Monday, 10 January 2011

Tension Tahap Gaban

Dah pukul 8.25 malam. Aku masih kat office. Nak kena siapkan dokumen untuk esok, ada pre-audit dengan consultant. Haihh, yang aku boleh masuk kat blog ni pehal? Haha..Saja saja nak release tension kejap. Tak boleh terlalu tension, nanti kepala botak. Uihhh..kang tak kahwin kahwin lak...Ok,sementara nak melayan ketensionan ni, saja nak buat kuiz yang entahpapeje ni. Ni aku dapat dari salah satu blog aku usha usha tadi tapi dah tak ingat la pulak blog siapa dah. Dia dapat tag dari kawan dia. Lepas tu pulak dia boleh tag siapa yang baca. Alakazam betul. Menyesal aku baca. Buat jer lah, layan keboringan jap...



1. Adakah anda rasa anda hot?

Sangat Hot. Rasa macam nak duduk dalam peti ais sambil makan tembikai dan minum air badak.



2. Upload gambar kegemaran anda



Faizal Tahir



3. Cerita pasal gambar?

Baju Superman tu buat dia nampak hensem hehehe...(dah jatuh hati kat baju tu sebenarnya)



4. Bila kali terakhir anda makan pizza?

Apa hal? Nak belanja?



5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Tengah dengar lagu Travis McCoy - Billionaire. Tapi sebelum tu dengar lagu Tamil. Padiyapppaaa..



6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Fokus aku 100% nak jawab tag ni. tak ada buat benda lain. Tadi Brad Pitt call pun, aku reject.



7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?

Eny, Amoi, Ney, Sengal, Nok (panggilan manja si Lily), Angelina Jolie, Jennifer Garner. Apehal?Tak percaya? Lantaklah korang..



8. Tag lagi 6 orang

Ah, malas aku. Siapa yang rajin nak buat, buat. Tak payah serabut fikir nak buat ke tak. Jangan sampai tinggal sembahyang dah.
 
 
p/s: Nak sambung kerja. Esok nak claim RM1 juta.

Friday, 7 January 2011

Kalau aku...

Kita selalu cakap, "Kalau aku.."


Sebelum kahwin, kalau dengar kisah rumahtangga yang bermasalah kita mudahnya berkata:
"Kalau aku, dah lama aku tinggalkan lelaki/perempuan jenis macam tu.."

Bila dia membuat keputusan yang dia sendiri pun berat nak buat, kita kata:
"Kalau aku, tak payah lah fikir berat-berat sangat pun..."

Masa makan di restoran, datang orang tua bersama kanak-kanak menjual tisu, kita kata:
"Kalau aku takkan bawa anak kecil ikut sama jual tisu.."

Bila seorang kawan menolak untuk kerja yang bergaji besar namun harus berjauhan dengan keluarga, kita cakap:
"Kalau aku jadi dia, aku terima je tawaran tu. Ala, duit tu pun untuk keluarga juga."

Bila dengar kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak-anak, kita cakap:
"Kenapa tak berterus terang je? Kalau aku, direct je cakap kat mak mertua aku tu.."

Bila kawan bercerita tentang kerja yang membebankan, kita kata:
"Kalau aku dah lama cari kerja lain.."

Bila kawan lelaki mengadu sudah bertahun-tahun berkahwin masih tidak dikurniakan zuriat, kita selamba kata:
"Kalau aku, aku dah kahwin lain kot.."

Bila dengar seseorang bersedih mengadu pasal kandungannya yang bermasalah, kita cakap,
"Kalau aku, tentu dah pergi specialist dah, tak payah tunggu lama..."

.
.
.
.


Semuanya "Kalau aku.."

Kerana bukan kita yang mengalaminya, maka mudahlah kita dengan lantangnya mencadangkan itu ini.

Adakah kita mampu melakukan seperti yang dikata, apabila tiba masanya kita pula berdepan dengan situasi yang sama?

Wednesday, 5 January 2011

Lagenda Budak Hitam eh Setan




Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan



Layan lagu ni hari hari kat ofis. Jiwang?hissh, dok aih, saja nak pancing mood nak buat kerja. Jom, layan...

Tuesday, 4 January 2011

WELCOME 2011!!

2010...Terlalu banyak kenangan pahit manis berlaku. Kalau aku nak senaraikan satu satu memang lenguh jari nak menaip. Walau apapun, yang pahit jadikan tauladan, yang manis jadikan kenangan terindah. Dengan kedatangan tahun baru ini, aku harap semuanya biarlah dipermudahkan.. Amin..

But the most happiness yang berlaku pada tahun 2010, well, I met the great-hilarious buddies who make me laugh wholeheartedly thus its been ages i've been sad-i even forgot how to cry :)
Di saat aku berduka, korang setia di sisi. Thanks..akan kukenang korang hingga hujung nyawa ^,~

Tak banyak nak diperkatakan kali ini. Semoga buku baru ini akan mencorakkan sesuatu yang lebih bermakna. I just hope this year will bring more happiness to me, and to all people that I love.

Dan aku akan terus kuat menempuh segala dugaan selepas ini...

Goodbye 2010...Welcome 2011.





Happy New Year buddies! (^_^)v