Isu-isu agama sekarang ni sensitif. Semua pun serba tahu. Orang yang sembahyang 2 kali setahun (merujuk pada sembahyang raya puasa dan raya haji) pun nak tunjuk sangat tahu hukum hakam. Kita tak boleh belajar daripada buku semata-mata. Belajar kena ada guru. Orang yang belajar tanpa guru, ibarat belajar dengan syaitan. Tak ada guru, Al-Quran pun boleh disalah tafsir.
Apabila kau terlibat dalam dunia blog, kau akan jumpa ramai yang jenis begini. Yang apabila bercakap pasal agama, ada sahaja yang hendak diperdebatkan, ada sahaja kenyataan ulama yang hendak didolak-dalikkan, ada sahaja hadith Nabi yang hendak disalah erti dan dipesongkan; konon fakta itu diambil dari buku-buku lain yang pernah dibaca. Tambah menakutkan apabila fakta itu dikatakan diambil dari tafsir Al-Quran dan diolah menurut pemahaman sendiri.
Tanpa mengambil kira sahih atau tidak sumber (buku-buku) tersebut.
Tidak terfikir untuk merujuk kepada yang lebih arif.
Terlalu ego untuk berguru dengan para ulama/ilmuan yang mungkin tidak sehaluan dengan fahamannya.
Kau baca sedikit, kau dengar sedikit dari seseorang, kau cakap kau sudah faham agama. Kau rasa sumber kau dah cukup bagus, ditambah dengan sokongan daripada followers yang mungkin sama dangkal ilmunya, kau sudah rasa kau betul. Tiada yang lebih betul daripada kau. Kadang-kadang apabila baca blog-blog seperti itu, terdetik di hati, masih Islamkah penulis ini?
Yang followers pun, hanya sebab si penulis ada nama, ada ramai pengikut, lantang berkata-kata, bukan bermakna dia betul segala. Bukan bermakna kau perlu menyokong buta-buta seperti lembu dicucuk hidungnya.
Maksud sabda Rasulullah (S.A.W):
'Barangsiapa yang melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, maka ubahlah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka ubahlah dengan kata-kata, jika itu pun tidak mampu maka tolaklah (bencilah) perbuatan itu di dalam hati, dan itu adalah selemah-lemah iman' (riwayat Muslim).
Sekarang ditambah dengan Facebook, Twitter, blog.. Selamba kutuk sana sini maki hamun segala. Tidak sekadar kata-kata di mulut, hasil tulisan pun turut menyumbang saham neraka.
Takut. Gerun. Kadang-kadang tanpa sedar disebabkan perlakuan, penulisan dan kata-kata, kita sebenarnya sudah terkeluar dari agama. Sudah jatuh Syahadahnya. Sudah tidak Islam lagi.
Cara paling senang adalah dengan mengurangkan bercakap sebenarnya. Juga kurangkan menulis. Lebih banyak bercakap, lagi menimbun dosa. Memang hakikatnya itu semua mind set semata, but still Darling, it ain't easy :'(
Sekadar peringatan untuk diri sendiri.......
Nauzubillahiminzalik.