Thursday, 22 September 2011

Needing You

"A successful marriage requires falling in love many times, and always with the same person." (Mignon McLaughlin)

We often marry the one that we love, but the real deal is to love the one that we marry. It takes two to tango, it won't ever work if only one person is trying. We loved, we laughed, we cried, we make mistakes, we forgive each other's mistake, and we love again. That makes us human. We rarely talk about our past, as we mutually agreed that it would bring nothing more than jeopardizing our present happiness. But perhaps sometimes it is essential to look back to move forward, also to remind ourselves how the past taught us to be a better person now and to appreciate changes. It is never wise to let the past continuously be the pain in the ass and to keep holding grudge towards someone who might've hurt us badly, since living well is the best revenge.

I try to understand, I try not to put judgment in everything happened in our previous life, I refused to waste my energy on hating people (what more towards people I hardly know), I pray that I manage to always pull through and stay strong for those whom I truly love.. But after all, I'm only human. And ordinary one, who believed that true love is about loving someone without expect anything in return, but still walking along the road wishing that the someone would meet me halfway...

Wednesday, 17 August 2011

Have You Ever Really Loved A Woman


Dah lama tak dengar lagu ni, jom layan...... :))




When you love a woman then tell her

that she's really wanted...

When you love a woman then tell her that she's the one..

'Cause she needs somebody to tell her

that it's gonna last forever...

So tell me, have you ever really-really loved a woman? 


Friday, 5 August 2011

What's Your Awkward Moment?

Saat-saat janggal yang boleh membuatkan kau rasa macam, errr.. tak tahu nak buat apa :/

1.    Bila tengok cerita omputih dengan family which includes Abah. Tiba-tiba ada adegan cium-ciuman atau part heroin 'kurang' berpakaian... :/

2.    Tengah tengok TV dengan Mak, tengok cerita best ni. Time iklan saja-saja lah tukar ke channel lain. Tiba-tiba tertekan Astro Prima yang tengah tayang sinetron Indonesia. Muka Mak berubah happy..Tak pasal-pasal dah rasa bersalah nak tekan balik ke channel cerita best tadi padan muka kau siapa suruh gatal tangan tukar-tukar channel masa iklan T_T

3.    Bila diletakkan bersama sekumpulan gadis yang tak berapa rapat, dan mereka satu kepala minat gila kat Nasha Aziz or Fasha Sandha or siapa-siapalah yang kau langsung tak minat. Dan mereka rancak betul bercerita itu ini tentang artis tersebut. KAU SORANG JE YANG TAK MINAT. Nak buat-buat minat ke, nak senyum saja ke atau apa?? Awkwardddd~~

4.    Bila ada kawan yang asyik puji-puji satu kedai makan tu dan beria-ia pula ajak kau pergi bersama, nak suruh rasa katanya. Bila kau rasa, taklah sedap mana.. Dan kawan tu dengan muka semangat gila beria-ia pula tanya pendapat, "Macam mana? Sedap gila kan? Kan? Kan? Kan aku dah kataaaa..." Tak sampai hati nak cakap tak sedap :/

5.    Bila kawan rapat promote bisnes MLM. Sebab dia rapat dengan kau dia memang tahu kau anti-MLM, maka dia guna ayat lain, "Ni bukan MLM tau, ni lain.. Confirm untung gila!". Sedangkan bila dia terangkan, kau memang sangat faham itu hanyalah an ordinary MLM business :/

6.    Bila berbual-bual dengan orang yang kita tahu pernah mengata kita kat belakang, tapi bila di depan kita bukan main mesra lagi dia :/

7.    Bila kita secara sinikal dan indirect cakap pasal sikap orang yang tak pernah flush toilet lepas guna (tujuan: untuk menyedarkan kawan kita si A yang semua orang tahu tak pernah flush toilet), A yang turut sama di dalam perbualan itu boleh pula kata, "Itulah, bukan susah pun nak flush toilet kan? Siapalah agaknya yang pemalas sangat nak flush toilet tu.." :/

8.    Bila konon confident tinggal sorang-sorang kat rumah, maka beranilah pakai baju tak cukup kain berlegar-legar di dalam rumah. Tiba-tiba bertembung dengan adik ipar dan kawan-kawannya tengah makan kat dapur. Bila masa diorang ada ni T___T

9.    Bila tengah seronok nyanyi-nyanyi dalam kereta dengan anak, sampailah lagu Akon yang ada lyric 'I wanna make love right na, na, na'.. Tiba-tiba anak tanya, "I wanna make love tu apa Mummy?" Bodohlah nigger ni buat lirik lucah macam tu sampai aku kena fikir apa nak explain pada anak-anak kecil :(

10. Bila ada orang yang tak berapa rapat beria-ia komen pasal pasal bentuk badan kau yang berisi, pasal penampilan kau, siap bagi idea tempat shopping baju yang cantik-cantik.. Sedangkan kau tak pernah minat stail pakaian dia dan, ehem.. dia jauh lagi gemuk dari kau :/

Awkward kan? Tsssk...

Monday, 1 August 2011

1 Ramadhan 1432

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....(eceh,bulan puasa baru nak bagi salam penuh,menyampah!)

Terlalu banyak yang hendak diperkatakan, terlalu banyak yang nak diluahkan, terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang beberapa bulan ini tapi segala yang terjadi adalah ketentuan Tuhan. Berat jer bunyinya kan? Biarlah,apa pun, aku dah menerimanya dengan hati yang tenang.

Seperti kawan rapat aku selalu katakan, sebelum ni aku dah melalui pelbagai rintangan dan dugaan dalam hidup ini,so takkan masalah yang terjadi baru baru ini aku takkan dapat hadapinya pula.. Dear, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya, tetapi alhamdulillah, aku akan lebih tabah menghadapi hidup yang mendatang...

Lupakan kisah lama, anggap ia sebagai satu sejarah yang mematangkan fikiran kita untuk menempuh kehidupan masa depan yang mungkin lebih mencabar..

Hari ni kita dah mula berpuasa, aku berharap puasa aku tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, semoga amal ibadahku diterima olehNya, amin...

Kepada sesiapa yang pernah membahagiakan hidup ini walaupun seketika, terima kasih ku ucapkan, segala yang terjadi mungkin ada hikmahnya, walau sakit untuk diterima tetapi itulah kehidupan, apabila segalanya telah selesai, dan kita memang telah ditakdirkan untuk bersama, aku akan menerimanya dengan hati yang terbuka sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya....

Friday, 10 June 2011

Seth Tan?

Kalau dulu aku tak pernah dan tak ingin ambil tahu rancangan tv tetapi sekarang hambek kau setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam aku akan terpacak depan tv selama sejam. Sebab apa? Ha, sebab....






NORA ELENA merupakan sebuah kisah perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena (Siti Saleha) yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin).



Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri.



Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa! Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri.



Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan setelah kedudukan Idham yang tergugat kerana terbawa oleh mainan perasaan? Dan mampukah Nora dan Seth mempertahankan mahligai perkahwinan yang telah mereka bina apabila satu rahsia hitam paling memilukan akhirnya terbongkar?



Persimpangan cinta dan pencarian kasih yang tulus suci ini digambarkan melalui keperitan hidup dan tekanan emosi seorang wanita yang telah dihapus keceriaannya akibat kedurjanaan manusia. Pheww, gila betul bahasa aku. Boleh jadi cikgu bahasa sastera ni. Sila muntah darah.



Cerita ini berdasarkan novel pada tahun 2008 yang bertajuk Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha. Aku tak baca lagi novel ni tetapi kata kawan aku yang dah membacanya, ada banyak juga perbezaan ceritanya. Tapi takpelah. Dekat drama tu pun dia dah tulis 'Adaptasi Longgar'.






Ada ke lelaki macam Seth Tan tu? Ramai gak lelaki yang kata;

Cerita Nora Elena ni tipu, mana ada lelaki macam ni kat dunia.


Seth Tan buat semua perempuan nak lelaki macam dia padahal tak wujud pun.


Seth buat lelaki-lelaki macam kita nampak teruk.

Takpe,itu pendapat masing-masing. As for me, sepatutnya kita ambil mana yang baik dalam cerita tu. You as a husband or wife kenalah sama-sama perbaiki diri dengan tengok cerita tu. Tengok macamana Seth layan Nora. Bukanlah nak sampai macam tu  kan but at least tengoklah tahap kesabaran Seth tu macamana nak dapatkan wife dia.



Betul tak?



Jadi, apa yang mustahilnya? Yang bezanya Seth dah kahwin baru bercinta. Tetapi situasi sekarang ni, sebelum kahwin dah bercinta macam nak putus nyawa tapi bila dah kahwin semua entah kemana. 


Itu bezanya.



Mungkin korang rasa tak wujud sebab korang tak pernah rasa macamtu atau boyfriend/husband korang suam-suam kuku je. Ramai juga lelaki yang emosi kata Seth tu melampau lah layan wife dia macam tu, dayus lah. Tak salah pun kalau ikut macam tu kan cuma biarlah berpada-pada. Lagipun yang korang buat tu untuk wife korang juga kan. Tak rugi mana pun hehe...Eh, aku pernah jumpa orang yang lebih sweet dari Seth ni tau.. ~,^



Apa-apa pun dalam kehidupan kita ni, sentiasalah berfikiran positif dan ambil yang mana patut kita contohi sebab kita tak rugi walau sikit pun. Sentiasa perbaiki diri demi pasangan masing-masing. Kita bukan nak hidup setahun dua, kalau boleh biarlah mati yang pisahkan kita. Insya-Allah.



Ok, dah cukup lah bebelan aku hari ni. Jom dengar OST drama ni pula. Peace.

Wednesday, 8 June 2011

Apa Ada Pada Kecantikan?

Isu ni agak sensitif. Kau dipuji cantik dan sesuai dengan pakaian kau pakai hari ni kau rasa dah kembang semangkuk padahal yang dipuji pakaian kau jer pun. Dan sebaliknya apabila kau ditegur bila ada jerawat or ketumbit di wajah kau akan rasa seperti tak nak keluar rumah 44 hari. Sampai dunia pun menggunakan modal kecantikan ni untuk buat bisnes. Cuba tengok iklan-iklan kat tv sekarang. Model-modelnya semua yang mempunyai rupa paras yang menarik, kan? So, apa sebenarnya yang penting sangat pasal kecantikan ni?


Kalau lepak dengan kawan kawan lelaki, pantang nampak perempuan dahi licin sikit, masing masing menganga mulut. Yang perempuan pulak pantang nampak lelaki hidung mancung atau muka sweet ala chinese gitu, mesti berebut punyalah.


Memang tak dinafikan, semua orang nak kan suami/isteri atau kekasih yang cantik dari segi rupa luaran. Tapi orang keliling aku selalu ingatkan untuk pandang pada kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman ni lebih baik dari kecantikan luaran. Kecantikan luaran ni tak kekal. Kecantikan luaran ni kadang kadang hanya topeng sahaja. Kecantikan luaran ni hanya sebuah mainan ilusi optik.



Tapi, kecantikan dalaman ni kekal ke? Kita boleh jamin ke ia tak berubah ke keburukan dalaman?



“Err..err...aaaa...coo...coo...comel...comel lah buah pinggang yu hari ni!”




WAKAKAKAKKAKA!!!

Friday, 3 June 2011

Untuk Semua Soalan...



KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)



KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah ayat 216)



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah ayat 286)



RASA FRUST?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman (Surah Al-Imran ayat 139)



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, dimedan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (Surah Al-Imran ayat 200)


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Surah Al-Baqarah ayat 45)



APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka (Surah At-Taubah ayat 111)



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal (Surah At-Taubah ayat 129)




(^,^)



Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dgn kehidupan manusia, riang ketawa tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Jika kau rasa kecewa maka pandanglah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta-juta batu menghalang..Jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu...