Saturday, 17 April 2010

:::OST- - -Cinta Kau, Aku dan Dia:::

Kali ni aku nak cerita pasal tv. Erm, aku ni jarang sebenarnya tengok tv kalau rancangan tu tak menepati citarasa aku. Tambah tambah lagi cerita melayu. Bukan sombong tapi ya lah, sapa lah yang nak tengok cerita yang sikit sikit nangis, sikit sikit curang, sikit sikit kelabu asap, ok kalau aku taip sikit sikit lagi korang lempang aku.

Mungkin bukan salah ibu mengandung erkk tak kena langsung. Erm, mungkin bukan jalan cerita tu yang salah, tetapi pemikiran aku kot yang tak merelakan cerita cerita macam tu. Aku lebih suka cerita yang cenderung kepada action, mystery, comedy and sometimes horror. So lebih menjurus kepada cerita cerita omputeh la maksudnya. AXN, HBO, Cinemax dan Star Movies jadi pilihan. Tetapi kadang kadang tertekan lak ke channel Cartoon Network. Apa lagi kalau bukan Tom & Jerry... weeee~~ Apa gelak?Ingat budak kecik je ke tengok kartun -_-"

Kalau kat rumah selalu berebut remote control Astro dengan mak. Mak suka tengok cerita cerita melayu. Dia selalu membebel bila aku cakap nak tengok cerita omputeh. Dia kata, tak faham dorang cakap, buat apa nak tengok. Daripada bertekak, aku hulur je lah remote tu kat mak,kang dari cerita tv melarat pula sampai ke cerita tunang kahwin cucu cicit...huuu T_T

Ok, walaupun first entry aku tadi kata aku tak suka cerita melayu ni sangat, tetapi berbeza dengan satu cerita ni. Bagi yang mempunyai "TV" (saja highlights nak bagi seseorang tu rasa dikotak katikkan...wkakaka...), tentu tahu cerita kat tv3 yang bermula setiap hari Isnin - Khamis, pukul 6.30 - 7.30 petang. Tajuk dia ADAMAYA. Pelakon favourite aku, Lisa Surihani, berlakon dalam cerita tu. Best sesangat coz jalan cerita dia tak lah berat just cerita family tetapi skrip dan lakon layar hebat dan superb. Dan lagu temanya pun sangat sangatlah menjadi siulan. Erk, pe benda pula aku buang tebiat nak bersiul bagai...huuu tak lah, maksud aku, lagu tu memang best ^_^



Lisa tu ada macam rupa aku tak? ekeke..pasan lebih ni :p

Jom layan pula lagu tema kat dalam cerita ni. Kena sangat lah dengar melodi macam ni di saat saat hujan mencurah curah kat luar hehehe....sweet and syahdu....so, enjoy it. If you dont like it, just ignore it. What to do kan? Masing masing punya citarasa yang berbeza ^,~


Friday, 16 April 2010

New Place New Experience

terkejut..

tak tentu arah..

gelisah..

gembira..

excited...

Begitulah perasaanku bercampur baur semalam. Setelah diputuskan dalam mesyuarat aku akhirnya dihantar ke dunia yang penuh kesucian...penuh kecantikan semulajadi..yang...ishh apa jadah aku merepek ni.. kan baik taip je di hantar ke pedalaman yang penuh orang asli ekekeke

Sebenarnya aku akan ke satu tempat dan mungkin akan berada lama kat situ memandangkan atas urusan kerja. Aku cuma dapat beramah mesra seminggu je lagi bersama keluarga, kawan kawan dan jiran. Rasa sedih tu tetap ada tetapi bak kata mak, kerja itu ibadah. So semoga aku dikurniakan pahala olehNya dan diberi elaun yang berlipat ganda oleh bos hahaha

Punya lah susah aku memujuk emak tadi, dah merajuk orang tua tu, kalau budak boleh lah kita pujuk dengan gula gula huuu... mak mulanya tak benarkan sebab tempat tu jauh lagipun tak ada siapa nak jaga aku nanti...adeii, mak..jue dah 26 tahun la bukannya 6 tahun..tapi dengan susah payah merentas onak belukar, mendaki gunung daik bercabang tiga, dah melalut balik da huuu....namun akhirnya mak bersetuju juga. Kuhembuskan nafas lega walaupun bunyi nafas da macam dragon Merlin akibat flu dan cough yang melanda.

"Dengan syarat, setiap pagi, tengahari, petang dan malam kena telefon mak atau abah bagitau keadaan jue kat sana"...

Nasib baik syarat sesenang makan kacang je hehe...Kawan aku (engineer perempuan) dan engineer engineer yang sekarang berada kat sana tak sabar sabar menanti kedatangan aku. Memang selesa bekerjasama dengan team yang sekepala dengan kita kan...semua perkara atau masalah dapat diselesaikan dengan mudah. Semoga apabila berurusan dengan mereka kelak, company akan dapat mencapai target dan progress yang diharap harapkan.

Hope everything goes well.....



Saturday, 10 April 2010

HAVE A GOOD DAY





There is a place in the HEART where THOUGHTS become WISHES



And WISHES become DREAMS



It's a place where anything is possible



Only if we BELIEVE



There are 6 things to believe in for a happy, successful life:



Believe in your FAITH...GOALS...LOVE...FAMILY...YOURSELF...


And most importantly,



Believe in GOD!!







Thursday, 8 April 2010

akan kugenggam bara api hingga menjadi arang


uihhh...lama tak update blog.penat pulak bersihkan sawang kat blog ni hahaha macam le spider nak sangat buat rumah kat blog aku -_-" banyak sebenarnya idea sebelum ni cuma malas nak menaip je. banyak habiskan masa kat kebun 'muka buku' tu.

malam ni sejuk je. minggu ni hujan da sudi datang ke bumi sabah. kalau sebelum ni panas je memanjang. bagus juga lah coz selama musim kemarau tu sana sini dengar hutan terbakar. kesian pula dengan mamat2 bomba. tak pasal2 banyak overtime tapi its ok what, berbakti untuk negara kan. haa bagus, angguk2.agree dengan statement aku ye haha macam je aku nampak korang kan hehe..

sekarang ni, hobi photoshoot aku da melampau2. rasa macam digaru2 je hati ni bila nampak sesuatu yang boleh dibuat bahan. huhu...kalau kamera aku masih boleh digunapakai, memang tak boleh diam le nampaknya. last week bila balik kampung, ingatkan tak dapat lepaskan gian. nasib baiklah cousin ku yang baik hati memahami hati ini. best sangat dapat ambil photo dengan orang yang tahu pasal photo shooting ni. cuma tak dapat mendalami ilmu beliau banyak2 time tu. takpa,nanti bila balik lagi, aku nak menuntut ilmu 44 hari. dalam gua tak makan minum pun takpa. ok,tu da melampau namanya (",)

ada beberapa keping je yang dapat aku snap. kalau korang nak tengok ada dalam flickr aku. cuma member je dapat tengok lah coz aku private kan. so sesiapa yang nak tengok buka lah account flickr. amboi, ni leh minta komisen ni promote bagai hahaha

ermm, apalagi ya..takda idea la pula.its ok la, nanti2 saya update lagi my blog. untuk kesimpulan, cehhh macam buat karangan pulak ada kesimpulan bagai ye hehe...saya akhiri dengan pic yang telah dihantar oleh cousin saya melalui emel. gambar ni dia yang snap ye not me... im so speechless bila tengok pic ni dan terus menyimpan hasrat akan belajar bersungguh2 mendalami ilmu photo shooting ni..gila punya pic wooo...silakan lah nengok nye ~,^




mesti lalat ni dah belajar jadi model kan..ye laa,nampak camera tak pulak dia terbang, duk merenung lagi...educated fly ni


Friday, 19 March 2010

Dah lama tak demam teruk macam ni.. huhu

Hari ini dan semalam demam. Agak teruk juga, maybe sebab saya sangat jarang demam. Semalam balik kerja terus baring atas katil. I'm shivering for God sake,eventhough baring dalam selimut, tak pasang kipas dan pakai jacket lagi.
Mama datang, saya yang masa tu dalam keadaan separuh sedar masih boleh dengar suara cemas mama betapa panasnya badan saya. Saya tak mampu nak cakap apa2,cuma membiarkan mama letak kain lembab atas dahi saya. Sempat jugak sy dgr mama kecoh2 call abah yang sedang bermain badminton kat dewan.
Dalam separuh sedar tu i also heard myself mumbling,"ma, demam biasa je la. bkn paralysed pun". Erm, saya ni memang pantang betul masuk klinik. Tak suka sangat bau ubat2 yang ada kat klinik tu.
I told ma want to sleep for a while before dinner. Mama dengan muka disagree nya tu terpaksa menurut juga. So after makan ubat yang sedia ada dalam first aid kit kat rumah tu, saya tidur sekejap nak hilangkan rasa pening2.
Lepas tidur dalam sejam macam tu, badan rasa masih lemah. Sebab tidur maghrib kot huhu..After mandi dan solat, makan malam dengan mak abah. Lauk sedap giler. Ada sambal belacan, ikan bakar dan sayur kangkung. Tapi mama suruh makan bubur ayam halia yang dia da masak.

"Err..nak calit sikit sambal tu boleh ke mak?"..

"Ha, jangan nak mengada2, kang sakit dada tu makan pedas2 time demam ni" kata mama..Huuuu (-_-")

I lose my apetite. I eat a bit, just to be thrown up after that. Dah sangat lama saya tak demam macam ni. I almost forget how's the feel. Now i know, it is soo NOT GOOD. I'm soo cold right now. I feel very sleepy..

Now, at office pun, banyak rehat dari buat kerja. Macam tak sedap hati lak buat macam tu. So, banyak juga lah update files tadi. Obselete mana2 dokumen yang dah lama. So, tak rasa sangat masa berlalu.

Hope tomorrow dah better sikit dari hari ini dan semalam. Whoever read this, pray for me frens..Perasaan dilanda demam sangat tak best.

Thursday, 18 March 2010

Love Chooses You...

LOVE CHOOSES YOU



if you find yourself in love with someone,
and that someone doesn't love you,
be gentle to yourself..
there's nothing wrong with you..
but love just did not choose to rest in that someone's heart..

if you find someone in love with you
and you cannot answer that love,
feel honoured that love has came by and called on your door..
but gently refuse the feeling you cannot return,
as love did not choose to settle in your heart..

if you find yourself in love with someone and the love returns,
it still can happen that the love chooses to leave..
do not try to reclaim it and do not assess any blame..
let it go..
despite the pain, there is a reason and meaning to this..
you can not chooses love by yourself..

LOVE CHOOSES YOU.....

rasa blues je petang2 ni..macam bukan diriku yang sebenar pulok hahaha.. ^,~

Sunday, 28 February 2010

Ahad yang sempoi...

Hari ini hari Ahad. Hari rehat, hari tidur, hari makan hahaha kalau setiap hari pun hari ahad, alamatnya terpaksa la cari baju2 dan seluar2 baru nampaknya ni..yalah,asik makan je kan huhu

Hari ini aku nak cerita pasal seorang kawan aku yang tinggal dua blok dari rumah aku ni. Dia ni clumsy orangnya. Tapi aku suka berkawan dengan dia coz dia kalau ada tak puas hati, dia akan cakap direct, tak suka simpang empat or korner2. Pagi tadi, dia datang ke rumah aku. Dengan muka tak malunya, terus masuk ke bilik aku. Memang tak ada tatasusila betul pompuan tu. Oh ya, lupa pula, nama pompuan tak malu ni Zulaikha atau lebih dikenali Tayer (rempit tak nama dia hahaha)

"weyh, bangun...kau kena temankan aku hari ni, aku bakal dicolek ni"

Aku yang memang malas bangun awal pagi Ahad, dengan raut wajah yang suci murni, memandang ke arahnya sambil berkata, "Sapa pulak yang nak colek kau ni, kesian la kat orang tu, buta ke ape weyh"..

Dan hasilnya aku mendapat tamparan padu kat peha, gila betul tangan minah tu..mesti kaki dera ni (-_-")

Rupanya tengahari ni ada rombongan nak merisik minah 3 suku ni..Huh, terfikir pulak dalam hati, kalau 3 suku pun laku, aku yang 9 suku ni apatah lagi kan hahaha

Tepat pukul 12 tengahari, aku ke rumah dia. Mak dan abah dah awal2 ke sana. Sampai sahaja, aku memberi salam. Wah, ramai juga yang datang. Belum kenduri kahwin lagi tu. Aku terus naik ke bilik dia. Aku tengok gabra juga minah ni. Aku gelak sorang2. "Apa gelak2 weyh, muka aku tak cantik ke?"...Aku menjawab dengan selamba, "sejak bila pula kau cantik, tak perasan pula aku"... Lepas tu, kesian pula aku tengok muka dia, macam orang kematian kucing. Dalam hati ni berniat, tak mahu kutuk dia selama 2 tahun laa.

Pukul 12.30 tengahari, rombongan datang. Dalam 3 kereta macam tu. Aku jenguk dari tingkap. Aku tengok muka Tayer berseri2. Aku tumpang gembira tengok kawan2 aku bahagia. Boring sembang2 kat bilik, aku minta izin turun ke dapur. Kawan2 lain temankan dia kat bilik. Semasa melintasi ruang tamu, semua mata memandang aku. Adeii...ingat aku ni bibik ke. Terasa nak menyapu pulak bila dorang pandang aku macam tu..

Sampai kat dapur, ada beberapa orang makcik2 sedang menyediakan makanan. Dengan muka 10 hari tak makan, aku membuat isyarat dengan mengusap2 perut minta kasihan. Taktik aku berjaya nampaknya. Mereka berebut2 nak sediakan aku makanan. Aku makan apa sahaja yang boleh ditelan. Sedap kalau makanan free ni hehehe :p

Majlis berlangsung dengan lancar. Selepas mereka balik, aku dengan kawan2 lain sembang2. Sorang kawan aku bertanya, "Jue, aku dengar kau nak belajar?"...Aku menjawab, "Ya, aku ni masih kurang ajar beb, tu yang kena belajar lagi ni"... Kawan2 menyokong padu niat aku untuk belajar ni. Erm, semoga harapan untuk aku menjadi pensyarah atau paling koman jadi cikgu sekolah rendah pun, tercapai hendaknya...

Setelah puas bersembang, aku balik ke rumah. Ingat nak main game sampai rumah tapi rancangan terbantut la pulak setelah melihat tilam yang lembut di bilik aku tu. Dan akhirnya, dengan pantas aku mencapai bantal dan zzzzzzzzzz.....