Dalam hidup ni kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Nak pilih sekolah selepas UPSR, kemudian PMR, kemudian memilih aliran sains atau sastera, selepas SPM kena pilih jurusan pula, kemudian nak kena pilih universiti, kemudian kelas, memilih kerja, memilih teman lelaki (wah wah konon hot stuff sampai kena pilih bagai), ada yang pilih teman lelaki dulu baru pilih kerja.. Nak pergi kerja pun kena pilih baju, nak berucap perlu pilih perkataan yang sesuai.. Everything is about choosing..
Memilih itu tidak mudah, kerana setiap pilihan yang telah dibuat itu pasti sedikit sebanyak memberikan kesan dalam hidup kita. Pernah tak satu masa kita menoleh belakang dan berkata,
"Kalaulah.."
"Kalaulah dulu aku tak ikut cakap si Senah.."
"Kalaulah aku ambil jurusan itu dulu, kan lebih mudah tak perlu nak pening kepala.."
"Kalaulah aku terima tawaran di syarikat itu, mesti gaji aku dah lima angka sekarang.."
"Kalaulah masa boleh diputarkan semula, tak mungkin aku jatuh cinta dengan lelaki keparat itu!" (ayat biasa selepas putus cinta)
Tapi yakinkah jika kita tidak memilih jalan hidup sekarang, kita akan lebih baik? Atau hidup kita lebih bermakna berbanding sekarang?
Setiap yang telah terjadi pada kita telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Qada' dan Qadar namanya. Jangan sesekali menyesali takdir. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Setiap jalan yang telah dipilih, pasti ada baik buruknya, pasti ada onak duri ranjau berliku. Tapi itulah yang telah dipilih. Ingatlah, setiap yang hadir dalam hidup kita sesungguhnya mempengaruhi jatuh bangunnya kita.
Kita mungkin menyesal dipertemukan dengan seseorang. Tapi sedarkah kita, jika kita tidak ditemukan dengan manusia seperti dia, tak mungkin kita sekuat sekarang, tak mungkin kita setabah sekarang, tak mungkin kita sebahagia sekarang. Pengalaman adalah satu pelajaran yang sangat berharga dan tak boleh dijual beli. Apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang adalah kesinambungan dari apa yang telah kita lakukan di masa lalu. So face it. Deal with it. Make the best of it. Allah itu kan Maha Adil?
--------------------------------
Cetusan hati~~Saya tak pernah menyesal memilih untuk bersama awak. Saya tak pernah terfikir wujudnya lelaki lain yang boleh menyayangi dan menghargai saya seperti awak. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mungkin berlaku di masa depan, saya akan tetap berpegang teguh pada jalan yang telah saya pilih. Worst come to worst, saya masih ada awak.
I'M WRITING BASED ON WHAT I FEEL. AND WHAT I SEE. AND MIGHT ALSO BASED ON WHAT I'VE EXPERIENCED. YOU DON'T LIKE THE CONTENTS? TAK PAYAH CERITA BANYAK..... J.U.S.T L.E.A.V.E!!!
Monday, 26 July 2010
Monday, 19 July 2010
Akhirnya tembok itu runtuh jua
Bukan senang kita nak menjaga hati semua orang. Dan tak semua apa yang kita buat akan memuaskan hati sesiapa. Walau kita dah cukup menjaganya, menggilapnya dan menatangnya bagai minyak yang penuh (minyak dah naik lah, lepas ni barang pula akan naik,tengoklah nanti..ishh,balik ke mood awal,bertukar...) namun ia akan tetap ada salahnya. Perlukah aku terus menjadi lilin membakar diri sendiri demi kebahagiaan dan kepuasan orang lain? Perlukah aku terus membiarkan hati ini sendiri dan hanya ditemani malam malam yang sunyi dan gelap gelita (awat,hang tak bayar bil api kah?ishh,suara suara hati tetap bercampur dengan keadaan semasa..)
Tembok kemachoaan aku akhirnya runtuh..yess..collapsed...huh...
Buat masa ini, aku nak menyendiri, membuat kerja kerja yang akan membuatkan aku lupa seketika dengan masalah masalah yang membelenggu diri ini. Aku tak akan kalah dengan perasaan yang tak tentu hala ini.
Tapi aku perlu faham, setiap orang tentu nakkan kesempurnaan. Aku perlu akur tentang kenyataan itu. Silap aku tidak memandang semua ini dari dulu lagi.
Semoga semua orang akan mengecapi kebahagiaan masing masing. Aku hanya akan mendoakan dari jauh. Carilah kesempurnaan yang diidam idamkan itu.
Mood yang down akan menaip sesuatu yang tunggang langgang haha...
Till then...
*miss you like crazy..dem*

Friday, 2 July 2010
Tak tahu nak letak tajuk apa sebab memang tak ada tajuk pun sebab aku tak sarapan lagi so otak masih static, tajuk panjang sangat esok lah sambung :D
salam y'all..ari ni sumer cihat kew??sy cakit pewot la y'all...kena ceri beri...hope y'all sumer cihat cihat yew.. (Ada rasa nak lempang tak??)
Hahahaha...
Trend bahasa sekarang dah banyak berubah kan..Tu ada iras iras bahasa mat dan minah rempit, bahasa bebudak tak cukup umur pun ada tu hahaha
Aku kadang kadang pakai juga ayat ayat ni kalau dah sengal menguasai diri hehe...
Saja jer singgah kat blog aku. Sebenarnya tak ada topik pun. Nanti ada apa apa aku update blog aku yer..Macam lah ada orang nak baca blog aku kan haha
Anyway, to y'all...happy holiday and happy waka waka...Dont miss Brazil lawan Uruguay malam ni yer hehe
Love Kaka....wink wink
p/s: to my other half, pergi mana mana tu,hati hati di jalan raya ^,~

Thursday, 24 June 2010
Cinta itu buta ke??Ok,entri sangat panjang..sila sediakan kopi kapal api dan biskut tiger sebelum membaca
Kadang kadang hidup ni susah nak diramalkan kan?Walaupun kita dah berusaha mengelak dari masalah sekeliling namun ia tetap mengejar kita..
Entri awal dah emo..haha..tak biasalah pula emo emo ni..rasa macam minum eno la pulak ekekeke
Bukan apa sebenarnya,ni nak kongsi sedikit pengalaman dan mungkin juga boleh dijadikan sebagai pedoman di hari kelak.
Benda ni terjadi bila aku mula berkenalan dengan seorang hamba Allah ni. Mula mula kenal kat satu laman dalam internet. Lepas tu berpanjangan kat luar pula. Pergi minum minum dan lepak sembang sembang biasa. Esok esoknya dia bawa pergi joging dan bersantai bersama. Apabila dia dah kembali bertugas, hanya telefon dan ym sahaja lah jadi penghubung.Dia tak tinggal kat Sabah.Hanya bila bercuti je dia akan ke Sabah. Orangnya tinggi,peramah,baik hati dan tak kedekut(sebab kena belanja makan selalu kot ngeee).Dia dah ceritakan semua perkara berkaitan dirinya dan aku juga tak segan silu ceritakan semua tentang diriku.Dia pun faham situasi antara kami.
Aku memang tak pernah anggap dia lebih dari kawan. Selalu jugalah bertukar tukar khabar. Tapi selepas beberapa lama, kami dah jarang berhubung. Aku pun tak nak lah ganggu dia.Kot kot dia sibuk ke.Lagipun aku pun memang tengah hangat time tu.Hangat apa?Ha,hangat hangat teh tarik haha
Selepas beberapa bulan, tiba tiba dia mesej kat handphone. Tanya tanya khabar. Dan berlarutan sampai beberapa hari. Tapi aku ada sedikit kemusykilan sebab kali ni mesej mesej dia berubah romantik dan setiap kali kat hujung ayat mesti ada perkataan sayang. Pelik sangat. Dan akhirnya, pada suatu hari,dapatlah mesej dia yang menyatakan dia dah lama ada hati kat aku dan ingin aku menjadi teman istimewa. Terkedu pun ada. Iyalah,dah baik baik berkawan tiba tiba nak propose la pula. Tapi aku tak layan sangat. Beberapa hari aku tak layan mesej mesej dia.
Nak tau tak apa terjadi seterusnya?Jeng..jeng..jeng...Kita tak boleh menidakkan kuasa Tuhan. Sesungguhnya setiap perkara itu adalah ketentuannYa. Sekiranya kita ikhlas, Dia akan menunjukkan kita sesuatu yang benar.
Baru baru ini aku ada ter'add' somebody dalam muka buku aku.Perempuan.Mula mula aku tak perasan apa apa sangat.Tapi satu hari tu aku tak ada kerja,aku pun tengok tengok lah wall dia. Lepas tu aku perasan satu gambar. Then,bila aku klik, maka terkejut beruk makyeh aku tengok gambar tu. Korang tentu rasa rasa dah tau gambar siapa kan...pandai korang ni haha...yess, gambar hamba Allah tu. Dan perempuan yang jadi friend list aku itu adalah girlfriendnya. Ironik kan...
Lepas tu aku pun pakai lah kepakaran aku untuk menyiasat ala ala CSI..Dan ada lagi satu perkara mengejutkan yang aku baru dapat tahu.Rupanya dia sudah beristeri tetapi bercinta bagai nak rak juga dengan kawan dalam list aku itu. Dan kawan aku itu pula rela berkongsi kasih.Huuu...Habis kata kata dia dalam mesej mesej selama ni??? Macam nak bagi pelempang pun ada sekarang ni..
Tapi pasal aku ni aku tak bimbang sangat juga sebab aku pun tak ada ikatan apa apa dengan dia. Cuma yang menjadi kerunsingan aku ni pasal kawan perempuan aku tu. Adakah aku perlu ceritakan kepadanya siapa aku atau perlu kah aku beritahu lelaki itu yang aku dah tau cerita sebenarnya...Aduii pening kepala macam ni..
Dan setelah aku fikir beberapa lama,aku tak akan masuk campur dalam hal ni. Biarlah lelaki itu dengan dramanya. Semoga kawan aku ni akan sedar siapa lelaki ni satu hari nanti.Dan aku pun dah tak layan lagi panggilan panggilan atau mesej dari lelaki itu dah.Tak boleh blah dengan orang macam tu. Kalau tak ada masalah dengan isteri tu tak payahlah nak buat perangai pula.Issshhh...dunia dunia. Aku doakan dia akan sedar semua ni sebelum terlambat. Jangan sampai yang di kejar tak dapat yang dikendong berciciran...
Walau apapun,aku sentiasa doakan yang terbaik untuk my other half. Semoga dia cepat sembuh dan sentiasa gembira..semalam, aku dah jadi macam entri sebelum ni..huuu...love yu alwayss..thanks for ur love and understanding...Erk,sekali ending keluar tajuk la pulak hahaha
Anyway,thanks for drop by to my blog dear friends...~,^

Saturday, 19 June 2010
Everything that we do is kungfu
Excellent!
Two Thumbs Up!
Thats two words describe for the movie yang aku tengok kat cinema this evening..Perghh, best sangat. Nak tau apa dia? Ha,tengok poster dia kat bawah ni;

Yess!Karate Kid...Wachaaaa
Aku sungguh teruja melihat filem ini. Betul betul terkesan di hati. Jalan cerita best. Pelakon pun best2. Cute je tengok Jaden Smith (son of Will Smith~my idol ^,~) kecil kecil dah berminat dengan seni kungfu ini. Ditambah lagi dengan pelakon feberet sejak zaman berzaman, Jackie Chan, bertambah meriah lah filem ini dibuatnya.
But the most important, pujian harus diberikan kepada jalan cerita yang begitu baik dari mula hingga akhir. Aku tak pandai nak buat sinopsis cerita ni, ayat tunggang langgang kang. Dah la dulu karangan pun nyawa nyawa tapir je, so senang cerita, korang tengoklah sendiri ya. Aku jamin korang takkan rugi sesen pun bila tengok cerita ni. Lu caya wa beb. Hehe.
Tapi ada satu ayat yang disebut oleh Jackie Chan dalam filem ini yang membuat aku teringat ingat sampai sekarang.Dan bila di translate macam ni lah bunyinya,
"Walau bagaimanapun kesusahan yang kita alami dalam kehidupan ini, terpulanglah kepada kita sama ada kita memilih untuk bangkit atau cuma berserah sahaja"
Sampai bila bila aku akan alert dengan quote ini.Sebagai motivasi diri.Thanks to Karate Kid. So,mari kita tengok gambar aksi aksi menarik dalam filem ini. Adioss...

For those yang dah tengok,from now on marilah kita sama sama put on and put off our jacket everyday to learn kungfu. Haha ^,~

Monday, 14 June 2010
World Cup South Africa 2010
World Cup 2010 dah bermula. Lepas ni,ramai lah pekerja pekerja contoh yang pergi ke pejabat dengan mata yang lebam dan tak kurang juga yang mengambil cuti. Mana yang tak pernah nak cuti tu tetiba apply cuti sakit lah, cuti kucing beranak lah, motor rosak lah dan alasan alasan yang menjurus kepada alasan buang tabiat. Lepas ni juga, busy lah semua suami, boifren, bapa, abah, ayah, kaki judi dan terselit lah juga gadis gadis yang nak tunjuk cool tetiba suka bola padahal selama ni tak pernah tengok bola dan mungkin tak tahu juga bentuk bola itu sebenarnya bulat.
Saya tak ikut sangat games ni, memandangkan dah tak aktif futsal macam dulu. Malas dah nak terlibat secara langsung selepas apa yang berlaku beberapa tahun dulu. Tapi, sesekali bila datang gian,ikut kawan kawan gak tapi hanya sebagai pemerhati je hehe
Sekarang,aku hanya akan tengok bola kalau ada pemain pemain kegemaran seperti Christiano Ronaldo, Febiano, Kaka, Gerard, Lampard, Ballack dan Raul beraksi. Walaupun Raul dah senior tapi i'm so admire him sebab setiap kali dia menjaringkan gol, dia akan cium cincin perkahwinan dia. So sweet kan?
Negara pilihan aku untuk World Cup ni?Erm, semuanya pun best best. Tetapi sejak dulu aku memang meminati Brazil team. Walaupun Ronaldinho dah tak ada, namun Kaka,Pato,Maicen,Fabiano dan Robinho adalah pemain pemain yang boleh tahan lasaknya. Tak lupa juga the sweet goalkeeper, Julio Cesar...
Ramai kawan aku kata tahun ini kemungkinan besar England(Lampard) will be the champion but i'm not so sure. Hanya sebab promosi besar besaran untuk England, tak semestinya akan jadi juara kan. Walaupun aku minat juga dengan team ni, (huh,berapa banyak minat team daaa) tapi aku rasa Brazil akan muncul juara (dan mungkin juga Germany(Podolski) atau Portugal(Christiano Ronaldo),sapa tau kan hehe... takdok pendirian langsung hahaha)....Tak sabar nak tunggu perlawanan antara Brazil dengan Portugal 25 Jun ni weee~~
Walau siapapun yang menang, yang penting, semoga skill padang mereka akan menjadi ikutan dan inspirasi untuk pasukan Malaysia kita.
Blog hari ini patriotik nampak?haha...apa apapun, piala dunia ni menyatukan rakyat Malaysia sebenarnya. Semalam semasa perjalanan untuk balik ke rumah, aku lalu di sebuah kedai mamak. Skrin tv besar sungguh. Pelanggan penuh satu kedai. Gerenti malam malam mamak tu senyum lebar dalam tidur. Iyalah, bayangkan untung selama sebulan. Fuhh, best woo.. Terasa nak buka kedai lak haha...Semoga semua happy dengan kemenangan pilihan masing masing.
Happy Waka Waka!!

Thursday, 10 June 2010
Letih yang berbaloi baloi
"Bila nak balik?"
"Tengoklah Sabtu ni cmne.."
"Balik kerja Sabtu tu abah amik,dalam kul 1,jangan lupa tau,kang mak long merajuk ko tak datang..."
"Ha,ye2,InsyaAllah mak..."
Tutt...tuttt...
"Aik,letak hp tak bagi salam pun huhu"...
Macam tu lah perbualan aku dengan mak petang tadi. Erm,event yang dimaksudkan tu hari perkahwinan sepupu aku yang akan diadakan di Beaufort Ahad ni. Rasa malas je nak pergi memandangkan penat masih lagi terasa waktu adik kahwin hujung minggu lalu. Nak tak nak kena pergi juga.Takut mak long kesayangan aku tu merajuk lak haha..
Bila diingatkan balik hujung minggu tu,fuhhh...kena rehat berbulan bulan ni baru hilang segala penat lelah tu.Dah lah jadi photographer, kena jadi assistant chef lagi. Demam pun tak kebah kebah time tu. Paksa diri je buat semua kerja. Ini kalau ada anugerah mau tak menang aku hahaha
Nak jadi photographer yang berjaya,kena sentiasa belajar belajar dan belajar..Buat masa ni,aku masih belum pandai nak dapatkan shoots yang menarik.Masih banyak yang perlu aku belajar lagi.Aku akan terus belajar sehingga aku dah boleh survive dan boleh menceburi bidang ini secara profesional.Cehh,angan angan setinggi awan.Jangan jatuh dah le ^,^
Namun yang aku sangat sangat puas hati semuanya berjalan lancar hari tu. Bahagia melihat seluruh keluarga gembira terutamanya wajah mak dan abah. Sebak melihat mak berpeluk peluk dengan adik yang kini telah sah menjadi isteri orang. Bermacam macam nasihat mak berikan. Semoga jodoh adik akan berkekalan ke hujung nyawa.Aminn....

Subscribe to:
Posts (Atom)