Aku sering dengar ayat, sekiranya kita nak orang yang kita cintai bahagia,kita perlu lepaskan dia kepada orang lain yang lebih berhak yang boleh membahagiakan dia. Sebenarnya,aku tak setuju sangat dengan ayat tu,yer lah, nampak sangat kau tak yakin dengan diri sendiri kan..
Tapi lain orang lain pandangan masing masing. Adakala bila kita dah mencintai orang tu sangat sangat, tetapi dia buat tak endah, takkan kita nak terhegeh hegeh pula. Rasa macam dah tak ada pilihan lain pula. Well, bila dah jadi macam tu, kita kena faham lah juga kan, mungkin kita bukan pilihan yang dia inginkan, kita bukan yang dia idamkan, kita bukan yang dia harapkan, kita juga bukan yang keluarga dia nakkan... Kena fikir guna otak, jangan guna kepala lutut, sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.
Jangan hanya kerana seseorang itu, kau tutup pintu hati kau pada yang lain. Kau buat tak nampak pada orang yang menjadikan kau raja/ratu di hatinya. Walaupun mungkin pada mulanya kau tak dapat menerima kehadiran orang lain, tetapi bila kau percaya pada takdir dan yakin pada ketentuan yang tersurat, hati kau akan terbuka untuk bercinta kembali.
Terus terang itu adalah perkara terbaik untuk menolak atau menerima seseorang. Sekiranya kau tak suka, berterus teranglah,jangan sampai menyakitkan hati orang lain. Jangan bagi alasan yang mengelirukan. Takut takut orang masih berharap pada kau. Dan bila kau dah luahkan segala yang ada dihatimu, jangan lah sakit hati atau terasa sekiranya dia dah pergi kepada orang lain. Sekiranya kau masih berperasaan begitu, itu bererti kau masih sayangkan dia dalam keadaan yang separa sedar atau pun selama ni perasaan ego kau yang menutupi perasaan sayang kau terhadap dia, siapa tau...
Kita dijadikan ada pasangannya masing masing. Kalau jodoh kau dengan si dia tak kekal, itu maknanya jodoh yang lain dah ditentukan. Kadang kadang kita akan ditemukan dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul. Semoga setiap orang akan menemui cinta sebenar dan jangan mengharapkan kesempurnaan terhadap pasangan kita kerana tiada orang di dunia ini yang betul betul sempurna. Cermin dulu diri sendiri sebelum mengharapkan kesempurnaan, so..sayanglah apa yang kita ada seikhlas mungkin....
I'M WRITING BASED ON WHAT I FEEL. AND WHAT I SEE. AND MIGHT ALSO BASED ON WHAT I'VE EXPERIENCED. YOU DON'T LIKE THE CONTENTS? TAK PAYAH CERITA BANYAK..... J.U.S.T L.E.A.V.E!!!
Saturday, 13 November 2010
Tuesday, 2 November 2010
Basic Rules In A Relationship
Okay list di bawah ditulis based on pengalaman sendiri, pengalaman rakan rakan dan juga based on my observation. List ini adalah pandangan peribadi aku sahaja, tak suruh semua orang setuju pun.
So here it is. What you should and should not do to maintain a good relationship with your boyfriend/fiance.

- Privacy - Jangan sesekali, or to be more emphasizing, DO NOT EVER asked him to share his email's password or check his handphone. Kau jangan nak guna ayat, "Kalau yu percayakan ai, bagitaulah password email yu,". Hey, if trust is the issue, why do you have to check his email? Begitu juga dengan handphone. You want him to respect your privacy, so please respect his.
- Space - Sepertimana kau, dia juga perlukan ruang untuk diri sendiri dan rakan rakan. Kalau dah seharian dia teman kau shopping, kenapa waktu malam kau masih nak sentap bila dia tak reply sms kau sebab tengok bola?
- Do not involve your other half in your problem with the girls - Joe couple dengan Wanie. Linda berkawan dengan Joe. So, kat facebook dorang selalu bertukar tukar komen. Wanie tetiba suruh Joe delete nama Linda gara gara cemburu. Patutkah Joe ikut cakap Wanie? Wanie,t ak payahlah buat macam tu, dorang kan cuma kawan je. But, Joe pun kenalah jaga ayat,j angan sampai kecilkan hati Wanie, yer lah, kalo dalam komen kau panggil Dear, Sayang kat pompuan lain, mana awek kau tak hot... Derr, sia-sia je Tuhan anugerahkan 9 akal untuk kau.
- Drama Queen - Drama sometimes can spice up your relationship. Tapi kalau setiap benda kau nak jadikan drama, jangan salahkan sesiapa kalau dia mula muak dengan kau.
- Be yourself - Hubungan itu akan jadi susah kalau kita tak sincere dan asyik berusaha menjadi orang lain. You don't have to always look perfect for him, it's OK being silly sometimes. Kalau dengan orang yang kau sayang pun kau tak boleh nak nampak bodoh, kelam kabut dan sebagainya, dengan siapa lagi?
- Don't ask for something you know you don't want it to happen - Setiap kali bergaduh mesti nak minta putus, sedangkan kau tahu kau sangat memerlukan dia. Kalau dah terbiasa sangat sikit sikit nak putuskan hubungan, nanti bila dah kahwin jadi terbiasa pula bercerai berai. Nauzubillah.
- Stop being a cry baby - Air mata sememangnya senjata wanita untuk melembutkan hati lelaki. Namun, seperti senjata senjata lain, jika terlalu kerap digunakan ianya akan tumpul dan tidak berkesan lagi. So please save your tears for something really worth it.
- Stop assuming - Kalau ada apa apa tak kena di hati, all you need to do is just ASK. Jangan nak fikir bukan bukan, then kaitkan benda 2-3 tahun lepas, then tiba tiba nak rasa sebak, sedih, then nak nangis tak pasal pasal. Padahal kau belum tanya dia pun lagi. Lempang nak??...
- Don't push too much - Bila kau nampak dia macam tak seceria selalu, tak salah untuk bertanya. But if he said everything's fine, don't push him otherwise. Kalau dia memang nak share dengan kau, eventually dia sendiri akan datang dan cerita tanpa perlu diminta pun.
- Possessive? Please don't - If your guy cakap nak keluar ramai ramai termasuk kawan perempuan, let him be. As long as bukan keluar berdua. You're just his girlfriend/fiance, not his mother. At least he still let you know, that's a lot better than dia keluar senyap senyap tak bagitahu pun semata mata nak jaga hati kau yang cemburu tak ingat tu.
- Accepting each other wholeheartedly - As much as you hate to be judged, don't judge your partner. Love is about seeing an imperfect person perfectly.
- Trust - This is the bottom line of every single thing above. There's no use having a relationship without trust.
Tak perlu tengok orang lainlah, aku sendiri pernah buat beberapa perkara di atas yang biasanya tak ke mana pun tu. Bila fikir balik baru terasa bodoh dengan tindakan sendiri. So anggaplah ini sebagai pengajaran kepada adik adik (kenapa ayat macam dialog cerita Haiwan Teladan ke apa?).
Aku tak tuju pada sesiapapun, semuanya lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Dan, rules di atas juga sesuai untuk lelaki. Yer lah, takkan perempuan jer yang kena jaga hubungan kan? Masing masing perlu tahu peranan untuk menjaga hubungan sehingga boleh sampai ke fasa yang seterusnya.
Wednesday, 20 October 2010
Sopan santun amalan mulia
Courtesy. Macam mana kasar pun aku, courtesy adalah sesuatu yang aku sangat titik beratkan di dalam menilai seseorang. Courtesy adalah sesuatu yang aku lihat agak lack di negara ini. Cakap 'negara ini' macamkan pernah merantau negara lain. But seriously, ini memang perkara yang pernah aku nampak kat mana mana kawasan negara kita ini.
Bila kau buka pintu untuk masuk ke pejabat/shopping complex/kedai dan sebagainya, adakah kau terus masuk membiarkan pintu itu tertutup tanpa menghiraukan orang belakang atau kau tahan pintu itu terbuka untuk memberi laluan kepada orang belakang kau turut sama masuk, walaupun kau tak kenal pun dia?
Kau sedang berjalan dalam keadaan tergesa-gesa ke suatu tempat, kau nampak seseorang yang sedang carry banyak benda terjatuh bersama-sama barang bawaannya. Adakah kau yang sedang mengejar masa tu akan berhenti untuk membantu dalam pada semua orang buat bodoh je membiarkan si jatuh tadi terkial-kial mengutip barang-barang?
Dalam bas, tren, LRT dan sebagainya, kau yang letih bekerja dan penat berdiri menunggu bas akhirnya dapat naik. Kebetulan ada satu seat kosong. Nampak pakcik tua terketar-ketar naik tangga ataupun ibu mengandung yang jalan perlahan-lahan ataupun kanak-kanak. Kau memang penat gila. Adakah kau akan give away your seat tanpa memikirkan penat letih kau sendiri dengan beranggapan golongan kurang upaya itu lebih wajar diberi tempat duduk?
Kau, seorang cashier yang baru sahaja lepas bergaduh dengan boyfriend, then kena marah pula dengan boss, gaji pula tak dapat lagi. Datang seorang customer beli barang berharga RM2.25, tapi bagi duit besar RM50 lepas tu tanya macam-macam mana kenapa gula dah habis dan sebagainya, adakah kau boleh membalas segala pertanyaan dengan senyuman, dan memulangkan wang baki juga dengan senyuman?
Adakah kau jenis mudah mengucapkan Terima Kasih, Excuse Me, Please/Tolong dan Maaf?
Kalau jawapan kau YA/YES untuk semua pertanyaan di atas, bermakna kau memang memiliki courtesy yang tinggi dan aku salute betul sama kau tahap aku nak jadikan kau menantu. Kalau tidak, forget it. You're just a bunch of rude people jenis nampak orang jatuh depan kau bukan nak tolong malah siap langkah lagi badan dia wadefak..ishh kuang aja gila kalau nampak depan mata aku rasa nak terajang oh.
P/S: Well tak dinafikan, dunia yang makin jahat membuatkan orang ramai semakin takut untuk menunjukkan courtesy. Nak tolong pemandu yang berhenti kereta rosak kat tepi jalan pun dah takut, takut itu cuma taktik penyamun. Haih.
Tuesday, 5 October 2010
A friend is one who knows you and loves you just the same
Last 2 week has been a tremendously busy week for me. 2 minggu aku kat KL. Khamis lalu baru sampai kat Sabah. Kenangan yang amat terindah selama 2 minggu aku kat KL terlalu sukar untuk dibicarakan ditaipkan. Bayangkan orang orang yang selama ini aku hanya kutuk,gurau senda dan sakat di ruangan maya, aku telah jumpa,jalan bersama dan juga makan bersuap bersama.
Aku ke sana semata mata untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baik aku dan juga untuk menemani adik aku yang mana dia akan dijangka bersalin dalam bulan itu juga. Namun,tak kusangka,dalam minggu itu juga lah dia bersalin. Anak buah tak sabar nak tgk mak long kot tu yang awal dari tarikh yang dijangkakan yippppeee~~
Terlalu banyak kenangan yang betul betul indah kurasakan sepanjang bercuti itu. Ramai kawan kawan 'muka buku' ku telah kutemui. Well,ada segelintir yang tak jumpa lagi dan ada yang malu nak jumpa juga. Depa ingat aku tak makan nasi kot haha but anyway, enjoy kenal korang semua. Hanya persahabatan yang tulus ikhlas jer yang aku betul betul hargai dan ingat sampai bila bila.
Tak ada benda nak aku taip sangat hari ni kerana tak ada kata kata yang boleh meluahkan perasaan terharu dan gembira teramat sangat sepanjang percutian itu. Segala masalah yang melanda diriku telah hilang dengan wajah wajah dan gelak tawa korang semua. Terima kasih kawan kawan semua. Well, a friend is one who knows you and loves you just the same.....

Sunday, 29 August 2010
Cinta Yang Mahal Itu Tak Perlu Dilafazkan
Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Sudah beberapa zaman berlalu. Ketentuan dan takdir sudah berubah. Kisah fitnah terhadap Nabi Yusuf sudah mula dilupakan orang. Malahan, nabi yang kacak itu sudah diangkat menjadi raja negeri.
Di satu daerah terpencil, seorang insan melalui sisa hidupnya dengan rasa kecewa dan jiwa lara. Telah punah hatinya oleh cinta yang tak kesampaian, telah hancur kalbunya oleh rindu dan penasaran. Kini, dia telah kehilangan segalanya. Dia sudah miskin sementara kecantikannya pudar diganti kenyataan usia tua. Meski segalanya telah berubah, hanya satu yang tidak pernah lekang dari hatinya. Cinta dan kerinduan itu hanya buat Yusuf…Jadi,siapakah dia? Yang mendamba sebahagian dari usia untuk memuja Nabi yang tidak pernah endah padanya? Dialah Zulaikha, isteri Aziz yang sudah bergelar janda.
Menjelang sisa-sisa usia yang ada, ALLAH menitipkan hidayah buat wanita ini. Dia berpaling daripada berhala kerana iman. Dia tenggelam di dalam manisnya ibadah ketika bersendirian menghadap Tuhan. Tetapi di dalam pengaduannya itu, nama Yusuf tetap basah di bibir. Cinta apakah ini wahai Tuhan?
“ Ya Rabbi, tiada apa lagi yang tinggal buatku. Segala hartaku sudah habis luput, aku sudah tua, terhina dan miskin. Tetapi Engkau masih mengujiku dengan rasa cinta kepada Yusuf, nabi utusan-Mu. Jika Engkau mengasihi hambamu ini, pertemukan aku dengannya, jika tidak, hilangkanlah rasa cintaku pada Yusuf agar aku mendapat ketenangan,” rayu Zulaikha di dalam doanya. Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipi yang berkedut dimamah usia.
Munajat Siti Zulaikha itu meruntuh hati para malaikat yang mendengarnya. Ya! itulah wanita pemfitnah Nabi Yusuf satu masa dulu! Tetapi kini, dia sudah bertaubat. Dan dalam taubat itu, tiada siapa yang tahu ALLAH sudah mengatur rencananya sendiri.
Suatu hari yang diperkenankan Tuhan, Nabi Yusuf berjalan-jalan di sekitar negeri bersama para tenteranya. Ingin dia meninjau-ninjau rakyat bawahan dan masalah yang mungkin mereka hadapi. Seketika dia lalu di hadapan sebuah pondok buruk. Kebetulan, Zulaikha ada di muka pintu dan bermulalah pertemuan yang tidak disangka-sangka.
“ Maha Suci ALLAH yang menjadikan engkau seorang raja daripada hamba rakyat biasa,” ujar Siti Zulaikha. Gementar hatinya melihat Yusuf yang kini berdiri di hadapan mata.
“Siapakah engkau wahai perempuan tua?” Nabi Yusuf pula bertanya.
“Mungkin engkau sudah lupa. Akulah wanita yang membelimu dengan emas permata. Akulah wanita yang tidak pernah kenyang semenjak jatuh cinta padamu. Akulah wanita yang tidak dapat menutup mata sejak memandangmu. ..Adakah engkau masih ingat padaku?” soal Zulaikha.
Nabi Yusuf mengamati wajah wanita itu sedalamnya. Tidak mungkin..
“Adakah kau ini Siti Zulaikha? Jika benar, ke manakah perginya segala kebesaran, kecantikan dan kemewahanmu dulu?” tanya Nabi Yusuf hairan.
“Segalanya sudah hilang akibat cintaku padamu. Segalanya telah berubah, kecuali cintaku padamu yang semakin hari semakin kuat,” akui Siti Zulaikha. Dia menundukkan dirinya. Alangkah malunya dia..terpaksa berdepan dengan Nabi Yusuf yang masih muda belia..sedangkan dia hanya seorang perempuan tua.
“Jika boleh kutunaikan, apa permintaanmu Zulaikha?” tanya Nabi Yusuf yang merasa kasihan melihat Zulaikha.
“Aku menginginkan tiga perkara, kecantikanku dulu, harta dan perkahwinan.”
Nabi Yusuf terus berpaling ingin meninggalkan Zulaikha. Tidak mungkin dia dapat menunaikan hasrat Zulaikha yang tidak masuk diakal.
Perbuatan Nabi Yusuf itu mendapat teguran daripada ALLAH.
Dan melalui Jibril, ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha. Tapi bagaimana? Adakah Yusuf akan bahagia bersama Zulaikha yang sudah tua?
Tatkala itu, ALLAH menunjukkan kekuasaannya. Zulaikha dikurniakan paras yang muda dan lebih cantik dari dahulu. Kembalilah Siti Zulaikha menjadi wanita yang ayu dan memikat cinta.
Dan kepada Yusuf pula, ALLAH membalikkan hatinya kepada cinta dan kasih sayang buat Zulaikha. Kali ini giliran buat Yusuf pula tercari-cari dan merayu cinta pada Zulaikha. Sehingga usai perkahwinan mereka, Nabi Yusuf dapat melihat perubahan diri Zulaikha yang sudah menjadi isterinya.
Zulaikha sentiasa tekun mengerjakan solat sehingga kadangkala terlupa keperluan Nabi Yusuf, suami yang dicintai sepenuh hati. Sehingga pernah Nabi Yusuf mengeluh kerana Zulaikha tidak melayan dirinya.
“Wahai Zulaikha, bukanlah dulu engkau yang mengoyakkan bajuku kerana inginkan diriku?” tanya Nabi Yusuf.
“ Wahai suamiku, aku kini bukanlah aku yang dahulu. Aku mencari cinta yang lebih utama dari cinta padamu. Aku mencari cinta Ilahi,” jawab Zulaikha sambil bangun untuk meneruskan solat.
Ketika itu juga, Nabi Yusuf menarik Zulaikha sehingga bajunya terkoyak sedikit.
Turunlah Jibril dan berkata, “ Wahai Yusuf, sudah tertulis, baju dibalas baju. Dengan ini, tidak ada lagi cercaan yang terjadi antara kau dan Zulaikha dahulu.”
**Jangan mengejar orang yang kau cintai tapi pandanglah orang yang mencintaimu**

AGREE OR DISAGREE? :D
Okay biasa dengar kan orang cakap mencintai seadanya? Adakah bermakna menerima segala kebaikan dan keburukan? Memang itulah maknanya, nak fikir makna apa lagi. Tapi adakah bermakna kita tidak perlu berubah dengan beranggapan, "Kalau dia sayang aku dia kenalah terima aku macam ni" ??
Oh adik adik tolonglah jangan lurus sangat dalam hal ini.
For me, ayat mencintai seadanya tu sangat subjektif maknanya. Kalau kau jenis malas mandi dan bau kau sangat hapak, tiba tiba kau ditakdirkan jatuh cinta, adakah kau tetap nak berpegang pada pendirian 'AKU TETAP TAKNAK MANDI SEBAB KALAU DIA SAYANG AKU DIA KENA TERIMA AKU SEADANYA TERMASUKLAH BAU BADANKU YANG HAPAK DAN DIHURUNGI LALAT'?
World doesn't revolve around just you, man. Patutkah Mila terasa hati bila kekasihnya Mahmud menegur sifat panas barannya dengan beranggapan jika Mahmud ikhlas mencintai maka Mahmud perlu menerimanya seadanya termasuklah membiarkan sahaja kelakuan buruknya? Patutkah Rozita yang kaki clubbing mengabaikan teguran Ramli yang suruh dia stop clubbing dengan alasan sebelum bercinta lagi Ramli dah tahu tabiat buruk dia tu so takyah la tiba tiba nak suruh berubah. Patut tak? Patut taaakk?? Taak.. Taakk.. Taaa....k.. (Wah siap ada echo.. Konon menjerit dalam gua..)
So kawan kawan. Dan juga diri sendiri. Kalau kita ditegur kerana sikap kita yang keterlaluan dan teguran itu ke arah kebaikan dan tidak memudaratkan, tak salah untuk kita menerimanya dengan hati terbuka dan cuba berubah. Kita ditegur supaya kita menjadi lebih baik, maknanya kita ditegur kerana dia sayangkan kita. Macam ibu bapa yang tegur kita la. Kau berani nak cakap dengan Mak kau, "Mak mana boleh tegur, Mak kenalah terima Along seadanya"?
Tapi kalau boyfriend kau tegur, "Yu ni asyik pakai baju kurung je, cubalah pakai skirt pendek sikit. Barulah bangga ai jalan dengan yu. Yu taknak ke buat ai bangga? Demi cinta kita?".. Kau jangan teragak agak menghadiahkan sekeping pelempang buat beliau. Baru boyfriend, boleh je lempang jangan takut tak cium bau syurga ke apa. Kalau suami kau yang suruh macam tu, erm.. Tak tahu lah nak cakap apa.. Bawak bawak la mengucap sikit cik abang ye..
Ragam manusia ni macam macam.Ada yang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Janji itu janji ini tapi dalam masa yang sama membuat janji kepada orang lain juga. Orang orang macam ni digelar munafik, am I right? Tapi dengan kuasa Tuhan, sekiranya kita betul betul ikhlas, Dia akan menunjukkan sesuatu yang membolehkan kita dari terus terjerumus dengan orang orang munafik seperti ini.
Bulan Ramadhan adalah bulan ujian buat kita semua. Hanya dengan iman dan taqwa sahajalah yang akan menyelamatkan diri kita dari melakukan sesuatu yang tidak waras. Aku betul betul bersyukur kerana bulan ini telah membuka mata dan mindaku terhadap perkara yang selama ini aku anggap perkara itu tidak akan berlaku pada aku namun aku silap, kita semua akan diuji dan dari ujian itulah yang akan menentukan tahap keimanan kita terhadapNya. Ni pehal aku berleter macam ustazah bagai hahaha
Anyway, semoga dibukakan pintu hati orang orang yang telah tergolong dalam kumpulan jin dan iblis pada bulan yang mulia ini..Semoga tiada lagi pembuangan anak, seks bebas, peminum peminum arak, perogol perogol bersiri, perompak perompak tegar, peragut peragut rempit dan juga kasanova/playboy yang hanya bermulut manis.
Till then..

Wednesday, 4 August 2010
Mengata ke mengumpat?Whatever...
Pernah tak ada orang ceritakan satu gosip pada kau tentang seseorang, and cakap, "Betul dia buat macam tu. Takkan la aku nak tipu. Bukan aku dapat apa pun kalau reka reka cerita"
Korang tak rasa ke memang wujud jenis orang yang tabiatnya adalah mereka-reka cerita dan berbohong segala dengan riak muka yang sangat meyakinkan, walaupun hakikatnya dia memang tak dapat apa apa pun daripada perbuatan tu (okay, dia dapat dosa). Macam macam manusia ni. Honestly i'm the type who easily get annoyed. Memang easily annoyed:
***Tengok cerita Melayu yang tak habis habis pasal rempit and bohsia. Takde modal lain ke? - Annoyed.
***Bila berdepan dengan cashier yang tarik muka and scan barang hentak hentak. Serius aku sound. "Boleh senyum sikit tak? And barang i tu fragile, please jangan hentak hentak. Mana manager you?" Menggelabah kau minta maaf. -Annoyed.
***Dengar kisah percintaan orang lain yang banyak gila drama. Dah break-off tu move on je la. Sebab bila kau dah totally move on percayalah kau akan malu dengan semua drama drama yang kau create tu. So? -Annoying gila.
***Bila orang nak mengumpat tapi cakap, "Bukan nak mengumpat, tapi nak cerita benda yang betul je. Untuk pengajaran." Kalau nak cerita untuk pengajaran takyah la sebut nama orang yang jadi bahan umpatan tu. Tah pape betul la. -Annoyed.
***Baca blog yang guna bhse sgktan, are-yart rempit aq x sukew gilew dowh tapi kadang kadang pelat pula - caye tak bley tito cakit pewot tadi mamam nacik baci jangan la itot caye, cebok je awak ni (siapa nak ikut kau pergi cebok?), tuLiSaN seKejaP beSAr sekeJaP kEciL cApS lOcK KAu rOSAk kE? ditambah pula dengan layout yang banyak widget berkelip kelip dan juga lagu yang tiba tiba menjelma kuat gila bila aku klik blog kau menyebabkan aku menggelupur cari butang mute di tepi desktop oh belum cakap lagi warna tulisan yang menyakitkan mata aku yang dah tua ni OMG rasa nak mencarut. -Annoying gila kentang tolonggggg!!!
Okay back to the subject. So boleh faham tak macam mana mudahnya i rasa annoyed dengan orang yang jenis suka memburuk burukkan orang and cakap dengan yakinnya, "Betulll, takkan la aku nak tipu. Bukan aku dapat apa pun". Tambah tambah lagi bila orang tu memang terkenal dengan mulut kepoh cari pasal. Muka annoying aku memang dah tak boleh nak berlakon lagi dah kot. Depan depan juga aku tunjukkan.
So,diharap kepada yang rasa rasa dirinya macam tu, cepat cepatlah bertaubat. Tak baik memburukkan orang. Cermin diri tu dulu sebelum mengata orang. Perkara ni pernah jadi kat aku dulu dan sekarang orang itu telah menerima balasannya. Hilang kawan kawan dan kekasih sekaligus. Nak buat macamana kan, dah hati busuk.
Walau apapun, hidup ini adalah pengajaran buat kita setiap hari. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga hidup kita akan diberkati. PEACE NO WAR V^,^V

Subscribe to:
Posts (Atom)