Tuesday, 26 April 2011

Membodek atau mengambil hati?

Berjumpa lagi kita di alam maya yang penuh melalaikan malah langsung tidak membawa manfaat kepada alam pekerjaan, alam persekolahan apatah lagi di alam barzakh kelak. Ni apahal ayat intro pedas gila?

Tentu ramai yang tau nak bezakan tajuk di atas kan? Antara mengambil hati, atau membodek. Berbezakah? Bagi sesiapa yang tak tau nak bezakan juga, so mari kita sama-sama mengupas mangga isi pasal bodek ni. Or in English, kiss-ass. Or butt-kiss. Cium bontot.

Contohnya:

Kalau ada rakan sepejabat jual barang ke apa, rakan-rakan yang lain biasanya akan beli. Untuk menjaga hati dan tolong kawan-kawan kata mereka.

Sedangkan aku, kalau aku tak berminat dengan barang itu, atau aku tidak memerlukannya, aku memang takkan beli. Pedulilah jaga hati ke tolong kawan ke.

Salahkah rakan-rakan aku yang lain kerana mengambil hati? Atau mereka dikategorikan sebagai ass-kisser dan tidak berprinsip?

Atau aku yang salah, kerana tidak tahu membawa diri, tidak pandai berbudi bahasa?

Pada awal kemasukan aku di office,mungkin aku kurang digemari lantaran sikap aku yang memang jarang membeli segala macam kosmetik atau pakaian sekiranya ada kawan-kawan yang memberi pelbagai katalog kepada aku. Tapi cubalah sekiranya mereka memberi katalog figma toys ke ataupun novel-novel RAM mungkin jualan mereka akan meningkat juga kerana pembeli tegar semestinya aku HAHAHA ok ok,balik ke subjek asal, dan kadang-kadang bila aku tengok terutamanya masa meeting, semua berlumba-lumba hendak menarik hati bos dengan pelbagai agenda yang kadang-kadang tak masuk akal ataupun terkedek-kedek gelak-hilai-gedik yang kalau Kak Limah dengar gerenti dia tak akan pulang ke rumah sampai bila-bila terpaksalah Mamat Khalid cari hantu lain apabila bos membuat lawak yang pada aku memang tak kelakar langsung. Atau kadang-kadang bila ada orang office yang cuba cucuk jarum kat aku nak suruh benci kat seseorang tetapi tak lut. Siapa yang suka kan hehehe pada aku kalau kau tak suka cakap terang, jangan cucuk sana cucuk sini, itu bukan cara aku.

Office politic memang kadangkala boleh jadi sangat keji. Pandai-pandailah kau nak hidup. Tapi, konsep mencium bontot memang susah sangat aku nak terima.

Begitu juga ketika zaman belajar dulu. Orang lain dengan lecturer boleh jadi macam kawan, keluar masuk bilik lecturer borak-borak lepak sampai petang, puji melambung ketawa berdekah-dekah bersama. Boleh merengek-rengek minta tips/soalan bocor final exam lagi. Kiss-ass gila babi. Ke aku yang bodoh tidak pandai mengambil peluang? Aku yang terlalu skeptikal? Ego?



Itu di dunia luar. Kalau nak cakap pasal dalam rumah, dengan keluarga AKULAH JUARA BODEK KAHKAHKAH! Terutama kalau nak suruh mak masak makanan kegemaran ke apa memang keluarlah ayat, "Mama ni kenapa pandai sangat masak ni, ikan masak kicap pun sampai bertambah-tambah nasi..", "Mamalah orang paling pandai masak di dunia..". dan bila berkenan dengan tudung "Eh,tudung Mama ke ni? Cantiklah Mama pilih. Macam matching je dengan baju Eny pakai ni" (padahal malas nak pergi shopping)...tapi mungkin kerana perkara itu benar, so memang lancar sahaja aku menuturkannya.

Kesimpulannya, bagi pendapat aku yang macam bagus-bagus ni, mengambil hati mungkin tidak salah, asal kena pada tempatnya. Mungkin OK jika melibatkan orang-orang yang selayaknya. Contohnya ibubapa kau, datuk nenek, ibubapa mertua, tak pun kanak-kanak ke.. Takkan dengan mereka pun kau nak keras hati dan ego tinggi melangit juga konon atas nama berpegang pada prinsip tidak suka membodek?

Wednesday, 16 March 2011

Aishiteru

Dah lama tak layan lagu Indonesia. Terdengar lagu ni masa on the way pergi rumah mak minggu lalu. Best lak dengar. So, kita layan je lah... :)



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu


Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana..

 
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Setiap penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan


Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a..a..a.. aku


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a..a..ai..aishiteru


Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
Kumohon kau kembali


Kimita tuoku kitemo
Kiminoi shuaga sinagaru tala
Shiniteruyo..shiniteruyo


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a..a..a.. aku


Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a..a..ai..aishiteru


 

Tuesday, 15 March 2011

Tandas Awam

Memang lumrah tandas awam dekat Malaysia. Selain dari tempat melepaskan hajat, ia juga menjadi tempat anak anak seni negara berkarya. Terlampau kreatif gamak nya. Kertas pula diabaikan tanpa rasa belas. Macam macam kita boleh tengok dekat dalam tandas awam. Tak kira lukisan, mahupun teks, semua ada. Niat mereka mungkin untuk berkenalan dan mengekspresikan perasaan. Ada yang lucah, ada yang berbentuk ancaman negara.


Minggu lalu aku ada pergi satu tandas awam. Aku terpandang satu contengan kasar, tak tahu dari anak siapa.






“Bekerja dari rumah? Income 3k-5k seminggu. Sila hubungi – 01x-857xxxx”







Apa barang???

Tuesday, 8 March 2011

Sepetang bersama...

Pada suatu petang, tatkala mak, abah dan adik adik bertandang ke rumah...

me: mak, ada 1 rak buku kat rumah kan? Leh mintak tak? Dah tak ada tempat la nak letak buku buku ni.

mama: mana ada space nak letak rak buku ko da. ko tgk la, makin sempit da bilik ni.


me: ala boleh lah, nanti mak tolonglah kemas dan decorate bilik ni sampai jadi luas..


mama: amboi, byk cantik ko.

me: mmg cantik pun :D


Yea, bilik aku ni memang sempit dah, mana nak letak meja komputer, tv, kipas tilam saiz queen, almari baju dan segala koleksi buku lagi. Haih, pening juga nak decorate bilik kecil ni. Owh,bagi yang tak tahu lagi, aku ni sewa rumah dengan kawan kawan, sorang 1 bilik, rumah ni ada 4 bilik. Selesa tinggal kat sini memandangkan nak sampai ke ofis cuma mengambil masa 5 minit jer. Hujung minggu jer aku akan balik ke rumah parents.

Aku ni memang sangat minat membaca.Semua majalah dan novel aku simpan sehinggakan dah tak ada ruang lagi. Seronok betul la, rasa mcm hidup sentiasa terisi. Reading is my true passion. Novelis kesayangan aku adalah Ramlee Awang Murshid. Sebahagian novel beliau telah aku miliki, namun masih belum lengkap kerana ada beberapa novel yang aku tak jumpa lagi :(



Antara koleksi yang ada setakat ini..

Namun, selain membaca, aku juga berminat dalam fotografi. Aku suka mengambil gambar dengan kamera Canon 350d yang sangat aku sayangi itu. Pengetahuan dalam bidang ni tak lah banyak sangat, masih memerlukan tunjuk ajar lagi dan hanya merujuk kepada koleksi majalah yang aku simpan. Namun, aku menyimpan niat juga untuk mendalami lagi bidang ini. Seperti membaca, mengambil gambar juga mempunyai satu kepuasan yang tersendiri! Believe me :)



Well, Alias is my favourite series. Minat sangat dengan Jennifer Garner. Dah simpan berabad koleksi ni. Tak jemu jemu menontonnya...Awesome!!

Alias from Season 1 to Season 5

Well, this is my toys collection. Tak banyak pun. Sekadar picisan jer hehe

Wall E & Friends, Rumble Roses, Saber (Fate/Stay Night), NBC, Akira (McFarlene)


Eva...

Saber..

Tak banyak pun koleksi, hanya bersederhana jer, itupun lebih banyak pemberian orang lain daripada beli sendiri :)

Walau macamanapun kita menghabiskan masa dengan kegiatan kegiatan kegemaran kita, jangan lupa untuk mengisi rohani dan jiwa dengan pengetahuan agama. Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Belajarlah selagi hayat dikandung badan. Buka mata kanan untuk melihat kebaikan orang lain dan melihat keburukan diri sendiri dan tutuplah mata kiri untuk menutup keburukan orang lain dan kebaikan diri sendiri.


buku-buku agama santapan jiwa :)

Novel-novel RAM tu nanti aku akan buat review setiap satu...so...TUNGGU!!! Till then...


P/s: Sila abaikan skill mengolah bahasa yang lintang pukang...terima kasih























Thursday, 17 February 2011

uhibbuka fillah

Sempena birthday our Prophet Muhammad s.a.w ♥



Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )


Perkataan selawat ( Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( Arab: الصلاة‎ ), doa, pujian].
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
       Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.

Dan salawat malaikat ialah doa.

Dan salawat orang mu'min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad.



إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]


-
-
-
-
-
-

Peringatan untuk diri sendiri..perbaiki diri, hiasi peribadi :)

-
-
-


eh,ada lagiii...


nak ucapkan Selamat Ulangtahun juga kepada si dia yang tersayang walaupun dah seminggu berlalu hehehe


abang...ana uhibbuka fillah














Monday, 10 January 2011

Tension Tahap Gaban

Dah pukul 8.25 malam. Aku masih kat office. Nak kena siapkan dokumen untuk esok, ada pre-audit dengan consultant. Haihh, yang aku boleh masuk kat blog ni pehal? Haha..Saja saja nak release tension kejap. Tak boleh terlalu tension, nanti kepala botak. Uihhh..kang tak kahwin kahwin lak...Ok,sementara nak melayan ketensionan ni, saja nak buat kuiz yang entahpapeje ni. Ni aku dapat dari salah satu blog aku usha usha tadi tapi dah tak ingat la pulak blog siapa dah. Dia dapat tag dari kawan dia. Lepas tu pulak dia boleh tag siapa yang baca. Alakazam betul. Menyesal aku baca. Buat jer lah, layan keboringan jap...



1. Adakah anda rasa anda hot?

Sangat Hot. Rasa macam nak duduk dalam peti ais sambil makan tembikai dan minum air badak.



2. Upload gambar kegemaran anda



Faizal Tahir



3. Cerita pasal gambar?

Baju Superman tu buat dia nampak hensem hehehe...(dah jatuh hati kat baju tu sebenarnya)



4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

Apa hal? Nak belanja?



5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Tengah dengar lagu Travis McCoy - Billionaire. Tapi sebelum tu dengar lagu Tamil. Padiyapppaaa..



6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Fokus aku 100% nak jawab tag ni. tak ada buat benda lain. Tadi Brad Pitt call pun, aku reject.



7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?

Eny, Amoi, Ney, Sengal, Nok (panggilan manja si Lily), Angelina Jolie, Jennifer Garner. Apehal?Tak percaya? Lantaklah korang..



8. Tag lagi 6 orang

Ah, malas aku. Siapa yang rajin nak buat, buat. Tak payah serabut fikir nak buat ke tak. Jangan sampai tinggal sembahyang dah.
 
 
p/s: Nak sambung kerja. Esok nak claim RM1 juta.

Friday, 7 January 2011

Kalau aku...

Kita selalu cakap, "Kalau aku.."


Sebelum kahwin, kalau dengar kisah rumahtangga yang bermasalah kita mudahnya berkata:
"Kalau aku, dah lama aku tinggalkan lelaki/perempuan jenis macam tu.."

Bila dia membuat keputusan yang dia sendiri pun berat nak buat, kita kata:
"Kalau aku, tak payah lah fikir berat-berat sangat pun..."

Masa makan di restoran, datang orang tua bersama kanak-kanak menjual tisu, kita kata:
"Kalau aku takkan bawa anak kecil ikut sama jual tisu.."

Bila seorang kawan menolak untuk kerja yang bergaji besar namun harus berjauhan dengan keluarga, kita cakap:
"Kalau aku jadi dia, aku terima je tawaran tu. Ala, duit tu pun untuk keluarga juga."

Bila dengar kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak-anak, kita cakap:
"Kenapa tak berterus terang je? Kalau aku, direct je cakap kat mak mertua aku tu.."

Bila kawan bercerita tentang kerja yang membebankan, kita kata:
"Kalau aku dah lama cari kerja lain.."

Bila kawan lelaki mengadu sudah bertahun-tahun berkahwin masih tidak dikurniakan zuriat, kita selamba kata:
"Kalau aku, aku dah kahwin lain kot.."

Bila dengar seseorang bersedih mengadu pasal kandungannya yang bermasalah, kita cakap,
"Kalau aku, tentu dah pergi specialist dah, tak payah tunggu lama..."

.
.
.
.


Semuanya "Kalau aku.."

Kerana bukan kita yang mengalaminya, maka mudahlah kita dengan lantangnya mencadangkan itu ini.

Adakah kita mampu melakukan seperti yang dikata, apabila tiba masanya kita pula berdepan dengan situasi yang sama?