Tentu ramai yang tau nak bezakan tajuk di atas kan? Antara mengambil hati, atau membodek. Berbezakah? Bagi sesiapa yang tak tau nak bezakan juga, so mari kita sama-sama mengupas
Contohnya:
Kalau ada rakan sepejabat jual barang ke apa, rakan-rakan yang lain biasanya akan beli. Untuk menjaga hati dan tolong kawan-kawan kata mereka.
Sedangkan aku, kalau aku tak berminat dengan barang itu, atau aku tidak memerlukannya, aku memang takkan beli. Pedulilah jaga hati ke tolong kawan ke.
Salahkah rakan-rakan aku yang lain kerana mengambil hati? Atau mereka dikategorikan sebagai ass-kisser dan tidak berprinsip?
Atau aku yang salah, kerana tidak tahu membawa diri, tidak pandai berbudi bahasa?
Pada awal kemasukan aku di office,mungkin aku kurang digemari lantaran sikap aku yang memang jarang membeli segala macam kosmetik atau pakaian sekiranya ada kawan-kawan yang memberi pelbagai katalog kepada aku. Tapi cubalah sekiranya mereka memberi katalog figma toys ke ataupun novel-novel RAM mungkin jualan mereka akan meningkat juga kerana pembeli tegar semestinya aku HAHAHA ok ok,balik ke subjek asal, dan kadang-kadang bila aku tengok terutamanya masa meeting, semua berlumba-lumba hendak menarik hati bos dengan pelbagai agenda yang kadang-kadang tak masuk akal ataupun terkedek-kedek gelak-hilai-gedik
Office politic memang kadangkala boleh jadi sangat keji. Pandai-pandailah kau nak hidup. Tapi, konsep mencium bontot memang susah sangat aku nak terima.
Begitu juga ketika zaman belajar dulu. Orang lain dengan lecturer boleh jadi macam kawan, keluar masuk bilik lecturer borak-borak lepak sampai petang, puji melambung ketawa berdekah-dekah bersama. Boleh merengek-rengek minta tips/soalan bocor final exam lagi. Kiss-ass gila babi. Ke aku yang bodoh tidak pandai mengambil peluang? Aku yang terlalu skeptikal? Ego?
Itu di dunia luar. Kalau nak cakap pasal dalam rumah, dengan keluarga AKULAH JUARA BODEK KAHKAHKAH! Terutama kalau nak suruh mak masak makanan kegemaran ke apa memang keluarlah ayat, "Mama ni kenapa pandai sangat masak ni, ikan masak kicap pun sampai bertambah-tambah nasi..", "Mamalah orang paling pandai masak di dunia..". dan bila berkenan dengan tudung "Eh,tudung Mama ke ni? Cantiklah Mama pilih. Macam matching je dengan baju Eny pakai ni" (padahal malas nak pergi shopping)...tapi mungkin kerana perkara itu benar, so memang lancar sahaja aku menuturkannya.
Kesimpulannya, bagi pendapat aku yang macam bagus-bagus ni, mengambil hati mungkin tidak salah, asal kena pada tempatnya. Mungkin OK jika melibatkan orang-orang yang selayaknya. Contohnya ibubapa kau, datuk nenek, ibubapa mertua, tak pun kanak-kanak ke.. Takkan dengan mereka pun kau nak keras hati dan ego tinggi melangit juga konon atas nama berpegang pada prinsip tidak suka membodek?