me: mak, ada 1 rak buku kat rumah kan? Leh mintak tak? Dah tak ada tempat la nak letak buku buku ni.
mama: mana ada space nak letak rak buku ko da. ko tgk la, makin sempit da bilik ni.
me: ala boleh lah, nanti mak tolonglah kemas dan decorate bilik ni sampai jadi luas..
mama: amboi, byk cantik ko.
Yea, bilik aku ni memang sempit dah, mana nak letak meja komputer, tv, kipas tilam saiz queen, almari baju dan segala koleksi buku lagi. Haih, pening juga nak decorate bilik kecil ni. Owh,bagi yang tak tahu lagi, aku ni sewa rumah dengan kawan kawan, sorang 1 bilik, rumah ni ada 4 bilik. Selesa tinggal kat sini memandangkan nak sampai ke ofis cuma mengambil masa 5 minit jer. Hujung minggu jer aku akan balik ke rumah parents.
Aku ni memang sangat minat membaca.Semua majalah dan novel aku simpan sehinggakan dah tak ada ruang lagi. Seronok betul la, rasa mcm hidup sentiasa terisi. Reading is my true passion. Novelis kesayangan aku adalah Ramlee Awang Murshid. Sebahagian novel beliau telah aku miliki, namun masih belum lengkap kerana ada beberapa novel yang aku tak jumpa lagi :(
Antara koleksi yang ada setakat ini..
Namun, selain membaca, aku juga berminat dalam fotografi. Aku suka mengambil gambar dengan kamera Canon 350d yang sangat aku sayangi itu. Pengetahuan dalam bidang ni tak lah banyak sangat, masih memerlukan tunjuk ajar lagi dan hanya merujuk kepada koleksi majalah yang aku simpan. Namun, aku menyimpan niat juga untuk mendalami lagi bidang ini. Seperti membaca, mengambil gambar juga mempunyai satu kepuasan yang tersendiri! Believe me :)
Well, Alias is my favourite series. Minat sangat dengan Jennifer Garner. Dah simpan berabad koleksi ni. Tak jemu jemu menontonnya...Awesome!!
Alias from Season 1 to Season 5
Well, this is my toys collection. Tak banyak pun. Sekadar picisan jer hehe
Wall E & Friends, Rumble Roses, Saber (Fate/Stay Night), NBC, Akira (McFarlene)
Eva...
Saber..
Tak banyak pun koleksi, hanya bersederhana jer, itupun lebih banyak pemberian orang lain daripada beli sendiri :)
Walau macamanapun kita menghabiskan masa dengan kegiatan kegiatan kegemaran kita, jangan lupa untuk mengisi rohani dan jiwa dengan pengetahuan agama. Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Belajarlah selagi hayat dikandung badan. Buka mata kanan untuk melihat kebaikan orang lain dan melihat keburukan diri sendiri dan tutuplah mata kiri untuk menutup keburukan orang lain dan kebaikan diri sendiri.
buku-buku agama santapan jiwa :)
P/s: Sila abaikan skill mengolah bahasa yang lintang pukang...terima kasih
2 comments:
1st! hehehe...apahal...
Ooo, fanatik RAM ni....tapi mmg best pun buku2 dia...
fanatik sangat :)
baru2 ni dah beli novel dia edisi yg lama,tgh tunggu encik posmen hantar hehe
Post a Comment