lebih teruk lagi. Macam mana sempurna pun anda, kalau memang dia dah nak curang ditakdirkan pergi, dia tetap juga akan pergi meninggalkan anda.

Then biasanya anda akan menangis beria-ia, macamkan dia pulang ke alam barzakh yang nak ditangiskan bagai (sound diri sendiri). Tapi tak apa, menangislah semahu mahunya, asalkan anda sudah menetapkan satu tempoh untuk berkabung dan berhenti. Cakaplah pada diri sendiri, "Aku akan menangis selama seminggu. Hujung minggu ini aku harus berhenti menangis sebab aku perlu bangun semula untuk mencari boyfriend baru yang lebih kacak dan sasa  ketenangan jiwa. Bottom line is, tidak salah untuk menangis, tapi tetapkanlah satu tempoh di mana anda wajib berhenti berkabung dan bangkit semula membina hidup baru.

Selalu sangat aku jumpa orang, especially girls yang ditinggalkan kekasih cakap macam ni, "Susah sangat nak lupakan dia, dialah lelaki terbaik yang pernah aku kenal, dialah yang paling memahami aku, dialah yang paling bla bla bla bla.." Sedarlah cik adik sayang, kalau dia baik hati dan memahami anda, dia tidak akan tergamak melukakan hati anda. Ayat "You deserve someone better" yang dikeluarkan oleh teman lelaki ketika memutuskan hubungan itu adalah sangat lame okay. Just admit that you already have someone else, and get lost! Huh emo pula. Please.. He was just no more into you so he did not want to be seen as guilty. Remember, THERE'S SOMEONE WHO WILL MAKES YOU HAPPIER THAN THE ONE YOU BROKE UP WITH, EVEN IF YOU THINK IT IS IMPOSSIBLE.

Bila anda baru putus cinta, percayalah akan ada dua tiga lelaki yang tiba tiba datang menagih cinta. Yang aku perasan ada tiga jenis:

1. Lelaki yang dah lama setia menunggu kamu.
2. Lelaki yang tak pernah tunggu kamu pun tapi sekadar mencuba nasib menangguk di air keruh.
3. Lelaki yang betul betul kamu baru jumpa or kawan baru.

Berhati hatilah dengan lelaki jenis kedua. Dia akan berusaha mendekati anda. Mulalah cerita girlfriend dia tak baguslah, tak memahamilah. Mungkin benar, tapi why on earth kau nak burukkan girlfriend kau depan aku? Nanti entah entah kalau aku jadi dengan kau in case terjadi apa apa between us, kau buruk burukkan aku pula depan wanita lain. Haih. So please janganlah mudah terpedaya. Perempuan ni bila baru putus cinta, kecenderungan untuk menerima lamaran lelaki lain secara tangkap muat sangat tinggi.
Satu lagi, bila kita single, especially for ladies, kadangkala or most of the time kita akan dipandang semacam kalau kita berbaik baik dengan lelaki. Macam aku dulu, ada lah dalam 2 3 orang mangkuk hayun perempuan dalam facebook, siap menyindir, menghina dan ada yang sanggup menceritakan hubungan intim dia dengan boyfriend semata mata tak nak aku rampas kekasih dia. Hey, minah, wadehel. Buat malu kaum je. Dah la tu, hampir tiap hari rasanya dapat email/sms sound aku konon nak rampas boyfriend depa. Oh please.. So single ladies out there, anda sangat perlu jadi lebih kuat physically and emotionally, sebab dugaan banyak gila aku cakap kaaauu..!

Motif entri ini, sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan juga pengalaman rakan rakan rapat. Satu yang orang susah sangat nak buat: Rukun Iman keenam, PERCAYA PADA QADA' DAN QADAR. Apalah yang hendak ditangiskan, kalau dah dia memang ditakdirkan dengan kau, dia tetap untuk kau. Dan apalah yang hendak digembirakan sangat, kalau dah tertulis bahawa dia bukan untuk kau, macam mana konon bahagia pun kamu berdua, dia tetap bukan untuk kau kan.

So babe, just go with the flow, jangan sedih sedih. Life is too short, janganlah disia siakan dengan air mata. Sayang je.. Hidup memang macam tu, dulu kita terjelupuk jatuh menangis hiba, hari ini pula kita berdiri megah ketawa riang. Esok? Nobody knows. Inilah kehidupan okay!

Thursday, 9 December 2010

Rayyan Fantasi

Pergghh..dah bersawang rumah ai ni. Ni kenapa tak ada orang yang tolong bersihkan rumah ni??hah??makan gaji buto ke hape?? (tetiba ayat garang, ntahapape je, bak kata Adnan si Sempit,datang bulan kot? hahaha..yapeda)

Diri ini terlalu dikelilingi kerja kerja pejabat dan kerja-tidur-makan patutlah baju kurung dah sendat semacam beberapa minggu ni, sebab tu lah tak dapat nak meng 'update' blog ni huhu macamlah ada yang nak baca blog kau..perasan ngehehee~

Sebenarnya banyak yang nak diceritakan tapi masa mencemburui ku..maklumlah masih kat ofis ni hehehe kang terkantoi pulok mengarang cerita...lagipun sekarang dilanda 'writer's block"...cehhh,macamlah kau novelis yang dah buat 10 novel kan..agak agak lah hihi

Eh,cakap pasal novel, well, aku kini dah memiliki novel terbaru abang RAM...dah lama dok tunggu tu dan akhirnya dapat juga. Itupun masa pelancaran last week tak dapat menghadirinya memandangkan pelancaran tu dibuat kat MPH Alamanda, Putrajaya. Tengok cover novel pun dah teruja.



Rindu pula dengan wajah novelis kesayangan hamba :)




Dan juga dengan orang yang di sebelah abg RAM ni...hehehe :)



Terima kasih buat abang yang sanggup meredah onak dan duri demi memenuhi hasratku memiliki novel itu. Nanti kite belanja nasi arab ye hehehe...

*bos panggil, nak bagi bonus 7 bulan kot hehehe...till then.....